Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

2052 Views  ⚫  Asked 5 Months Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by   Idzham
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
267 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Sep 20, 2017 at 00:17
by   Idzham
@jebat

Juga ambil gambar tanah tersebut sebagai bukti exsibit. 
- Saya ada gambar tanah tersebut, this week boleh balik kg untuk dapatkan bukti lagi.

Kalau tak ada jiran di Felda Chuping, mungkin saudara mara atau suami penjamin boleh berikrar.
-Jiran dan saudara mara ada, mungkin saya boleh dapatkan bukti yang lebih baik dari pihak pengurusan felda kerana rumah ini dikosongkan atas arahan untuk pembangunan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 20, 2017 at 01:09
by   jebat
edited Nov 16, 2017 at 08:47
 
mungkin saya boleh dapatkan bukti yang lebih baik dari pihak pengurusan felda kerana rumah ini dikosongkan atas arahan untuk pembangunan.
Dapatkan salinan surat atau dokumen bukti ini.

Penghuni B-XXX, Saujana Apartment?

Masih kena sediakan dokumen-dokumen untuk difailkan di Mahkamah.
Masa semakin suntuk.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 20, 2017 at 02:40
by   Idzham
edited Nov 16, 2017 at 08:47
 
@jebat

Penghuni B-XXX, Saujana Apartment ?
- Ya, masih menghuni disini.

Masih kena sediakan dokumen-dokumen untuk difailkan di Mahkamah.
Masa semakin suntuk.
- Boleh bantu saya untuk penyediaan dokumen? First step, dokumen apa yang perlu saya sediakan sekarang?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 20, 2017 at 03:17
by   jebat
- Ya, masih menghuni disini.

Adakah beliau sudi berikrar di dalam afidavit bahawa tiada orang datang menampal Notis pada hari tersebut?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 20, 2017 at 03:24
by   jebat
Adakah alamat yang tertera di dalam Kad Pengenalannya sama dengan alamat Saujana Apartment sekarang?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 20, 2017 at 04:03
by   Idzham
@jebat

Adakah beliau sudi berikrar di dalam afidavit bahawa tiada orang datang menampal Notis pada hari tersebut?

Saya sendiri boleh berikrar.

Adakah alamat yang tertera di dalam Kad Pengenalannya sama dengan alamat Saujana Apartment sekarang?

Alamat IC masih lagi alamat kampung, saya boleh buat penukaran alamat kalau perlu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 20, 2017 at 04:22
by   jebat
Alamat IC masih lagi alamat kampung, saya boleh buat penukaran alamat kalau perlu.
Tak perlu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 20, 2017 at 11:55
by   jebat
- Boleh bantu saya untuk penyediaan dokumen? First step, dokumen apa yang perlu saya sediakan sekarang?

Kalau Avengers Malaysia bantu kamu kali ini, kamu mesti berjanji akan

1. membantu orang lain yang nak melawan bank
2. mendermakan apa-apa kos yang menang kepada tabung perang Avengers
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 20, 2017 at 20:21
by   kiki
1. membantu orang lain yang nak melawan bank
Selepas kita lalui proses proses  mahkamah ini, kita akan jadi celik undang undang.

Membantu semula rakan rakan kita yang mungkin menempuh kebuntuan dan kebimbangan yang kita pernah lalui, di forum ini, bukan lah satu permintaan yang berat.

2. mendermakan apa-apa kos yang menang kepada tabung perang Avengers
Jika ada kekuatan dalam kes yang lawan, mereka biasa nya akan membantu bukan sahaja memenangi kes tetapi memenangi nya dengan kos di pihak lawan saperti mana kita kalah pihak bank minta kos dari kita.

Tujuan derma (jika menang kes dengan kos) ini adalah  bertujuan menderma semula kepada rakan rakan yang
mungkin tidak mmpunyai wang langsung meneruskan kes ke tahap lebih tinggi walaupun pun peluang memenanginya  sudah lebih cerah. Contoh: Kes Idries (sila rujuk di forum ini)

Jangan bimbang tiada obligasi undang undang.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 20, 2017 at 21:56
by   Idzham
@ Jebat & @Kiki

Maaf lambat reply, sangat busy kat ofis hari ni. Terima kasih atas bantuan dan sokongan.

Kalau Avengers Malaysia bantu kamu kali ini, kamu mesti berjanji akan

1. membantu orang lain yang nak melawan bank
2. mendermakan apa-apa kos yang menang kepada tabung perang Avengers

-Berbesar hati untuk menolong yang lain selepas ini, lagi best kalau dapat join Avengers.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.