Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

3638 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by   Idzham
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
« Previous   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   Next »  Last »

answered on Dec 26, 2017 at 22:14
by   jebat
edited Jan 16, 2018 at 05:46
 
saya akan buat Rayuan kepada Hakim dalam Kamar dan pada masa yang sama cuba nego dengan bank.

Mana draf dokumen Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar? Jangan lambat.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 31, 2017 at 14:32
by   Idzham
edited Apr 19, 2018 at 19:20
 
Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA
 
KEBANKRAPAN NO. BA-29NCC-3447-04/2017
 
NURUL AIDA HANIM BINTI CHE AHMAD
( NO. K/P :  830326-10-****)                            …….. PENGHUTANG PENGHAKIMAN


BANK SIMPANAN NASIONAL
( No Syarikat : 447252-H)                                   ……… PEMIUTANG PENGHAKIMAN
 
 
HUJAHAN BERTULIS PERAYU
( Merayu terhadap keseluruhan keputusan Penolong Kanan Pendaftar yang diberi pada 22/12/2017 )
 
 
 
A. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIRUJUK
 
1. Petisyen Pemiutang
2. Afidavit Penyampaian Tampalan (JC)
3. Notis Niat Membangkang Petisyen Pemiutang
4. Saman Dalam Kamar
5. Afidavit Sokongan Penghutang Kehakiman dengan Eksibit-eksibit.
6. Afidavit Mohd Khairul Idzham Bin Mansor
7. Afidavit Jawapan (JC)
8. Afidavit Jawapan Sokongan (JC)
9. Hujahan Bertulis Pemiutang Penghakiman (JC)
10. Hujahan Bertulis Penghutang Penghakiman (JD)
11. Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar (JD)
 
 
B. LATAR BELAKANG KES
 
1) Perayu adalah defendan kedua dan penjamin kepada defendan pertama iaitu peminjam Skim Pinjaman Mikro yang telah dibuat pada tahun 2011
2) Defendan pertama telah dibankrapkan oleh responden pada 25 Ogos 2015.
3) Defendan pertama telah melaporkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia dan telah memulakan bayaran ansuran kepada responden pada Mac 2016.
4) Perayu telah dikeluarkan Notis Kebankrapan yang bertarikh 17 Mei 2017 dan juga Petisyen Pemiutang yang bertarikh 24 July 2017 dengan jumlah tuntutan sebanyak RM50,143.82
5) Walaubagaimanapun, Notis Kebankrapan tersebut tidak disampaikan kepada perayu walau dalam apa cara sekalipun, sedangkan responden telah menerima arahan tampalan notis di premis perayu.
6) Responden menyatakan bahawa tampalan notis telah dibuat di kediaman perayu mengikut alamat terakhir dan juga alamat carian di JPN. (Sila rujuk Afidavit Tampalan).
7) Namun, perayu dengan sekeras-kerasnya menafikan penampalan tersebut di sertakan dengan eksibit-eksibit sebagai bukti. (Sila rujuk Afidavit Sokongan dan eksibit EB1, EB2 dan EB3).
 
 
 
C. HUJAHAN
 
PENGHUTANG PENGHAKIMAN TIDAK DISAMPAIKAN NOTIS KEBANKRAPAN
 
1. Kes ini tidaklah begitu kompleks, malah senang difahami.

2. Dalam permohonan Saman Dalam Kamar, Penghutang Penghakiman (JD) telah berjaya membuktikan bahawa tampalan Notis tidak pernah dilakukan dimana-mana premis Penghutang Penghakiman (JD).
(Sila rujuk kepada Afidavit Sokongan (JD)).
 
3.  Setelah JC dikemukakan dengan bukti kukuh bahawa tiada rumah pada alamat tersebut, JC kemudiannya berdalih dengan mengatakan bahawa ada kesalahan menaip (typo).
(Sila rujuk Afidavit Jawapan Sokongan Pemiutang Penghakiman (JC))
 
4. Pengakuan melakukan kesalahan menaip (typo) dan juga percanggahan fakta di dalam affidavit penyampaian membuktikan bahawa Penghantar Notis telah melakukan satu kesalahan yang amat serius, iaitu membuat kenyataan palsu di dalam dokumen sumpah ( Afidavit ).
 
5. Memandangkan betapa seriusnya kesalahan tersebut, maka keseluruhan Afidavit Penyampaian Tampalan (JC) tidak boleh diterima oleh Mahkamah kerana terbukti Penghantar Notis seorang yang tidak jujur.
 
6. Selain itu, Penghutang Kehakiman (JD) dan seorang lagi penghuni rumah juga menafikan adanya tampalan Notis Kebankrapan di pintu hadapan premis yang beralamat di B-309, Saujana Apartment, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor.
(sila rujuk Afidavit Mohd Khairul Idzham bin Mansor )
 
7.  Jika Mahkamah mempertimbangkan afidavit dua orang penghuni rumah melawan afidavit Penghantar Notis yang terbukti tidak jujur, timbangan kebarangkalian ( balance of probability ) adalah memihak kepada pihak JD bahawa penampalan sebenarnya tidak dilakukan di B-309, Saujana Apartment, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor.
 
8. Dalam Alasan Penghakiman yang diberi oleh Penolong Kanan Pendaftar, ia ada menyebut bahawa,
Penyampaian Notis Kebankrapan telah dilakukan dengan sempurna, sedangkan pihak Penghutang Penghakiman dalam Afidavit Bantahan bersama eksibit-eksibit beliau besertakan Afidavit seorang penghuni rumah telah membuktikan bahawa penyampaian Notis Kebankrapan tersebut tidak dilakukan sama sekali.  
 
D. KESIMPULAN
 
9. Dalam prosiding kebankrapan, JD mestilah diberi kelebihan kerana pihak JD yang bakal menerima impak yang terbesar jika keputusan tidak tepat dijatuhkan oleh Mahkamah.
 
10. Dalam kes ini timbangan kebarangkalian ( balance of probability ) yang memihak kepada JD dengan sendirinya adalah mencukupi untuk Mahkamah membatalkan Petisyen Pemiutang, lebih-lebih lagi dengan adanya kesalahan serius iaitu kenyataan palsu di dalam dokumen sumpah (Afidavit).
 
11. Perayu / Penghutang Penghakiman memohon supaya
a. Keputusan PKP yang diberikan pada 22 Sept 2015 diterbalikkan dan
b. Petisyen Pemiutang dibatalkan dengan kos.
 
 
Bertarikh pada 31hb Disember 2017
 
 
 
 
………………………………….
Nurul Aida Hanim Binti Che Ahmad
Penghutang Penghakiman (JD)
 
 
 
Hujahan Bertulis Perayu ini difailkan oleh Penghutang Penghakiman yang beralamat di :-
 
NURUL AIDA HANIM BINTI CHE AHMAD,
XXXX, XXXXXXXXXXXXX,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon -  012 – 576 ****
 











 
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 31, 2017 at 21:53
by   jebat
Ini Hujahan, bukan Notis!
Kamu ada 4 hari sahaja, jangan berlengah lagi!
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 2, 2018 at 00:08
by   Idzham
edited Apr 19, 2018 at 19:21
 
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA
 
KEBANKRAPAN NO. BA-29NCC-3447-04/2017
 
NURUL AIDA HANIM BINTI CHE AHMAD
( NO. K/P :  830326-10-****)                            …….. PERAYU/PENGHUTANG PENGHAKIMAN


BANK SIMPANAN NASIONAL
( No Syarikat : 447252-H)                                   ……… RESPONDEN/PEMIUTANG PENGHAKIMAN
 
                                                                         NOTIS RAYUAN

SILA AMBIL PERHATIAN bahawa (Nama Perayu), perayu tidak berpuas hati dengan keputusan Puan….. PKP Mahkamah Tinggi di Shah Alam, yang diberikan pada 22 Disember 2017, merayu kepada Hakim Dalam Kamar terhadap keseluruhan keputusan tersebut dengan kos.


Bertarikh pada ____________________ , 2017


………………………
(NAMA PERAYU)
Perayu

Kepada:
Pendaftar, Mahkamah Tinggi Shah Alam
Peguamcara Responden

Tetuan …….
Peguamcara & Peguambela

Notis Rayuan ini difailkan oleh Perayu yang beralamat di
(Nama Perayu)
xxxxxx Alamat Perayu
Tel : xxxxxx
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 2, 2018 at 09:01
by   jebat
Tajuk masih salah, bukan Notis Rayuan tetapi Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 3, 2018 at 08:47
by   notalawyer
Hi Idzham,

Tomorrow 4th Jan 2018 is last day for Nurul to file her appeal to Judge in Chambers.
Please correct the title from Notis Rayuan to Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar, fill in the blanks and file it today.  Don't wait until last day.

From the dialogue you sent, it is clear that the PKP is not very well versed with the law when she said that "the amount should be reduced since you have paid some installments to JIM".
So Nurul is now in a very dangerous situation to trust the "solution" given by the PKP because such a solution cannot withstand the scrutiny of an appeal.
In addition, Nurul has no "persuasion factor" to negotiate if she does not appeal.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 3, 2018 at 12:59
by   Idzham
Hi Idzham,

Tomorrow 4th Jan 2018 is last day for Nurul to file her appeal to Judge in Chambers.
Please correct the title from Notis Rayuan to Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar, fill in the blanks and file it today.  Don't wait until last day.

From the dialogue you sent, it is clear that the PKP is not very well versed with the law when she said that "the amount should be reduced since you have paid some installments to JIM".
So Nurul is now in a very dangerous situation to trust the "solution" given by the PKP because such a solution cannot withstand the scrutiny of an appeal.
In addition, Nurul has no "persuasion factor" to negotiate if she does not appeal.
Hi Notalawyer, ok noted.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 28, 2018 at 16:25
by   Idzham
Hi all,

Maaf sebab lama tak update kes ni, so last update, telah berjumpa dengan PKP semalam 27/2/2018 dan semuanya telah selesai. Terima kasih kepada yang membantu selama ini. Boleh tak bagi info contact yang saya boleh hubungi jika ingin menyumbang kepada Avengers.

Terima Kasih.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 28, 2018 at 19:30
by   kiki
 telah berjumpa dengan PKP semalam 27/2/2018 dan semuanya telah selesai. 

Bagaimana kah jalan penyelesaian nya? 
Adakah Nurul sudah bebas dari tindakan kebankrapan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 28, 2018 at 21:11
by   Idzham
Hi Kiki,

Bagaimana kah jalan penyelesaian nya?
- Pihak bank telah setuju dengan proposal penyelesaian yang kami hantar dan tindakan ditarik balik.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.