Advertisement

Sitaan harta yang bukan atas nama dan tindakan yang patut diambil

262 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Sep 15, 2017 at 18:07
by   amirsayat1985
Assalamualaikum dan salam sejahtera.... 
Saya ingin memohon penjelasan dan pencerahan mengenai masalah yg saya hadapi sekarang. Saya dulunya penjawat awam dan telah berhenti kerja atas sebab keluarga setelah hampir dua tahun yang lalu. Semasa saya masih bekerja saya membuat pinjaman bank rakyat (3 akaun)  dan telah setahun sy tak mampu bayar. Sekarang mereka call utk memberitahu mengenai penyitaan brg2 rumah yg beralamat di dlm surat mereka iaitu rumah sewa saya. Saya ada memaklumkan bahawa rumah tersebut adalah rumah sewa. Bukan rumah sendiri. Kemudian dia maklum kalau nak tambah tempoh pengurusan, saya kena setelkan pembayaran sebanyak rm3k. Rm1k utk satu akaun. Adakah sitaan akan dibuat ke atas brg yg bukan milik saya? Apakah yg saya boleh buat sebab saya memang tak mampu untuk membuat bayaran buat masa sekarang?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
7 Answers

answered on Sep 15, 2017 at 18:18
by   jebat
Jangan guna ejaan pendek di sini.

Adakah sitaan akan dibuat ke atas barang yang bukan milik saya?

Tidak.  Kenapa percaya sangat pembohongan/penipuan pengutip hutang?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 15, 2017 at 21:00
by   amirsayat1985
Saya baru dapat call. Akan dibuat sitaan ke atas harta benda di dalam rumah kecuali pakaian dan makanan sahaja. Walaupun barang-barang dalam rumah bukan milik saya, katanya tetap akan disita. Saya jadi takut pulak. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 15, 2017 at 21:09
by   kiki
Saya jadi takut pulak. 
Lagi kamu takut lagi mereka suka.

Lepas ni mereka akan cakap   ..lorry mahkamah on the way.!!
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 15, 2017 at 21:47
by   amirsayat1985
Memang itu pun antara ayatnya. Katanya mereka call dari bank rakyat. Tapi saya cuba search dalam google, nombor tersebut debt collector company. Nombor-nombor yang berhubungan dengan saya pun maklum kata lawyer/syarikat guaman. Sama juga lepas saya search. Debt collector company. Apakah tindakan yang sepatutnya saya ambil? Saya sendiri baru sahaja dipanggil untuk mula bekerja tapi belum dapat tarikh tepat. Adakah saya perlu merujuk dengan AKPK? 
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 16, 2017 at 00:50
by   kiki
Berapakah amaun hutang untuk setiap satu dari 3 akaun bank rakyat itu?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 16, 2017 at 02:12
by   amirsayat1985
Pinjaman masa saya buat tu
1)12k
2)40k
3)60k

Tapi setelah ditolak dengan pembayaran yang telah dibuat masa saya masih bekerja, dan setahun selepas berhenti, baki untuk ketiga-tiga akaun dalam 100k.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 16, 2017 at 04:25
by   kiki
 baki untuk ketiga-tiga akaun dalam 100k.
Mengambil kira faedah dan sebagai nya jumlah ini akan lebih tinggi sekira nya bank membuat tuntutan untuk keseluruhan baki pinjaman. 

Adakah saya perlu merujuk dengan AKPK? 
Ya, kalau tiada jalan lain, ini adalah salah satu, lakukan segera.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.