Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

5089 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by  
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
« Previous   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   Next »  Last »

answered on Dec 21, 2017 at 15:56
by  
@jebat

Jika Nurul menang ( Petisyen dibatalkan ) jangan lupa minta kos 3 ribu ringgit.
- Dalam dokumen sebelum ni ada sebut 5 ribu.

Jika kalah masih boleh merayu kepada Hakim.
- perlu keluar kos banyak tak untuk rayuan ni?

Semoga berjaya.
- terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 21, 2017 at 17:35
by  
Dalam dokumen sebelum ni ada sebut 5 ribu.
Ok, minta 5 ribu.

Jika kalah masih boleh merayu kepada Hakim.
- perlu keluar kos banyak tak untuk rayuan ni?

Fee untuk rayuan kepada Hakim adalah dalam lingkungan RM60.  ( enam puluh ringgit )
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 21, 2017 at 21:51
by  
Apakah strategi Nurul untuk hari pendengaran dan hujahan lisan besok? 
- Tak ada strategi, tak tahu lagi apa akan jadi.

Esok bila berhadapan dengan pihak lawyer dan PKP, Nurul tidak perlu rasa diri kecil dan gugup.
Perlu tunjukan wajah yang konfiden dan bukan wajah yang mengharap belas kasihan. Hujah dengan terang dan jelas. Mereka juga manusia biasa.

Pengalaman kita yang lepas lepas mendapati kecenderungan  Puan PKP memberi keputusan berdasarkan emosi dan logik sendiri. Namun jangan bimbang pada apa pun keputusan nya. Langkah seterusnya masih ada.

Selamat Maju Jaya. 
 
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 22, 2017 at 19:13
by  
Apa keputusan nya?
Harap boleh update..
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 23, 2017 at 03:59
by  
@ Kiki

Sory lambat update, ada hal perlu diselesaikan.

Kronology untuk sesi hari ni.

1) sampai di MTSA sekitar jam 1030am (Appointment pukul 11am)
2) Daftar di mesin (lawyer bank belum sampai lagi...)
3) PKP panggil masuk ke bilik beliau ( maaf, dialog dgn PKP ni saya tak boleh post disini)
4) Keluar semula menunggu lawyer bank di luar.
5) Lawyer sampai sekitar jam 1110am dan terus ke bilik PKP.
6) Kami di panggil masuk ke bilik PKP.
7) Lawyer bagi mohon izin PKP dan ingin beri hujahan tapi di halang oleh PKP dan mengatakan bahawa beliau sudah ada keputusan.
8) PKP membacakan keputusan, Saman Dalam Kamar JD ditolak dengan kos 500 ringgit. Menyatakan alasan bahawa penyampaian notis lengkap dan sempurna.
9) Kemudian PKP menyatakan bahawa beliau akan menetapkan sekali keputusan untuk Petisyen Pemiutang.
10) PKP bertanya kepada Nurul jika ada apa2 yang ingin diperkatakan, seeperti rundingan dengan bank atau jalan penyelesaian yang lain?
11) Nurul menyatakan bahawa ingin berunding dengan bank kerana Defendan Pertama (Peminjam) telah berdaftar dgn Insolvensi dan membuat bayaran bulanan.
12) PKP minta bukti bayaran.
13) Kami kemukakan bukti bayaran.
14) PKP bersetuju dan memberikan tempoh 2 bulan sehingga 27/2/2018 untuk berbincang dengan lawyer/bank mengenai pembayaran.
15) PKP menyatakan bahawa nilai didalam Petisyen mungkin berbeza jika bayaran ini telah dibuat oleh Defendan Pertama.
16) Pada 27/2/2018 perlu berjumpa PKP dengan keputusan rundingan dengan bank dan JC perlu membuat hujahan semula jika nilai hutang adalah berbeza dengan nilai hutang sekarang.
17) Bersurai.
18) Perbincangan diluar bilik PKP diteruskan bersama lawyer bank ( maaf, dialog ni saya tak boleh post disini).
19) Sekian.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 23, 2017 at 07:03
by  
15) PKP menyatakan bahawa nilai didalam Petisyen mungkin berbeza jika bayaran ini telah dibuat oleh Defendan Pertama. 
At least this PKP is more experienced.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 23, 2017 at 10:19
by  
3) PKP panggil masuk ke bilik beliau ( maaf, dialog dgn PKP ni saya tak boleh post disini)
The Senior Assistant Registrar (PKP) has made a grave error here.
The first golden rule of Judges is to never meet one party without the presence of the other party.
How would you feel if you see your judge having lunch with your rival lawyer?

12) PKP minta bukti bayaran.
13) Kami kemukakan bukti bayaran.
14) PKP bersetuju dan memberikan tempoh 2 bulan sehingga 27/2/2018 untuk berbincang dengan lawyer/bank mengenai pembayaran.
The PKP is also wrong to view additional evidence that is not pleaded.

15) PKP menyatakan bahawa nilai didalam Petisyen mungkin berbeza jika bayaran ini telah dibuat oleh Defendan Pertama.
PKP is also wrong to think that the amount paid to insolvensi should reduce the amount owing.
This is because the amount paid to insolvensi is to be paid to many creditors ( not just one ) and so the portion to be paid to this bank is still yet unknown.

PKP is also wrong to think to she may be able to "force" the bank to agree to a settlement of some kind, when the actual fact is Court have no such power.

If a settlement can be achieved, Izham himself would have done it a long time ago.

The worst thing you can do is to proceed with a wrong strategy based on wrong ideas given by the PKP.

In my opinion, possibly, because the PKP wrongly feels that she can "force" some kind of settlement, she wrongly rejected Nurul's application to "facilitate" this settlement path.
This is a very dangerous situation especially if the negotiations later fail and the time-frame to appeal is over.  It will be game over for Nurul.

The best option now in my opinion is to appeal to Judge in Chambers.
Do not delay if you decide to appeal.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 23, 2017 at 12:31
by  
8) PKP membacakan keputusan, Saman Dalam Kamar JD ditolak dengan kos 500 ringgit. Menyatakan alasan bahawa penyampaian notis lengkap dan sempurna.

Ini adalah satu keputusan oleh PKP yang telah memihak kepada pihak bank. Mahu rayu atau tidak?

(Nota) : 
1. Rayuan kepada Hakim dalam Kamar mempunyai validiti selama 14 hari untuk di failkan dari tarikh keputusan semalam.
 
9) Kemudian PKP menyatakan bahawa beliau akan menetapkan sekali keputusan untuk Petisyen Pemiutang.

Keputusan untuk AORO (Perintah Bankrapsi) adalah pada 27hb Feb, 2018.

  3) PKP panggil masuk ke bilik beliau ( maaf, dialog dgn PKP ni saya tak boleh post disini) 
18) Perbincangan diluar bilik PKP diteruskan bersama lawyer bank ( maaf, dialog ni saya tak boleh post disini).

Adakah dialog itu membawa cara penyelesaian yang meyakinkan dan boleh di lakukan demi melepaskan Nurul dari kebankrapan? 
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 23, 2017 at 14:37
by  
kalau robot (bukan manusia) baca kronologi kes, berikut adalah gambarnya:

22/12/17 Saman Dalam Kamar ditolak dengan kos RM500.
4/1/18 Hari terakhir untuk fail rayuan kepada hakim.
17/2/18 Bicada CP dan keputusan.

kalau manusia baca, kedua dua JD dan PKP mengenepikan undang undang (kesilapan besar) dan menggunakan sentimen peribadi untuk cari jalan penyelesaian, lantas meletakkan JD dalam situasi kalah-kalah.

sekiranya saya jadi JD, saya akan
- mulakan rundingan dengan JC secepat mungkin
- failkan rayuan kepada hakim serta merta

kedua dua biar jalan serentak. rundingan tidak patut dijalankan dengan salah satu pihak memegang mata pisau. kalau itu terjadi, itu bukan lagi rundingan adil.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 23, 2017 at 14:51
by  
Thank you @jeff005, @notalawyer, @kiki, @ kunta_kinti for the comments.

So keputusannya sekarang saya akan buat Rayuan kepada Hakim dalam Kamar dan pada masa yang sama cuba nego dengan bank.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.