Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

2064 Views  ⚫  Asked 5 Months Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by   Idzham
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
267 Answers
« Previous   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next »  Last »

answered on Sep 20, 2017 at 21:57
by   Idzham
Saya masih lagi meneliti dokumen2 yang saya download semalam, akan usulkan disini jika ada persoalan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 20, 2017 at 22:29
by   jebat
Sediakan dokumen
Notis Bertindak Sendiri dan paparkan disini untuk semakan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 20, 2017 at 22:57
by   jeff005
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 21, 2017 at 03:26
by   Idzham
Forumers,
Mohon pencerahan, saya confuse disini, dokumen Permintaan Untuk Mengeluarkan Notis Kebankrapan
berdasarkan Penghakiman pada Mac 2014 dimana saya(peminjam) sebagai defendan pertama dan (Penjamin) defendan kedua. Nilai pada Penghakiman ni adalah RM35k++, saya dah bankrap. Sekarang Penjamin pula dapat Petisyen Pemiutang dengan nilai RM50K++, kes naya ni kena bayar berganda untuk akaun pinjaman yang sama dengan tambahan kadar faedah yang baru.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 21, 2017 at 12:10
by   jebat
Sekarang Penjamin pula dapat Petisyen Pemiutang dengan nilai RM50K++, kes nya ni kena bayar berganda untuk akaun pinjaman yang sama dengan tambahan kadar faedah yang baru.

Apa soalannya?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 21, 2017 at 16:59
by   Idzham
@jebat

Sekarang Penjamin pula dapat Petisyen Pemiutang dengan nilai RM50K++, kes nya ni kena bayar berganda untuk akaun pinjaman yang sama dengan tambahan kadar faedah yang baru. 

Apa soalannya?
1) Bukan ke selepas bankrap kadar faedah dihentikan selepas Bankrap lapor diri ke Mdi?

2) Adakah pengiraan berganda macam ni dibenarkan?
Walaupun 1 akaun pinjaman tapi bayaran berganda dibuat oleh 2 orang (peminjam dan penjamin).
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 21, 2017 at 18:13
by   jebat
1) Bukan ke selepas bankrap kadar faedah dihentikan selepas Bankrap lapor diri ke Mdi?
Faedah hanya dihentikan untuk defendan pertama tetapi tidak dihentikan untuk defendan kedua kerana defendan kedua belum bankrap.

2) Adakah pengiraan berganda macam ni dibenarkan?
Walaupun 1 akaun pinjaman tapi bayaran berganda dibuat oleh 2 orang (peminjam dan penjamin).

Ia dibenarkan sebab biasanya di dalam perjanjian pinjaman ada menyebut ayat
"jointly and severally liable" yang bermaksud bank berhak menuntut 2 kali ganda amaun hutang.
Tetapi jika satu defendan membayar hutang dengan penuh, defendan satu lagi tak perlu bayar lagi.

Mana dokumen Notis Bertindak Sendiri?
Masa semakin singkat.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 22, 2017 at 05:27
by   kiki
- Boleh bantu saya untuk penyediaan dokumen? First step, dokumen apa yang perlu saya sediakan sekarang?
Sediakan Notis Bertindak Sendiri. Poskan draf nya disini untuk semakan.

Lakukan segera kerana lebih  masa banyak masa di perlukan untuk penyediaan afidavit sokongan dan afidavit saksi. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 22, 2017 at 06:10
by   Idzham
edited Nov 16, 2017 at 08:46
 
@Jebat @Kiki

Maaf lambat reply, sibuk dengan kerja. Minggu ni kalau boleh nak selesaikan semua dokumen.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. BA-29NCC-3447-04/2017

ANTARA

NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD
( NO. K/P :  xxxxxxx)                                      - PENGHUTANG PENGHAKIMAN


DAN

BANK SIMPANAN NASIONAL 
                                                                         - PEMIUTANG PENGHAKIMAN


NOTIS  BERTINDAK SENDIRI

Kepada Pendaftar,

Saya,  NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD, Penghutang Penghakiman di atas adalah dengan ini berniat hendak bertindak sendiri dalam tindakan ini dan bahawa alamat saya untuk penyampaian adalah seperti berikut :-

Blok B, XXX, Sxxxxxx Apartment,
Jalan PJU10/1C, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.


Bertarikh pada 


-------------------------------------
( Nurul Axxx Hxxxx Binti Cxx Ahmad – Penghutang Penghakiman)
Notis Bertindak Sendiri ini difailkan oleh  Penghutang  Penghakiman yang beralamat di :-

NURUL AXXX HXXXX BINTI CXX AHMAD,
Blok B, XXX, Sxxxxxx Apartment,
Jalan PJU10/1C, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon -  013  xxxxxxx
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 22, 2017 at 12:09
by   jebat
Dokumen nampak ok kecuali, dekat nama Bank Simpanan Nasional, mesti ada nombor syarikat.

Sekarang sediakan lagi dokumen-dokumen
1. Notis Niat Membangkang Petisyen Pemiutang
2. Saman Dalam Kamar
3. Afidavit Sokongan ( dengan exsibit a. gambar tanah felda dan b. surat meroboh rumah )
4. Afidavit Idzham
0 found this helpful
Helpful


« Previous   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.