Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

2094 Views  ⚫  Asked 5 Months Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by   Idzham
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
267 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Sep 18, 2017 at 19:42
by   jebat
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.

Poskan imej Perintah bertarikh 17/05/2017 disini untuk semakan.
Mungkin ada lubang di sini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 20:21
by   Idzham
@Jebat

Mengikut undang-undang tak boleh sebab u bukan peguam, tapi ada satu jalan.
Penjamin boleh kata dia tak pandai bercakap dan nak lantik jurubahasa sendiri.
Lepas tu, u boleh bercakap untuk penjamin, tetapi penjamin mesti hadir setiap kali di Mahkamah.

Ada, dokumen atau prosedur tertentu tak sebelum ke mahkamah atau boleh terus lantik semasa dalam mahkamah tu nanti?

Poskan imej Perintah bertarikh 17/05/2017 disini untuk semakan.
Mungkin ada lubang di sini.

Perintah tu tak ada @Jebat, terus dapat Notis Bankrap.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 21:18
by   Idzham
Forumers..

Ada tak apa-apa yang saya boleh gunakan dari Rang Undang-undang (Pindaan) Kebankrapan 2016 dalam kes saya ni? Pinjaman ini adalah Skim Pinjaman Mikro untuk perniagaan bukan pinjaman peribadi, Penjamin tak termasuk kategori Penjamin Sosial ke?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 21:39
by   jebat
Penjamin tak termasuk kategori Penjamin Sosial ke?
Tidak.

Perintah tu tak ada @Jebat, terus dapat Notis Bankrap.
Bagaimana u boleh tahu tarikh perintah tersebut adalah 17/05/2017?

Cuba masuk ke laman web kehakiman
https://ecourt.kehakiman.gov.my/
untuk download perintah ini.  Kena bayar RM12 setiap 10minit.
Lepas login terus download untuk jimat masa/wang.
Perintah ini penting untuk mencari alasan/lubang yang lebih baik.
Jangan lambat ye.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 22:22
by   Idzham
@Jebat

Cuba masuk ke laman web kehakiman
https://ecourt.kehakiman.gov.my/
untuk download perintah ini.  Kena bayar RM12 setiap 10minit.
Lepas login terus download untuk jimat masa/wang.
Perintah ini penting untuk mencari alasan/lubang yang lebih baik.
Jangan lambat ye.

Baik tuan, saya buat segera.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2017 at 15:25
by   Idzham
@Jebat

Cuba masuk ke laman web kehakiman
https://ecourt.kehakiman.gov.my/
untuk download perintah ini.  Kena bayar RM12 setiap 10minit.
Lepas login terus download untuk jimat masa/wang.
Perintah ini penting untuk mencari alasan/lubang yang lebih baik.

Mohon pencerahan, kat mana nak download dokumen tersebut?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2017 at 18:26
by   kiki
Mohon pencerahan, kat mana nak download dokumen tersebut?

 https://ecourt.kehakiman.gov.my/ 

Di bawah tajuk Perkhimatan Awam dan Ekstrak Dokumen Secara Online.

Ia memerlukan kamu membeli tiket (online) untuk kemudian di beri code (ticket no.) untuk akses kepada dokumen yang hendak di ekstrak. (Ikut arahan yang di beri di page itu. sekiranya perlu dnload SOP nya.. Kamu download saja lah)

Sekira nya payah sangat, kamu pergi ke Kaunter Pendaftaran mahkamah minta bantuan. Lakukan segera

Kamu tau tak Case Number si penjamin?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2017 at 18:35
by   Idzham
@Kiki

Di bawah tajuk Perkhimatan Awam dan Ekstrak Dokumen Secara Online.

Terima kasih tunjuk ajar, dah boleh download.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2017 at 18:39
by   Idzham
@jebat
Perintah yang saya ambil dari e-court
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2017 at 18:47
by   Idzham
@jebat

Penjamin perlu hadir tak pada 16/10/2017 ni? Ni tarikh untuk ape?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.