Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

5089 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by  
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
« Previous   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   Next »  Last »

answered on Dec 14, 2017 at 15:57
by  
PEGUAM BANK: Puan, kerani firma guaman telah pun menampalkan Notis Kebankrapan di dua alamat walaupun mengikut perintah, hanya satu alamat sahaja diperlukan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 14, 2017 at 18:44
by  
PEGUAM BANK: Puan, Pemiutang Penghakiman menegaskan bahawa sedkit kesilapan menaip telah tidak memprejudiskan Penghutang Penghakiman serta Notis Kebankrapan di anggap terbatal.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 14, 2017 at 18:48
by  
Idzham,

Cuba semak online (efiling) sama ada pihak JC ada memfilekan Hujahan Balas.
Sekira nya ada .. poskan disini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 14, 2017 at 20:33
by  
Penolong Kanan Pendaftar : Puan Nurul, adakah bantahan anda semata-mata tampalan di premis tidak berlaku?

PKP (yang arif) mungkin akan tanya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 15, 2017 at 00:21
by  
@kunta_kinti

Penolong Kanan Pendaftar : Puan Nurul, adakah bantahan anda semata-mata tampalan di premis tidak berlaku?

PKP (yang arif) mungkin akan tanya.

- Sejujurnya saya akan jawab ya, sebab tampalan tidak dilakukan dan saya tidak maklum tentang notis kebankrapan dikeluarkan pada saya dan kesannya saya tidak dapat bertindak sebelum Petisyen dikeluarkan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 15, 2017 at 15:57
by  
Jawapan yang betul

PKP
: Puan Nurul, adakah bantahan anda semata-mata tampalan di premis tidak berlaku?

NURUL: Yang betul puan, satu isu sahaja.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 15, 2017 at 16:02
by  
PEGUAM BANK: Puan, kerani firma guaman bersumpah sudah membuat tampalan Notis Kebankrapan pada papan notis di alamat Felda, Chuping.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 15, 2017 at 18:05
by  
@jebat

PEGUAM BANK: Puan, kerani firma guaman bersumpah sudah membuat tampalan Notis Kebankrapan pada papan notis di alamat Felda, Chuping.
- Puan, alamat di Felda Chuping tak ada papan notis.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 15, 2017 at 19:34
by  
PEGUAM BANK: Puan, Pemiutang Penghakiman menegaskan bahawa sedkit kesilapan menaip telah tidak memprejudiskan Penghutang Penghakiman serta Notis Kebankrapan di anggap terbatal.

Nurul: Puan, kesilapan menaip sentiasa di rujuk kepada ejaan dalam satu perkataan bukan nya kepada keseluruhan ayat yang telah membawa maksud yang berlainan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 15, 2017 at 20:32
by  
Summary..

(1). PEGUAM BANK:  Puan, penghutang penghakiman cuba mengelak daripada di sampaikan Notis Kebankrapan apabila tidak menghiraukan surat meminta temujanji. 

Nurul: Puan, saya tidak merima apa-apa surat temujanji dari pihak Pemiutang Penghakiman

(2). PEGUAM BANK:  Puan, memandangkan tiada sebarang penafian dari Penghutang Penghakiman mengenai hutang beliau kepada Pemiutang Penghakiman, ia jelas menunjukan satu pengakuan oleh Penghutang Penghakiman terhadap hutang yang di tuntut oleh Pemiutang Penghakiman.
 
Nurul: Puan, isu nya di sini bukan lah mengenai keberhutangan nya atau pun tidak tetapi mengenai ketidak kesempurnaan penyampaian  NK mengikut Perintah.

(3). PEGUAM BANK:  Puan, Encik Idzham tidak berhak campurtangan dalam prosiding ini dan tidak berhak berikrar di afidavit.

Nurul: Puan, mana ada campur tangan oleh En. Idzham. Ikrar  beliau ada lah atas locus standi beliau sebagai penghuni di alamat rumah yang di sebut dalam afidavit oleh kerani Pemiutang.

(4) PEGUAM BANK: Puan, penghutang penghakiman sebenarnya berpengetahuan tentang Notis Kebankrapan.

Nurul: Puan, tidak ada pliding yang di ikrarkan oleh Penghutang Penghakiman. Beban bukti kukuh terletak pada pihak Pemiutang Penghakiman.

(5)PEGUAM BANK: Puan, kerani firma guaman telah pun menampalkan Notis Kebankrapan di dua alamat walaupun mengikut perintah, hanya satu alamat sahaja diperlukan.

Nurul: Puan, mengikut Perintah, perlu di tampal di alamat yang tertera di kad Pengenalan saperti dalam rekod JPN. Tiada tampalan di lakukan.

(6) PEGUAM BANK: Puan, Pemiutang Penghakiman menegaskan bahawa sedkit kesilapan menaip telah tidak memprejudiskan Penghutang Penghakiman serta Notis Kebankrapan di anggap terbatal.

Nurul: Puan, kesilapan menaip sentiasa di rujuk kepada ejaan dalam satu perkataan bukan nya kepada keseluruhan ayat yang telah membawa maksud yang berlainan.

(7). PKP: Puan Nurul, adakah bantahan anda semata-mata tampalan di premis tidak berlaku?
 
Nurul: Ya, betul puan, satu isu sahaja.

(8) PEGUAM BANK: Puan, kerani firma guaman bersumpah sudah membuat tampalan Notis Kebankrapan pada papan notis di alamat Felda, Chuping.

Nurul: Puan, Pengurus Felda juga ada mengeluarkan surat rasmi. Rumah sudah di roboh.

(9). PEGUAM BANK: Puan, kerani firma guaman bersumpah sudah membuat tampalan Notis Kebankrapan pada papan notis di alamat Felda, Chuping

Nurul: Puan, alamat di Felda Chuping tak ada papan notis.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.