Advertisement

Notis Petisyen Pemiutang melalui surat khabar

388 Views  ⚫  Asked 2 Months Ago
asked on Nov 23, 2017 at 03:53
by   FL9641
Saya baru menerima salinan Notis Petisyen Pemiutang pada 21/11/17 melalui satu syarikat agen perunding. Notis tersebut bertarikh 17/11/17 yang diiklankan di dalam Berita Harian. Maklumat di dalam notis tersebut menyatakan tarikh petisyen akan di dengar pada 29/11/17 @ 9am di Mahkamah Shah Alam (No kes : BA-29NCC-2513-03/2017)

Setelah saya membaca earlier posting di forum ini, saya telah cuba membuat carian dokumen di eCourts Portal dan mendapati Notis Kebankrapan telah diisu terhadap saya pada 22/3/17 tetapi ini adalah diluar pengetahuan saya.

Saya mempunyai limit kad kredit dengan A*bank sebanyak RM16k. Pada penghujung tahun 2012, saya telah berhenti kerja untuk menjadi penjaga sepenuh masa bagi bapa yang menghidap kanser. Sejak dari itu saya tiada punca pendapatan yang menyebabkan kegagalan melunaskan hutang kad kredit tersebut. Saya juga tidak pernah approach bank untuk discuss penyelesaian kerana saya tidak ada punca pendapatan atau apa jua aset yang boleh dicairkan untuk menampung keseluruhan hutang tersebut. Sehingga kini saya masih tiada pekerjaan tetap.

Saya bercadang untuk menghadirkan diri pada 29/11/17 tarikh petisyen akan di dengar. Honestly, saya tak tahu apa kedudukan saya sekarang samada sudah diisytihar bankrup atau masih ada harapan untuk merayu dan meminta penangguhan supaya saya boleh cuba berbincang dengan pihak bank on available options.  

Saya berharap sekiranya ada @forumers yang sudi memberikan sedikit panduan dan nasihat. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
51 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   Next »  Last »

answered on Nov 26, 2017 at 17:38
by   FL9641
@kiki

Setelah diteliti breakdown untuk pengiraan amaun dituntut setakat 22/3/2017, saya dapati fee tahunan bagi tahun 2017 telah dikira pada full amount @RM90/tahun.

Adakah ini pengiraan yang betul atau sepatutnya amaun pro-rated? Sekiranya ini pengiraan yang salah, bolehkah di jadikan sebagai satu lagi alasan untuk bantahan? 
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 26, 2017 at 18:05
by   jebat
Setelah diteliti breakdown untuk pengiraan amaun dituntut setakat 22/3/2017, saya dapati fee tahunan bagi tahun 2017 telah dikira pada full amount @RM90/tahun.
Adakah ini pengiraan yang betul atau sepatutnya amaun pro-rated? Sekiranya ini pengiraan yang salah, bolehkah di jadikan sebagai satu lagi alasan untuk bantahan?


Amaun yang dituntut di dalam Notis Kebankrapan perlu dipertikaikan selepas menerima Notis tersebut dan bukannya selepas Petisyen Pemiutang difailkan, kecuali jika lanjutan masa dibenarkan oleh Mahkamah.
Bagaimanapun, fee tahunan biasanya di caj pada awal tahun, so macam mana boleh pro-rate?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 26, 2017 at 19:54
by   FL9641
@jebat

Terima kasih atas respon tuan.

Amaun yang dituntut di dalam Notis Kebankrapan perlu dipertikaikan selepas menerima Notis tersebut dan bukannya selepas Petisyen Pemiutang difailkan, kecuali jika lanjutan masa dibenarkan oleh Mahkamah. 
>> saya tidak menerima apa-apa Notis Kebankrapan tuan. Saya beranggapan boleh cuba cari kesilapan mana-mana dokumentasi untuk memohon lanjutan masa. Sekiranya tiada lanjutan masa dibenarkan, apakah proses yang seterusnya? Harap dapat berikan panduan sebagai persediaan saya semasa hearing.

Bagaimanapun, fee tahunan biasanya di caj pada awal tahun, so macam mana boleh pro-rate?
>> kerana saya beranggapan amaun dituntut hanya sehingga Mar2017 
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 26, 2017 at 20:09
by   FL9641
@kiki @jebat

Rujuk point 4 & 7 - kelihatan ada kesalahan dalam alamat yang disebutkan. Alamat pertama sepatutnya alamat kediaman di 41300,Klang. Adakah ini jenis kesilapan yang boleh diguna sebagai alasan fakta dokumen yang diragui  



0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 26, 2017 at 20:27
by   jebat
Harap dapat berikan panduan sebagai persediaan saya semasa hearing.

Cepat carikan Notis Kebankrapan, Afidavit Penyampaiannya dan Perintah berkaitan dari laman kehakiman dan paparkan disini.  Jangan berlengah lagi.

Kenapa rumah kamu selalu berkunci? ( seperti yang dinyatakan dalam afidavit )
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 26, 2017 at 21:50
by   FL9641
@jebat

Tuan, Notis Kebankrapan ada saya paparkan di page1.
Afidavit Penyampaian - hanya berjaya papar 2pgs dibawah kerana daily limit kuota. Saya akan papar selebihnya selepas 12midnite

Kenapa rumah kamu selalu berkunci? ( seperti yang dinyatakan dalam afidavit )
>> Hanya saya dan kakak (bekerja Isnin-Jumaat 10am-7pm) yang menetap di premis dan pagar utama memang sentiasa berkunci untuk keselamatan kerana kekerapan kejadian pecah masuk rumah di kawasan perumahan. Kebiasaanya di siang hari, memang tiada penghuni di premis kerana saya akan menghantar kakak ke pejabat dan hanya akan pulang semula di sebelah malam.


0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 27, 2017 at 00:22
by   jebat
Notis Kebankrapan ada saya paparkan di page1.

Ok. Sori.  Sudah nampak sekarang.
Cepat paparkan dokumen Afidavit Serahan Notis Kebankrapan dan Petisyen Pemiutang.

Pada 29 Nov 2017 ini, kamu kena hadirkan diri dan memberitahu Penolong Kanan Pendaftar bahawa
kamu nak berbincang dengan bank untuk mencari jalan penyelesaian.
Kemudian minta tarikh baru.  Tuliskan tarikh baru dalam buku nota.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 27, 2017 at 00:25
by   jebat
Pergi awal dan carikan bilik PKP yang betul.
Register kehadiran kamu di mesin register ataupun dengan PKP sebelum pukul 9 pagi.
Jangan cuba argue atau berhujah pada 29 Nov 2017 ini.
Cuma minta penangguhan dan tarikh baru sahaja.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 27, 2017 at 03:21
by   FL9641
@jebat

Pergi awal dan carikan bilik PKP yang betul. 
Register kehadiran kamu di mesin register ataupun dengan PKP sebelum pukul 9 pagi.
Jangan cuba argue atau berhujah pada 29 Nov 2017 ini. 
Cuma minta penangguhan dan tarikh baru sahaja.
>> Baik tuan, noted. Terima kasih atas panduan dan nasihat
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 27, 2017 at 15:20
by   FL9641
@jebat

Sambungan Afidavit Penyampaian

0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.