Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

4635 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by  
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 
Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
« Previous   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   Next »  Last »

answered on Dec 17, 2017 at 01:07
by  
@kiki

Thanks for the summary.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 18, 2017 at 15:09
by  
BANK LAWYER: Puan, dalam kes Yeap Chee Fun lwn Pernas Trading Sdn Bhd, Mahkamah telahpun memutuskan bahawa dalam kes penyampaian ganti, penghutang penghakiman tak perlu diberitahu tentang adanya Notis Kebankrapan.

NURUL: ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 18, 2017 at 15:52
by  
BANK LAWYER: Puan, dalam kes Yeap Chee Fun lwn Pernas Trading Sdn Bhd, Mahkamah telahpun memutuskan bahawa dalam kes penyampaian ganti, penghutang penghakiman tak perlu diberitahu tentang adanya Notis Kebankrapan. 

NURUL: Puan, kes saya penghantar notis telah membuat akuan palsu dalam afidavit penyampaian.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 18, 2017 at 21:31
by  
BANK LAWYER: Puan, dalam kes Yeap Chee Fun lwn Pernas Trading Sdn Bhd, Mahkamah telahpun memutuskan bahawa dalam kes penyampaian ganti, penghutang penghakiman tak perlu diberitahu tentang adanya Notis Kebankrapan.  

NURUL: Puan, dalam kes Yeap Chee Fun lwn Pernas Trading Sdn Bhd
mahkamah dapati JD cuba mengelak dari penyampaian dan beralamat penyampaian yang tidak jelas.

Namun mahkamah mengambil keputusan dengan memberi penekanan kepada perlaksanaan Perintah ..

" the issue is not whether the JD knows about the bankruptcy notice or not, but whether the order for substituted service is correctly made and whether the subsequent service is in accordance with the order''
Dalam kes di tangan, isu nya adalah tidak kepatuhan Perintah . Tiada penampalan Notis Kebankrapan di lakukan di alamat untuk mematuhi arahan Perintah.
 
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 19, 2017 at 00:33
by  
@Kiki

Ok jelas,

answered on Dec 19, 2017 at 06:08
by  
BANK LAWYER:  Puan, pihak Pemiutang Penghakiman menegaskan bahawa penampalan Notis Kebankrapan telahpun dibuat di alamat Penghutang Penghakiman dengan sah.

NURUL: ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 19, 2017 at 10:37
by  
BANK LAWYER:  Puan, pihak Pemiutang Penghakiman menegaskan bahawa penampalan Notis Kebankrapan telahpun dibuat di alamat Penghutang Penghakiman dengan sah. 

NURUL: Puan, penghutang penghakiman menafikan perkara ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 21, 2017 at 12:35
by  
Apakah strategi Nurul untuk hari pendengaran dan hujahan lisan besok?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 21, 2017 at 14:35
by  
@ jebat

Apakah strategi Nurul untuk hari pendengaran dan hujahan lisan besok?
- Tak ada strategi, tak tahu lagi apa akan jadi.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 21, 2017 at 14:55
by  
Jika Nurul menang ( Petisyen dibatalkan ) jangan lupa minta kos 3 ribu ringgit.
Jika kalah masih boleh merayu kepada Hakim.
Semoga berjaya.
0 found this helpful
Helpful

« Previous   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   Next »  Last »

Your Answer

By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.