Advertisement

Notis Petisyen Pemiutang melalui surat khabar

746 Views  ⚫  Asked 8 Months Ago
asked on Nov 23, 2017 at 03:53
by   FL9641
Saya baru menerima salinan Notis Petisyen Pemiutang pada 21/11/17 melalui satu syarikat agen perunding. Notis tersebut bertarikh 17/11/17 yang diiklankan di dalam Berita Harian. Maklumat di dalam notis tersebut menyatakan tarikh petisyen akan di dengar pada 29/11/17 @ 9am di Mahkamah Shah Alam (No kes : BA-29NCC-2513-03/2017)

Setelah saya membaca earlier posting di forum ini, saya telah cuba membuat carian dokumen di eCourts Portal dan mendapati Notis Kebankrapan telah diisu terhadap saya pada 22/3/17 tetapi ini adalah diluar pengetahuan saya.

Saya mempunyai limit kad kredit dengan A*bank sebanyak RM16k. Pada penghujung tahun 2012, saya telah berhenti kerja untuk menjadi penjaga sepenuh masa bagi bapa yang menghidap kanser. Sejak dari itu saya tiada punca pendapatan yang menyebabkan kegagalan melunaskan hutang kad kredit tersebut. Saya juga tidak pernah approach bank untuk discuss penyelesaian kerana saya tidak ada punca pendapatan atau apa jua aset yang boleh dicairkan untuk menampung keseluruhan hutang tersebut. Sehingga kini saya masih tiada pekerjaan tetap.

Saya bercadang untuk menghadirkan diri pada 29/11/17 tarikh petisyen akan di dengar. Honestly, saya tak tahu apa kedudukan saya sekarang samada sudah diisytihar bankrup atau masih ada harapan untuk merayu dan meminta penangguhan supaya saya boleh cuba berbincang dengan pihak bank on available options.  

Saya berharap sekiranya ada @forumers yang sudi memberikan sedikit panduan dan nasihat. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
51 Answers
 1   2   3   4   5   6   Next »  Last »

answered on Nov 24, 2017 at 05:13
by   kiki
Honestly, saya tak tahu apa kedudukan saya sekarang samada sudah diisytihar bankrup
Sekarang masih belum bankrap, tetapi akan bankrap sekiranya tidak hadir pada 29/11/17 nanti.

carian dokumen di eCourts Portal dan mendapati Notis Kebankrapan telah diisu terhadap saya pada 22/3/17 tetapi ini adalah diluar pengetahuan saya. 

Poskan dokumen dokumen tersebut di sini untuk semakan  jika terdapat 'lubang' yang boleh di lawan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 24, 2017 at 05:20
by   kiki
Saya baru menerima salinan Notis Petisyen Pemiutang pada 21/11/17 melalui satu syarikat agen perunding.

Bagaimana kamu menerima nya?
Adakah kamu menurunkan tanda tangan semasa menerima nya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 24, 2017 at 20:37
by   FL9641
Saya baru menerima salinan Notis Petisyen Pemiutang pada 21/11/17 melalui satu syarikat agen perunding. 

Bagaimana kamu menerima nya? 
Adakah kamu menurunkan tanda tangan semasa menerima nya.

Hi @kiki. Terima kasih untuk respon. Saya terima melalui pos biasa - bukan berdaftar. Syarikat agen 
perunding tersebut mengepilkan keratan notis yang diambil daripada keratan akhbar
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 24, 2017 at 21:17
by   FL9641


0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 24, 2017 at 21:21
by   FL9641

0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 24, 2017 at 21:50
by   FL9641
Honestly, saya tak tahu apa kedudukan saya sekarang samada sudah diisytihar bankrup 
Sekarang masih belum bankrap, tetapi akan bankrap sekiranya tidak hadir pada 29/11/17 nanti. 
OK, noted

carian dokumen di eCourts Portal dan mendapati Notis Kebankrapan telah diisu terhadap saya pada 22/3/17 tetapi ini adalah diluar pengetahuan saya.  

Poskan dokumen dokumen tersebut di sini untuk semakan  jika terdapat 'lubang' yang boleh di lawan.

Saya dah post tapi hanya partial docs - daily limit reached for image post
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 25, 2017 at 19:34
by   FL9641
@kiki

Setelah meneliti dokumen Afidavit Penyampaian Ganti Petisyen Pemiutang, saya dapati ada percanggahan fakta. 

Point 4 dalam afidavit tersebut menyebut kerani firma guaman ada datang menampal Petisyen Pemiutang di kediaman saya pada 16/11/17. Kenyataan ini tidak benar kerana tiada sebarang tampalan dibuat pada tarikh tersebut sehingga ke hari ini. Ahli keluarga yang tinggal bersama boleh menjadi saksi. Saya dah periksa Notis Perintah ada nyatakan arahan untuk tampal Petisyen Pemiutang di premis alamat terakhir.

Boleh ke saya menggunakan alasan ini semasa hearing 29/11/17 untuk membantah petisyen?

Saya juga telah mendapatkan penyata epf yang menunjukkan tiada caruman majikan/pekerja bermula dari tarikh default payment untuk akaun kredit kad hingga tahun semasa 2017 yang menunjukkan saya tiada punca pendapatan tetap. Adakah dokumen ini dapat saya gunakan bagi menyokong pernyataan semasa hearing nanti?

Selain daripada akaun kredit kad 5412-2844-9535-xxxx (gold) ini, saya juga pernah mempunyai rekod hire purchase loan dan kredit kad yang lain melalui bank yang sama. Kedua-duanya saya telah membuat bayaran penuh : 
1) Hire purchase loan-last instalment 04/2012(9yr term) dan 
2) kredit kad (classic)-full settlement 06/2007 (since 07/2005). 

Bolehkah saya menggunakan fakta ini untuk menyokong bahawa saya bukan seorang bad paymaster?
  
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 25, 2017 at 22:22
by   kiki
<1> Kenyataan ini tidak benar kerana tiada sebarang tampalan dibuat pada tarikh tersebut sehingga ke hari ini. Ahli keluarga yang tinggal bersama boleh menjadi saksi. Saya dah periksa Notis Perintah ada nyatakan arahan untuk tampal Petisyen Pemiutang di premis alamat terakhir. 

Boleh ke saya menggunakan alasan ini semasa hearing 29/11/17 untuk membantah petisyen? 

Boleh. Poskan Perintah penyampaian ganti dan afidavit penampalan oleh kerani itu di sini untuk semakan. 

<2> Saya juga telah mendapatkan penyata epf yang menunjukkan tiada caruman majikan/pekerja bermula dari tarikh default payment untuk akaun kredit kad hingga tahun semasa 2017 yang menunjukkan saya tiada punca pendapatan tetap. Adakah dokumen ini dapat saya gunakan bagi menyokong pernyataan semasa hearing nanti? 

Tidak boleh. Alasan ini hanya pengharapan pada ehsan atau belas kasihan. Mahkamah membuat keputusan berdasarkan undang undang sedia ada yang di guna pakai. 

<3> Bolehkah saya menggunakan fakta ini untuk menyokong bahawa saya bukan seorang bad paymaster? 

Ini pun sebenarnya sama saja dengan perkara <2> di atas. Tidak ada kene mengena dengan kes semasa.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 26, 2017 at 15:11
by   FL9641
edited Nov 26, 2017 at 17:47
by   FL9641

0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 26, 2017 at 15:33
by   vkpc
Seems like Goh & Partners is panel law firm for many banks and is actively trying to bankrupt a lot people.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   4   5   6   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.