Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

4634 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by  
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
« Previous   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   Next »  Last »

answered on Dec 7, 2017 at 10:50
by  
Update kes,

1) Selesai filing Hujahan Utama pada 6/12/2017.
2) Selesai serahan pada PKP pada 6/12/2017.
3) Next, Hujahan Balas pada 13/12/207
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 7, 2017 at 11:00
by  
Mana hujahan bertulis pemiutang penghakiman?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 7, 2017 at 21:37
by  
Mana hujahan bertulis pemiutang penghakiman?
3) Next, Hujahan Balas pada 13/12/207

Kamu ada lebih kurang 6 hari saja untuk mengarang balasan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 11, 2017 at 15:06
by  
@jebat

Mana hujahan bertulis pemiutang penghakiman?
3) Next, Hujahan Balas pada 13/12/207
- Baru dapat hujahan hari ni, tengah scan untuk upload ke sini
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 11, 2017 at 16:15
by  
Fail banyak untuk upload, takut tak lepas, boleh acces di dropbox

https://www.dropbox.com/sh/hqfbsyon4vv9rf2/AAAaUB4mCWH8bBJsmbtFlnAMa?dl=0
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 11, 2017 at 22:01
by  
Apakah pendapat Cik Nurul selepas membaca Hujahan Bertulis Pemiutang Penghakiman?
Boleh menang?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 12, 2017 at 01:50
by  
@jebat
- Hujahan semua sama jer dari awal, isu yang sama, tak ada point baru dh. Semua bergantung pada hujahan lisan kalau ada pada hari keputusan. Cuma yang hujahan balas ni wajib balas atau tak? point semua akan jadi sama macam hujahan hari tu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 12, 2017 at 07:31
by  
- Hujahan semua sama jer dari awal, isu yang sama, tak ada point baru dah.
Mana ada hujahan awal?  Ini hujahan pertama dari JC.

Walaupun isu yang sama, adakah isu tersebut boleh memberikan kemenangan kepada JC?

Pada pendapat kamu, adakah hujahan balas perlu dibuat?
Pada pendapat kamu, berapakah peratus boleh menang di depan PKP?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 12, 2017 at 10:23
by  
@jebat

- Walaupun isu yang sama, adakah isu tersebut boleh memberikan kemenangan kepada JC?
Pendapat saya, kalau PKP yakin dan percaya tampalan telah dibuat, mungkin JC akn menang.

Pada pendapat kamu, adakah hujahan balas perlu dibuat?
- Saya akan buat ikut hujahan utama, mungkin ubah sikit-sikit sebab isu sama saja.

Pada pendapat kamu, berapakah peratus boleh menang di depan PKP?
- Pendapat saya 50-50
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 12, 2017 at 13:45
by  
Saya akan buat ikut hujahan utama, mungkin ubah sikit-sikit sebab isu sama saja.
Kalau macam tu, tak perlu lah balas.

Focus kepada hujahan lisan pada hari keputusan.
Nurul perlu berlatih bercakap dan hafal hujahan.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.