Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

3062 Views  ⚫  Asked 11 Months Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by   Idzham
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Sep 18, 2017 at 04:05
by   jebat
Alasan yang pertama, cakap amat miskin.
Alasan yang kedua, cakap amat kaya.
Mana boleh guna dua-dua alasan.

Kalau guna alasan yang kedua, kena tunjukkan bukti ada aset yang susah dicairkan,
mungkin rumah, tanah, hutang saudara-mara, saham syarikat dan sebagainya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 04:09
by   jebat
Kalau guna alasan yang pertama, boleh suruh syarikat guaman atau Private Investigator buat carian di
Pejabat Tanah, Bank, JPJ, Bursa Saham, SSM dan sebagaikan dan hasilkan repot-repot carian yang mengatakan penjamin sememangnya tidak ada sebarang aset.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 15:05
by   Idzham
@Jebat

Kalau guna alasan yang pertama, boleh suruh syarikat guaman atau Private Investigator buat carian di
Pejabat Tanah, Bank, JPJ, Bursa Saham, SSM dan sebagaikan dan hasilkan repot-repot carian yang mengatakan penjamin sememangnya tidak ada sebarang aset.

Jika saya menggunakan alasan yang pertama, penjamin tiada sebarang aset dan tidak mampu untuk membuat bayaran sepenuhnya kepada pihak bank, adakah penjamin akan dibankrapkan? maaf agak confuse disini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 15:32
by   jebat
Jika saya menggunakan alasan yang pertama, penjamin tiada sebarang aset dan
tidak mampu untuk membuat bayaran sepenuhnya kepada pihak bank

Bukan tidak mampu membuat bayaran sepenuhnya, tapi tidak mampu membuat apa-apa bayaran langsung.

adakah penjamin akan dibankrapkan?
Tidak akan dibankrapkan dan Petisyen akan ditolak jika Mahkamah bersetuju dengan hujahan kamu
bahawa
"kebankrapan bukanlah sesuatu alat untuk menghukum penghutang tetapi adalah untuk membahagikan hartanya kepada semua pemiutang"

Akan tetapi, kemungkinan alasan ini akan berjaya hanyalah 10% bila dibicara di depan Penolong Kanan Pendaftar. ( PKP )
Jika kalah di hadapan PKP, boleh merayu kepada Hakim Mahkamah Tinggi  (15% boleh berjaya )
Jika kalah di hadapan Hakim, boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan Putrajaya ( 20% boleh berjaya )
Jika kalah di Mahkamah Rayuan, boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan ( 25% boleh berjaya )
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 15:35
by   jebat
Apa pekerjaan dan pendapatan penjamin sekarang?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 15:47
by   Idzham
@jebat

Tidak akan dibankrapkan dan Petisyen akan ditolak jika Mahkamah bersetuju dengan hujahan kamu
bahawa
"kebankrapan bukanlah sesuatu alat untuk menghukum penghutang tetapi adalah untuk membahagikan hartanya kepada semua pemiutang"

Part ni saya confuse, kalau penjamin tidak mempunyai aset dan tidak mampu buat bayaran langsung, adakah penjamin dikira tidak solven, jika ini berlaku bagaimana pihak bank boleh dapatkan balik bayaran jika tidak dibankrapkan?

Apa pekerjaan dan pendapatan penjamin sekarang?
Penjamin adalah penjawat awam dengan pendapatan melebihi 4k.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 16:13
by   jebat
kalau penjamin tidak mempunyai aset dan tidak mampu buat bayaran langsung, jika ini berlaku bagaimana pihak bank boleh dapatkan balik bayaran jika tidak dibankrapkan?

Jika dibankrapkan pun tidak boleh dapatkan balik bayaran juga.

Jadi tidak ada sebab mengapa penjamin patut dibankrapkan kecuali untuk menghukumnya.
Tetapi, ada kes lampau di mana Mahkamah ada mengatakan bahawa kebankrapan tidak patut dijadikan alat semata-mata untuk menghukum penghutang.

Penjamin adalah penjawat awam dengan pendapatan melebihi 4k.
Fakta ini mungkin menghalang penjamin menggunakan alasan pertama dengan berkesan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 16:20
by   Idzham
@ Jebat

Jika dibankrapkan pun tidak boleh dapatkan balik bayaran juga.

Jadi tidak ada sebab mengapa penjamin patut dibankrapkan kecuali untuk menghukumnya.
Tetapi, ada kes lampau di mana Mahkamah ada mengatakan bahawa kebankrapan tidak patut dijadikan alat semata-mata untuk menghukum penghutang.

Mungkinkah tujuan utama bank untuk dapatkan bayaran bulanan melalui JIM setelah Penjamin bankrap?

Penjamin adalah penjawat awam dengan pendapatan melebihi 4k.
Fakta ini mungkin menghalang penjamin menggunakan alasan pertama dengan berkesan.

Buntu, masih adakah alasan lain lagi boleh digunakan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 19:28
by   Idzham
Forumers...

Boleh tak kalau saya nak mewakili Penghutang semasa di Mahkamah nanti ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 19:39
by   jebat
Boleh tak kalau saya nak mewakili Penghutang semasa di Mahkamah nanti?

Mengikut undang-undang tak boleh sebab u bukan peguam, tapi ada satu jalan.
Penjamin boleh kata dia tak pandai bercakap dan nak lantik jurubahasa sendiri.
Lepas tu, u boleh bercakap untuk penjamin, tetapi penjamin mesti hadir setiap kali di Mahkamah.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.