Advertisement

Writ penyitaan dan penjualan (kali kedua)

381 Views  ⚫  Asked 6 Months Ago
asked on Nov 2, 2017 at 06:41
by   Azam Yusof
edited on Nov 17, 2017 at 10:41
 
Mungkin persoalan seumpama pernah diajukan tapi dalam pencarian saya masih kurang faham dan tidak berkait secara terus dengan permasalahan saya ini.

Saya ada pinjaman peribadi Bank Rakyat, yang mana mula tertunggak dari May / Jun 2016 disebabkan saya kehilangan pekerjaan tetap saya. Pernah wakil dari pihak bank datang ke rumah dan saya nyatakan sebab dan kenapa saya tidak mampu untuk meneruskan bayaran bulanan saya, sehingga lah saya dapat semula kerja tetap atau mendapat sumber pendapatan yang cukup untuk membayar pinjaman saya.

Sehingga sekarang saya masih tidak mampu untuk membayar, bermacam2 panggilan telefon yang saya terima dari "debt collector" dan ada yang saya jawap dan semenjak akhir ini saya "ignored" sahaja.

Ok. Saya baru mendapat satu surat. Surat diselit pada pintu rumah saya, padahal masa itu saya ada dirumah dan isteri saya menemui surat itu. Surat tersebut "letterhead" Mahkamah Shah Alam yang ditujukan kepada Ketua Balai Polis Seksyen 25
Per: Mahkamah Majistreet Di Shah Alam, Selangor Permohonan Perlaksanaan No: BA-####-##-04/2017 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad-lwn- M## ### Azam (Saya la tu)

Antara Isi kandungan surat 

2. .....memaklumkan Bailif Mahkamah akan melaksanakan Writ Penyitaan dan Penjualan (Kali Kedua) secara paksaan dengan menggunakan kekerasan yang munasabah.....
pada 03 November, 2017 (Jumaat) jam 10.00 Pagi

3 ...pihak kami memohon kerjasama pihak tuan menyediakan dua (2) orang anggota polis beruniform bagi membantu Bailif Mahkamah.....

.....
.....

Nor####
Pendaftar Kanan
Mahkamah Sesyen Shah Alam

s.k:
#######
Penguambela & Peguamcara bagi pihak Plaintif
...
...

M#####(Saya)
Dan alamat rumah
Soalan saya:
1. Betul ke Prosedur nya sebegini...dan kenapa surat ini hanya diselitkan di pintu rumah saya?
2. Boleh ke proses penyitaan dibuat tanpa ada notis bertulis ?
3. Rumah saya tinggal sekarang adalah rumah sewa. Apakah yang akan mereka sita dan jual?
4. Apa tindakan terbaik saya dengan kadar segera.

Mohon jika dapat sedikit pencerahan dan nasihat atas apa yang berlaku. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Nov 2, 2017 at 16:54
by   kiki
4. Apa tindakan terbaik saya dengan kadar segera.
Besar kemungkinan ini hanya lah satu trick pemungut hutang.

Untuk menyakinkan kamu. Gunakan nombor rujukan yang tertulis yang di beri itu...No: BA-####-##-04/2017 untuk menyemak nya.

Boleh semak melalui efiling.kehakiman (online) atau kamu pergi ke Kaunter Pendaftaran Mahkamah Shah Alam dan minta Ekstrak dokumen nya. 

Ataupun pun pun kamu pergi ke balai polis Seksyen 25 itu dan semak dengan mereka.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.