Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

2595 Views  ⚫  Asked 8 Months Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by   Idzham
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
« Previous   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   Next »  Last »

answered on Sep 22, 2017 at 19:41
by   Idzham
@Jebat

Dokumen nampak ok kecuali, dekat nama Bank Simpanan Nasional, mesti ada nombor syarikat.
- Baik tuan saya tambah nombor syarikat

Sekarang sediakan lagi dokumen-dokumen
1. Notis Niat Membangkang Petisyen Pemiutang
2. Saman Dalam Kamar
3. Afidavit Sokongan ( dengan exsibit a. gambar tanah felda dan b. surat meroboh rumah )
4. Afidavit Idzham
-Baik, saya sediakan dalam masa terdekat ni.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 22, 2017 at 20:07
by   Idzham
edited Nov 16, 2017 at 08:54
 
@jebat

Sekarang sediakan lagi dokumen-dokumen
1. Notis Niat Membangkang Petisyen Pemiutang
2. Saman Dalam Kamar
3. Afidavit Sokongan ( dengan exsibit a. gambar tanah felda dan b. surat meroboh rumah )
4. Afidavit Idzham

- No.4 tu berkenaan dengan tampalan Notis di unit BXXX tu kan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 23, 2017 at 00:45
by   jebat
edited Nov 16, 2017 at 08:55
 
Dokumen No.4 tu berkenaan dengan tampalan Notis di unit BXXX tu kan?

Betul.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 23, 2017 at 04:22
by   Idzham
edited Nov 16, 2017 at 08:43
 
NOTIS NIAT MEMBANGKANG PETISYEN PEMIUTANG

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. BA-29NCC-3447-04/2017

ANTARA

NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD
( NO. K/P :  xxxxxxx)                                      - PENGHUTANG PENGHAKIMAN


DAN

BANK SIMPANAN NASIONAL 
(447252-H)                                                         - PEMIUTANG PENGHAKIMAN


NOTIS NIAT MEMBANGKANG PETISYEN PEMIUTANG
Kepada Pendaftar,

Saya, NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD, Penghutang Penghakiman di atas, adalah dengan ini memberi notis kepada kamu bahawa saya bercadang hendak membangkang terhadap Petisyen Pemiutang dan saya mempertikaikan Perbuatan Kebankrapan  telah berlaku.

Bertarikh pada : XX/XX/2017


-------------------------------------
( Nurul Axxx Hxxxx Binti Cxx Ahmad )
Penghutang Penghakiman
No. Kad Pengenalan : xxxxxx
 
Kepada :-
1.  Pendaftar , Mahkamah Tinggi Shah Alam
2.  Tetuan Hisham, Fatimah Cxxx & Co.

Notis Niat Membangkang Petisyen Pemiutang ini difailkan oleh  Penghutang  Penghakiman yang beralamat di :-

NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD,
Blok B, XXX, Sxxxxxx Apartment,
Jalan PJU10/1C, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Telefon -  013  xxxxxxx
 
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 23, 2017 at 04:53
by   Idzham
@jebat @kiki @forumers

Untuk dokumen SAMAN DALAM KAMAR, boleh tak guna alasan seperti di bawah?

1. Penghutang Penghakiman tidak menerima Notis Bankrap yang dihantar melalui kaedah Penyampain Tampalan di premis.
2. Penghutang Penghakiman mendapati adanya kesalahan fakta didalam Affidavit Penyampaian Tampalan.

3. Alasan-alasan lain seperti yang dinyatakan di dalam Afidavit Bantahan ( menentang Petisyen Pemiutang ).
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 23, 2017 at 13:31
by   jebat
Untuk dokumen SAMAN DALAM KAMAR, boleh tak guna alasan seperti di bawah?
1. Penghutang Penghakiman tidak menerima Notis Bankrap yang dihantar melalui kaedah Penyampaian Tampalan di premis.
2. Penghutang Penghakiman mendapati adanya kesalahan fakta didalam Affidavit Penyampaian Tampalan.

Boleh.

3. Alasan-alasan lain seperti yang dinyatakan di dalam Afidavit Sokongan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 23, 2017 at 13:33
by   jebat
NOTIS NIAT MEMBANGKANG PETISYEN PEMIUTANG
Kepada Pendaftar,

Ayat "Kepada Pendaftar," mesti dikeluarkan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 23, 2017 at 19:03
by   Idzham
@jebat

NOTIS NIAT MEMBANGKANG PETISYEN PEMIUTANG
Kepada Pendaftar,

Ayat "Kepada Pendaftar," mesti dikeluarkan.

-Ok beres, yang lain ok ke?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 23, 2017 at 19:16
by   jebat
-Ok beres, yang lain ok ke?

Ok.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 25, 2017 at 02:51
by   Idzham
edited Nov 16, 2017 at 08:44
 
SAMAN DALAM KAMAR

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. BA-29NCC-3447-04/2017

ANTARA

NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD
( NO. K/P :  xxxxxxx)                                      - PENGHUTANG PENGHAKIMAN


DAN

BANK SIMPANAN NASIONAL 
(447252-H)                                                                          - PEMIUTANG PENGHAKIMAN


SAMAN DALAM KAMAR
(Permohonan Penghutang Penghakiman untuk membatalkan Petisyen Pemiutang)
 
Benarkan semua pihak yang berkenaan hadir di hadapan Hakim dalam Kamar pada hari 25hb Oktober 2017, pukul 9.00 pagi mendengarkan permohonan di pihak Penghutang Penghakiman untuk perintah membatalkan Petisyen Pemiutang.

Alasan-alasan membuat permohonan adalah seperti berikut :-

1. Penghutang Penghakiman tidak menerima Notis Bankrap.
2. Penghutang Penghakiman mendapati adanya kesalahan fakta didalam Affidavit Penyampaian Tampalan.
3. Alasan-alasan lain seperti yang dinyatakan di dalam Afidavit Bantahan ( menentang Petisyen Pemiutang ).
 
 
-------------------------------------
Pendaftar ,
Mahkamah Tinggi Shah Alam

Saman ini diambil oleh Penghutang Penghakiman yang beralamat di,
NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD,
Blok B, XXX, Sxxxxxx Apartment,
Jalan PJU10/1C, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Telefon -  013  xxxxxxx
 
Salinan kepada  Pemiutang  Penghakiman,

Tetuan  Hisham, Fatimah Cxxx & Co.
Peguamcara & Peguambela,
No.XX, Tingkat 1, Jalan 2A/27A,
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

(Ruj: HFC/L/BSN 6932/XX(SK))
 
0 found this helpful
Helpful


« Previous   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.