Advertisement

Akaun penjamin dibekukan atas arahan bank mengatakan penjamin sudah dibankrapkan

203 Views  ⚫  Asked 4 Months Ago
asked on Oct 21, 2017 at 17:25
by   Anis88
edited on Oct 31, 2017 at 10:23
 
Saya adalah seorang peminjam dengan sebuah bank tempatan (bank A). Bagaimanapun, saya telah daftar masuk ke AKPK dan akaun saya di sana aktif tanpa sebarang tunggakan bayaran.  Bagaimanapun,  masalahnya disini adalah apabila penjamin saya,  akaun saving beliau iaitu bank B, telah dibekukan oleh bank B dengan alasan Bank A telah mengeluarkan surat mengatakan penjamin saya telah diisyhtihar muflis. Bagaimanapun, saya telah cek rekod dengan insolvensi, report atas nama saya dan penjamin tiada rekod bankrup. Bolehkah perkara ini terjadi? 

Mohon bantuan semua yang mengetahui dan apa yang patut saya lakukan.. 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
2 Answers

answered on Oct 21, 2017 at 20:00
by   kiki
edited Oct 31, 2017 at 10:22
 
 Bolehkah perkara ini terjadi? 
 
Banyak juga terdapat kes sebegini. Peminjam terlepas tapi penjamin di saman dan menjadi bankrap.

Bagaimanapun, saya telah cek rekod dengan insolvensi, report atas nama saya dan penjamin tiada rekod bankrup.

Ada juga kemungkinan file di Jabatan Insolensi belum di buka ketikakita menyemak rekod semasa. 

Mohon bantuan semua yang mengetahui dan apa yang patut saya lakukan.. 

Salah satu cara untuk mendapatkan kepastian, semak rekod dengan CTOS. Rekod di CTOS boleh di semak secara online atau pergi sendiri ke pejabat mereka. Mereka kenakan caj lebih kurang RM10 untuk tujuan ini.
1 found this helpful
Helpful

answered on Oct 21, 2017 at 22:27
by   jebat
Untuk pencerahan, Penjamin perlu ke bank B untuk dapatkan alasan ( yang betul ) mengapa akaunnya dibekukan.  Sebaik-baiknya dapatkan salinan surat pembekuan dari bank A.
Duduk sana sampai dapat surat, jangan balik kosong.

Jika Notis Kebankrapan dikeluarkan oleh bank ( tetapi masih belum bankrap ) sesetengah bank seperti Maybank boleh membekukan akaun.  Dalam keadaan sebegini, jika prosiding kebankrapan ditangguh atau dihentikan, penjamin boleh meminta bank membuka semula akaun melalui surat rasmi.
1 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.