Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

2580 Views  ⚫  Asked 8 Months Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by   Idzham
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
« Previous   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   Next »  Last »

answered on Sep 25, 2017 at 13:29
by   jebat
Tarikh mesti dikosongkan supaya Pendaftar boleh chop tarikh betul yang akan ditetapkan.

Benarkan semua pihak yang berkenaan hadir di hadapan Hakim dalam Kamar pada hari ....................  2017, pukul 9.00 pagi mendengarkan permohonan di pihak Penghutang Penghakiman untuk perintah membatalkan Petisyen Pemiutang.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 25, 2017 at 15:28
by   Idzham
@jebat

Tarikh mesti dikosongkan supaya Pendaftar boleh chop tarikh betul yang akan ditetapkan.

Ok, maklumat lain ok ke tuan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 25, 2017 at 16:43
by   jebat
3. Alasan-alasan lain seperti yang dinyatakan di dalam Afidavit Bantahan ( menentang Petisyen Pemiutang )

tukar kepada

3. Alasan-alasan lain seperti yang dinyatakan di dalam Afidavit Sokongan

Yang lain semua ok.
Mana baki dokumen-dokumen?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 25, 2017 at 22:09
by   Idzham
edited Nov 16, 2017 at 08:35
 
AFIDAVIT BANTAHAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. BA-29NCC-3447-04/2017

ANTARA

NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD
( NO. K/P :  xxxxxxx)                                      - PENGHUTANG PENGHAKIMAN


DAN

BANK SIMPANAN NASIONAL 
(447252-H)                                                       - PEMIUTANG PENGHAKIMAN


AFIDAVIT BANTAHAN MENENTANG PETISYEN PEMIUTANG

Saya  NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD (No. Kad Pengenalan – xxxxxx ) adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di Blok B, XXX, Sxxxxxx Apartment,  Jalan PJU10/1C, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut :-

1. Saya adalah Penghutang Kehakiman dan juga defendan.
 
2. Semua fakta-fakta yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan pengetahuan peribadi saya.

3. Saya mengikrarkan affidavit ini untuk menentang  Petisyen Pemiutang yang difailkan oleh Pemiutang Penghakiman pada  26/05/2017.
 
4. Perenggan enam (6) dan tujuh (7) Afidavit Penyampaian Tampalan diinafikan.
 
5. Perenggan  (4) Petisyen Pemiutang dinafikan dan saya menyatakan di sini bahawa saya tidak pernah diserahkan Notis Kebankrapan dan tidak pernah melakukan apa-apa Perbuatan Kebankrapan. Saya meletakkan bahan bukti kukuh kepada kebenaran pernyataan perenggan  (4) tersebut.


Berkenaan dengan Afidafit oleh  Deponen  ) ……………………………………………….

Yang bernama    ) ……………………………………………….

Yang diikrarkan di Shah Alam   ) ……………………………………………….

Pada ………………..2017   ) ……………………………………………….

Di hadapan saya,


-----------------------------------------------------------
Pesuruhjaya Sumpah

Afidavit ini difailkan oleh  Penghutang  Penghakiman yang beralamat di :-

NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD,
Blok B, XXX, Sxxxxxx Apartment,
Jalan PJU10/1C, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon -  013  xxxxxxx
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 25, 2017 at 22:27
by   jebat
AFIDAVIT BANTAHAN MENENTANG PETISYEN PEMIUTANG

tukar kepada

Afidavit Sokongan
( menyokong permohonan Penghutang Penghakiman membatalkan Petisyen Pemiutang )

Afidavit ini mesti ada 2 eksibit, iaitu gambar tanah felda dan surat roboh.
Kenyataan afidavit mesti merujuk pembaca kepada eksibit-eksibit.
Setiap exsibit mesti didahului oleh "cover page".
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 26, 2017 at 02:42
by   Idzham
@jebat

tukar kepada 

Afidavit Sokongan 
( menyokong permohonan Penghutang Penghakiman membatalkan Petisyen Pemiutang )

Afidavit ini mesti ada 2 eksibit, iaitu gambar tanah felda dan surat roboh. 
Kenyataan afidavit mesti merujuk pembaca kepada eksibit-eksibit. 
Setiap exsibit mesti didahului oleh "cover page".
Ok, noted.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 26, 2017 at 04:13
by   Idzham
@jebat

Saya confuse sikit berkenaan Afidavit Sokongan ni.

Soalan.

1. Afidavit sokongan Nurul Aida ni akan menafikan penerimaan Notis Tampalan di kedua-dua premis atau satu premis sahaja iaitu yang beralamat di felda?

2. Afidavit saya pula akan ikrar menyokong dan merujuk eksibit yang sama dengan Afidavit Nurul Aida?

3. Apakah yang boleh dijadikan bukti tidak terima Notis Tampalan di premis B309 ni?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 27, 2017 at 00:37
by   Idzham
edited Nov 16, 2017 at 08:39
 
EKSIBIT COVER LETTER

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. BA-29NCC-3447-04/2017

ANTARA

NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD
( NO. K/P :  xxxxxxx)                                      - PENGHUTANG PENGHAKIMAN


DAN

BANK SIMPANAN NASIONAL 
(447252-H)                                                       - PEMIUTANG PENGHAKIMAN


PERAKUAN MENGENALPASTI EXHIBIT

Saya dengan ini mengesahkan bahawa yang berikut ini adalah eksibit yang ditandakan
sebagai EB1 yang dirujukan dalam Afidavit Sokongan oleh NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD (No. KP. xxxxxxx ) yang diikrarkan pada ............................. 2017.


Di hadapan saya,


...............................................
PESURUHJAYA SUMPAH


 
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 27, 2017 at 00:39
by   Idzham
edited Nov 16, 2017 at 08:40
 
AFIDAVIT SOKONGAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. BA-29NCC-3447-04/2017

ANTARA

NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD
( NO. K/P :  xxxxxxx)                                      - PENGHUTANG PENGHAKIMAN


DAN

BANK SIMPANAN NASIONAL 
(447252-H)                                                       - PEMIUTANG PENGHAKIMAN


AFIDAVIT SOKONGAN
( Menyokong permohonan Penghutang Penghakiman membatalkan Petisyen Pemiutang )

Saya  NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD (No. Kad Pengenalan – XXXXXX-XX-XXXX) adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di Blok B, XXX, Sxxxxxx Apartment,  Jalan PJU10/1C, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut :-

1. Saya adalah Penghutang Kehakiman dan juga defendan.
 
2. Semua fakta-fakta yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan pengetahuan peribadi saya.

3. Saya mengikrarkan affidavit ini untuk menentang  Petisyen Pemiutang yang difailkan oleh Pemiutang Penghakiman pada  26/05/2017.
 
4. Perenggan enam (6) dan tujuh (7) Afidavit Penyampaian Tampalan dinafikan kerana premis tersebut telah dirobohkan sejak April 2017. Sila rujuk eksibit EB1.
 
5. Perenggan  (4) Petisyen Pemiutang dinafikan dan saya menyatakan di sini bahawa saya tidak pernah diserahkan Notis Kebankrapan dan tidak pernah melakukan apa-apa Perbuatan Kebankrapan. Saya meletakkan bahan bukti kukuh kepada kebenaran pernyataan perenggan  (4) tersebut.


Berkenaan dengan Afidafit oleh  Deponen  ) ……………………………………………….

Yang bernama    ) ……………………………………………….

Yang diikrarkan di Shah Alam   ) ……………………………………………….

Pada ………………..2017   ) ……………………………………………….

Di hadapan saya,

 

-----------------------------------------------------------
Pesuruhjaya Sumpah

Afidavit Sokongan ini difailkan oleh  Penghutang  Penghakiman yang beralamat di :-

NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD,
Blok B, XXX, Sxxxxxx Apartment,
Jalan PJU10/1C, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon -  013  xxxxxxx
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 27, 2017 at 02:13
by   jebat
1. Afidavit sokongan Nurul Aida ni akan menafikan penerimaan Notis Tampalan di kedua-dua premis atau satu premis sahaja iaitu yang beralamat di felda?
Kedua-dua premis, tetapi bukti dokumen dan gambar adalah untuk alamat felda sahaja.

2. Afidavit saya pula akan ikrar menyokong dan merujuk eksibit yang sama dengan Afidavit Nurul Aida?
Tidak.  Afidavit En Idzham cuma sumpah tak ada orang datang pada hari tersebut, sumpah tak ada tampalan di dinding dan sumpah tak ada Notis di dalam petisurat.

3. Apakah yang boleh dijadikan bukti tidak terima Notis Tampalan di premis B309 ni?
Nampak macam tak ada bukti dokumen, jadi bersumpah sahaja.
Jika jiran atau pengawal sekuriti sudi sumpah di dalam afidavit sendiri, lagi baik.

Eksibit EB1 adalah surat roboh atau gambar?
Kalau EB1 gambar, kena ada eksibit EB2 iaitu surat roboh dengan "cover page" kedua.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.