Advertisement

Adakah rumah atas nama bersama akan dilelong?

743 Views  ⚫  Asked 10 Months Ago
asked on Oct 20, 2017 at 21:28
by   nur_shahida85
edited on Oct 31, 2017 at 11:05
 
Saya perlukan pendapat dan cara-cara untuk meyelesaikan masalah ini. Suami saya baru di declare bankrap mengenai loan kereta yang tertunggak dan sudah melapor diri di Jabatan Insolvensi.

Pertanyaan saya:
1. Kami ada membeli rumah atas nama bersama. Adakah rumah tersebut akan di lelong dan bagaimana cara untuk saya selamatkan rumah tersebut?

2. Adakah kami perlu mengupah lawyer untuk selesaikan masalah ini memandangkan ada kawan suami yang sanggup meminjam kan wang untuk dia selesaikan hutang tersebut?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
4 Answers

answered on Oct 21, 2017 at 00:48
by   kiki
1) Kami ada membeli rumah atas nama bersama. Adakah rumah tersebut akan di lelong dan bagaimana cara untuk saya selamatkan rumah tersebut? 

Menurut Seksyen 24(4) Akta Kebankrapan 1967, segala harta bankrap akan terletak hak kepada KPI.
 Walau bagaimanapun, pemiutang yang bercagar (loan rumah) boleh menyita dan menghasilkan harta si bankrap. Hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membayar hutang yang lain sekiranya hasil jualan tersebut mempunyai lebihan.

Jika rumah itu atas nama bersama maka ia masih memberi kesan kepada bahagian si bankrap. 

KPI berkuasa untuk menjual bahagian si bankrap. Biasa nya mereka akan mendapatkan penilian harta tersebut sebelum menjual nya. Kemudian memberi kelebihan kepada pasangan yang tidak bankrap itu membeli bahagian si bankrap. 

Jika pasangan yang tidak bankrap itu tidak mampu membeli nya, KPI masih mempunyai kuasa menjual rumah tersebut. Jika ada lebihan setelah di tolak segala kos proses urus tadbir lalu akan di bahagikan sama rata antara si bankrap dan kamu. 

Namun Kpi juga biasa nya memberi masa yang sesuai ikut keadaan untuk kamu sekeluarga berpindah.
Proses nya panjang dan memakan masa juga.

Jika kamu mampu kamu cuba teruskan saja ansuran nya dulu.

2) Adakah kami perlu mengupah lawyer untuk selesaikan masalah ini memandangkan ada kawan suami yang sanggup meminjam kan wang untuk dia selesaikan hutang tersebut?
Sebab dah jatuh bankrap kena selesai melalui Jabatan Insolvensi juga samada guna khidmat lawyer atau pun tidak. Bincang dengan pegawai pemegang harta Jabatan Insolvensi segera.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 21, 2017 at 14:40
by   nur_shahida85
edited Oct 31, 2017 at 11:07
 
Terima kasih kiki kerana respon.

Loan rumah bahagian suami merupakan loan rumah bahagian pinjaman perumahan (loan government).

Bolehkah saya meneruskan baki pinjaman perumahan dia jika dia tak mampu untuk selesaikan hutang ini?

Saya mengalami stress dan depression yang melampau berikutan msalah ini. Rumah tersebut sahaja tempat saya dan anak-anak tinggal. Kami telah menghubungi pegawai insolvensi tersebut dan mengatakan kami perlu mengupah peguam jika ingin selesaikan hutang tersebut.

Soalan saya, berapa lama selalunya tempoh yang Jabatan Insolvensi beri untuk kami selesaikan hutang yang bank tuntut dan bayar kepada insolvensi sblm mereka mengambil tindakan terhadapa rumah kami?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 21, 2017 at 17:09
by   kiki
Loan rumah bahagian suami merupakan loan rumah bahagian pinjaman perumahan (loan goverment). 

Kerajaan biasa nya pasti akan mengikut birokrasi yang telah di tetapkan. Adakala juga kita dengar mereka lebih berbudibicara dari bank perdagangan. Kami tidak pasti. Mungkin selagi kamu terus membayar penuh ansuran rumah mereka akan berdiam saja.

Soalan sy, berapa lama selalunya tempoh yang insolvensi beri untuk kami selesaikan hutang yang bank tuntut dan bayar kepada insolvensi sblm mereka mengambil tindakan terhadapa rumah kami?

Tidak pernah dapat ditentukan tempoh nya dengan tepat. Kalau rajin mereka cepat kalau malas atau banyak kerja ..lambat lah. 

Dalam kes kamu, cepat atau lambat nya banyak  bergantung kepada tindakan kamu sendiri. Kamu tidak boleh menjadi pihak yang menunggu.

Kamu kata kawan suami bersedia untuk meminjamkan wang untuk selesaikan hutang loan kereta. 
Jadi bincang dengan bank tersebut akan jumlah peneyelesaian penuh dan kemudian bincang pula dengan JIM bila dah boleh buat pembayaran penuh untuk tujuan discaj.

Suami ada kreditor lain tak selain rumah dan loan kereta ni?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 16, 2017 at 08:59
by   nur_shahida85
edited Dec 20, 2017 at 03:42
 
Suami ada kreditor lain tak selain rumah dan loan kereta ni?

Maafkan saya lambat reply. Kreditor tu maksudnya hutang-hutang lain kah Tuan/Puan Kiki?

Dia ada personal loan dengan bank lain untuk personal loan tetapi tiada tunggakan pembayaran selama ini. Adakah kemungkinan bank lain juga akan membuat Proof of Debt kepada Jabatan Insolvensi memandangkan kami telah membuat pembayaran penuh kepada Insolvensi dan menunggu tarikh mahkamah untuk pelepasan?
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.