Advertisement

Tuntutan saman malu

244 Views  ⚫  Asked 5 Months Ago
asked on Sep 14, 2017 at 18:22
by   Hamba Allah
edited on Oct 3, 2017 at 11:15
 
Beberapa hari yang lepas ada yang memuat naik post mengenai kecurian yang berlaku di sebuah stesyen minyak. Dan post itu agak viral kerana telah dikongsi ke dalam beberapa group. Melalui post tersebut, dinyatakan tempat kejadian dan no plate kereta yang digunakan pelaku. Selain itu, video kecurian, gambar kereta yang menunjukkan nombor plate serta maklumat penuh pemilik kereta turut di muat naik.

Pemilik kereta tersebut adalah saya. Dan ketika kejadian kereta tersebut digunakan kawan saya manakala saya sedang bekerja. Satu laporan polis sudah dibuat untuk covering diri saya daripada kes ini. Tetapi pihak stesyen minyak tidak membuat laporan polis sebaliknya staff menviral kes ini.

Dan masalah ini memberi kesan kepada saya. Walaupun saya tak terlibat, tetapi maklumat penuh saya serta gambar kereta saya viral di facebook. Dan post tersebut telah dibaca oleh jiran-jiran saya serta ahli keluarga. Saya amat malu di atas kejadian ini. Jiran-jiran mula memandang serong terhadap saya dan keluarga. Dan saya juga mula merasakan keselamatan saya tergugat apabila ada masyarakat yang mula membuat provokasi terhadap saya melalui isyarat lucah semasa saya memandu kereta terbabit. Mungkin mereka dapat mengecam nombor plate kereta saya.

Selain itu, alamat rumah yang saya tinggal sekarang turut didedahkan melaui maklumat penuh saya didalam post terbabit. Saya ada menghubungi orang yang menaikkan status tersebut untuk menurunkan gambar serta maklumat penuh saya di fb kerana saya tidak terlibat. Lagi pula, video menunjukkan pelaku adalah berlainan jantina dengan pemilik kereta. Sebaliknya, orang yang up status tidak mahu menurunkan satus sehingga gantirugi dibayar. 

Walaupun saya tak terlibat, saya telah membayar gantirugi kerana mahu post dipadam kerana mengaibkan saya dan keluarga. Selepas itu, gmbar details saya dan kereta di padam. Tetapi post dan video tidak dipadam.Saya boleh terima video tidak dibuang kerana itu memang pelaku. Tetapi selepas beberapa jam kemudian saya mendapati details dan gambar kereta saya dinaikkan kembali kedalam post terbabit.

Sekarang post telah dipadam apabila saya bagitahu mahu membuat saman malu. Tetapi walaupun post telah dipadam di wall orang yang up tetapi masih ada di fb kerana sudah ramai yang ke dalam group.

Kejadian ini mengaibkan saya kerana maklumat penuh mengandungi nama,alamat serta ic dikongsi mengaitkan saya dengan kejadian ini. Pihak stesyen minyak tidak membuat laporan polis terhubung kejadian sebaliknya staff mengviralkan kes ini sehingga mengaibkan saya serta keluarga.

Disini saya ingin mendapatkan pandangan nasihat daripada mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang guaman.

Disini apakah tindakan yang saya boleh ambil terhadap orang menaikkan satus? Boleh kah saya failkan saman malu?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Sep 14, 2017 at 18:43
by   jebat
Post di Facebook tidak menuduh kamu merompak, hanya menuduh kamu pemilik kereta yang digunakan untuk merompak.  Apa salahnya. Kenapa harus rasa malu?

Dan saya juga mula merasakan keselamatan saya tergugat apabila ada masyarakat yang mula membuat provokasi terhadap saya melalui isyarat lucah semasa saya memandu kereta terbabit.
Mungkin mereka tak suka cara kamu memandu kereta.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.