Advertisement

Waris boleh dihukum bayar hutang bank?

701 Views  ⚫  Asked 11 Months Ago
asked on Sep 14, 2017 at 17:53
by   AmengTaker
Saya nak tanya.  Ayah saya telah meninggal dunia setahun lebih. Sebelum meninggal dia banyak hutang kredit kad bank bersama isteri kedua. Dan kini bank sering menhantar sms minta hutang. Baru baru ni ada dapat panggilan dia kata nak datang rumah nak menyita barang dalam rumah. Rumah dan semua atas nama mak saya. Boleh dia menyita ke? Dan kalaau ayah meninggal hutang tu akan lupus ke atau hutang tu akan pergi pada anak dan isteri? 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
4 Answers
answered on Sep 14, 2017 at 22:41
by   kiki
Rumah dan semua atas nama mak saya.  Boleh dia menyita ke?

Tidak boleh.

Dan kalaau ayah meninggal hutang tu akan lupus ke atau hutang tu akan pergi pada anak dan isteri? 

Hutang itu tidak lupus tetapi tidak pergi kepada anak atau isteri.

Mengikut akta kebankarapan semasa, walaupun seseorang penghutang itu sudah meninggal dunia ia masi boleh di tuntut saperti ia masih hidup dan boleh di bankrapkan.

Jika mengikut akta yang di pinda baru tetapi belum di gazetkan, seseorang penghutang yang telah meninggal dunia tidak boleh di bankrapkan.
1 found this helpful
Helpful

answered on Sep 15, 2017 at 05:00
by   AmengTaker
Hutang itu tidak lupus tetapi tidak pergi kepada anak atau isteri. 

Makna nya pihak bank dan mahkamah tidak boleh meminta hutang daripada waris jika penghutang sudah meninggal dunia dan hutang tu di kira mcm mana ya?

Mengikut akta kebankarapan semasa, walaupun seseorang penghutang itu sudah meninggal dunia ia masi boleh di tuntut saperti ia masih hidup dan boleh di bankrapkan. 

Masih boleh di tuntut seperti masih hidup? Apa maksud nya tu ya.. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 15, 2017 at 15:32
by   kiki
Makna nya pihak bank dan mahkamah tidak boleh meminta hutang daripada waris jika penghutang sudah meninggal dunia dan hutang tu di kira mcm mana ya?

Maksud nya bank tidak boleh tuntut hutang dari orang lain walaupun waris terdekat kerana bukan mereka yang berhutang dengan bank. Hutang itu akan menjadi lapuk tersimpan dalam rekod saja lah.

Masih boleh di tuntut seperti masih hidup? Apa maksud nya tu ya.. 

Maksud nya bank masih boleh buat tuntutan di mahkamah sehingga ke tahap kebankrapan. Ini jarang berlaku melainkan jika si mati mempunyai hutang terlalu besar dan mempunyai harta yang banyak.
1 found this helpful
Helpful

answered on Sep 15, 2017 at 16:14
by   AmengTaker
Ok. Terima Kasih atas jawapan yang jelas ini. Sekarang saya dah faham.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.