Advertisement

Notis sita ke atas hutang RM15,000++

307 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Oct 13, 2017 at 21:18
by   teeha
Saya surirumah, mempunyai pinjaman lebih kurang RM16,000++, pada mula pinjaman telah dibayar sebanyak RM500 selama 3 bulan pada tahun 2015, saya tidak membuat pinjaman selepas itu atas alasan kekakangan masalah kewangan selama lebih kurang 6 bulan, bagaimana pun slepas mendapat panggilan daripada agen pengutip hutang pada hujung tahun 2016, saya mula membayar dengan jumlah RM150 pada bulan mac, banyaran saya tambah ke RM200 sebulan pada awal 2017 sehingga september 2017, sekarang saya menerima panggilan dari agen mengatakan jika saya tidak membuat full settlement atau bayaran upfront sebanyak RM3,000++  dan installment diteruskan sebanyak RM350, notis sita akan dikeluarkan. 

Soalan, saya hanya mampu untuk membayar sebanyak RM200 bulanan buat masa sekarang. Adakah betul pihak bank akan menyita barang di dalam rumah sewa saya? Atau hanya ugutan ejen pengutip hutang?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
2 Answers

answered on Oct 13, 2017 at 22:40
by   HHAKL
Rujuk AKPK - Malaysia untuk bantuan. Mungkin boleh restructure bayaran bulanan and mengelakkan panggilan daripada agen.
1 found this helpful
Helpful

answered on Oct 14, 2017 at 00:59
by   kiki
saya mula membayar dengan jumlah RM150 pada bulan mac, banyaran saya tambah ke RM200 sebulan pada awal 2017 sehingga september 2017

Kamu bayar sikit sikit sebegini tidak akan memberi kesan kepada keseluruhan hutang kamu. Interest pinjaman kamu akan bertambah juga.

Soalan, saya hanya mampu untuk membayar sebanyak RM200 bulanan buat masa sekarang. 

Kalau sudah tidak mampu, dan kamu memerlukan masa, usah bayar langsung. Gunakan duit itu untuk kebajikan keluarga kamu.

Tapi kamu kena tahan lah gangguan dan ugutan pengutip hutang. Itu saja. Mereka tidak boleh berbuat apa sebenarnya. Sita rumah tu ugutan kosong saja.

Kalau bank buat tuntutan di mahkamah, dan jadikan kamu sebagai Penghutang Penghakiman, adalah lebih baik lagi. Pengiraan faedah sudah tidak sama saperti sebelum penghakiman. Masa tu mungkin kamu sudah stabil dan bagi lah cadangan jadual pembayaran.
1 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.