Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

3608 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by   Idzham
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Sep 19, 2017 at 20:33
by   kiki
Penjamin perlu hadir tak pada 16/10/2017 ni? Ni tarikh untuk ape?

Pengurusan Kes untuk Notis Kebankrapan..?!! Bukan sudah terima Petisyen Pemiutang ke?

4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM 

Di semak pada senarai kausa Mahkamah Tinggi Shah Alam memang tersenarai kes pada kedua dua tarikh tersebut. Ada kekeliruan ujud pada fakta kes atau ada kesilapan di pihak mahkamah.

Tunjukan Notis Kebankrapan itu secara penuh  ( padamkan k/p penjamain saja)
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2017 at 21:45
by   jebat
Mengikut Perintah yang dipaparkan, selain daripada iklan, Notis Kebankrapan perlu ditampalkan pada alamat terakhir penjamin.
Adakah Notis Kebankrapan tertampal di rumah kamu?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2017 at 21:48
by   jebat
Kalau tidak, cuba cari Afidavit Penyampaian Ganti yang ada di dalam laman web, download dan paparkan juga disini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2017 at 22:00
by   Idzham
@Kiki

Penjamin perlu hadir tak pada 16/10/2017 ni? Ni tarikh untuk ape?

Pengurusan Kes untuk Notis Kebankrapan..?!! Bukan sudah terima Petisyen Pemiutang ke?
- Ye, dah terima Petisyen Pemiutang

4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM 

Di semak pada senarai kausa Mahkamah Tinggi Shah Alam memang tersenarai kes pada kedua dua tarikh tersebut. Ada kekeliruan ujud pada fakta kes atau ada kesilapan di pihak mahkamah.

Tunjukan Notis Kebankrapan itu secara penuh  ( padamkan k/p penjamain saja)
- Ok, noted.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2017 at 22:07
by   Idzham
@jebat

Mengikut Perintah yang dipaparkan, selain daripada iklan, Notis Kebankrapan perlu ditampalkan pada alamat terakhir penjamin.
Adakah Notis Kebankrapan tertampal di rumah kamu?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2017 at 22:23
by   Idzham
@jebat

Kalau tidak, cuba cari Afidavit Penyampaian Ganti yang ada di dalam laman web, download dan paparkan juga disini.
- Saya dah dapatkan Afidavit tersebut, No.6 mengatakan penyampaian secara tampalan tapi saya tak dapat pun sebab pada tarikh dan masa tu ada orang di rumah. No.7 pun mengatakan penyampaian secara tampalan juga, tapi alamat tersebut di kampung dan rumah tu dah tak ada, tinggal tanah sahaja sebab rumah sudah dirobohkan sekian lama.

0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2017 at 23:23
by   kiki
tapi alamat tersebut di kampung dan rumah tu dah tak ada, tinggal tanah sahaja sebab rumah sudah dirobohkan sekian lama. 

Perkara 7 dalam affidavit yang ikrarkan oleh Penghantar Dokumen Mohd Azlin says telah menampalkan di pintu hadapan sedangkan rumah itu sudah tidak ujud sejak sekian lama.

Meaning the Penghantar Dokumen is lying in his ikrar!!

En. Jebat, ...could this fact be capitalise ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2017 at 23:54
by   jebat
edited Nov 16, 2017 at 08:49
 
En. Jebat, ...could this fact be capitalized ?

Petisyen in boleh ditentang, jika

1.  orang yang tinggal di B-XXX, Saujana Apartment sedia bersumpah dalam afidavit bahawa tidak ada penampalan berlaku pada 2 Jun 2017, dan
2. jiran Felda Chuping atau Penghulu sedia bersumpah dalam afidavit bahawa rumah tersebut telah dirobohkan sejak tahun XXXX.

Cepat carikan dua orang yang rela ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2017 at 23:56
by   Idzham
@Kiki

Perkara 7 dalam affidavit yang ikrarkan oleh Penghantar Dokumen Mohd Azlin says telah menampalkan di pintu hadapan sedangkan rumah itu sudah tidak ujud sejak sekian lama.
- Yes, saya ada lagi gambar tapak rumah tu masa balik hari raya hari tu.
Meaning the Penghantar Dokumen is lying in his ikrar!!
- Yep.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2017 at 23:58
by   jebat
Juga ambil gambar tanah tersebut sebagai bukti exsibit.

Kalau tak ada jiran di Felda Chuping, mungkin saudara mara atau suami penjamin boleh berikrar.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.