Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

4872 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by  
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
« Previous   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   Next »  Last »

answered on Nov 30, 2017 at 01:58
by  
Hujahan Utama wajib ada otoriti ke?
Tak semestinya.

kat mana nak cari otoriti tersebut?
Internet atau perpustakaan.

Siapa yang karang draf Hujahan, Nurul atau Izdham?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 30, 2017 at 02:50
by  
@jebat

Siapa yang karang draf Hujahan, Nurul atau Izdham?
- Saya yang karang tuan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 30, 2017 at 03:43
by  
Hujahan ni saya dah siapkan draf, selamat tak saya post kat sini sebab mungkin lawyer JC pun ada kat dlm forum ni jugak.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 30, 2017 at 04:12
by  
selamat tak saya post kat sini sebab mungkin lawyer JC pun ada kat dlm forum ni jugak.
Takpe, sila postkan di sini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 30, 2017 at 17:22
by  
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. BA-29NCC-3447-04/2017


ANTARA

 
 
NURUL AIDA HANIM BINTI CHE AHMAD
( NO. K/P :  830326-10-5260)                                      - PENGHUTANG PENGHAKIMAN


DAN

BANK SIMPANAN NASIONAL 
(447252-H)                                                                     - PEMIUTANG PENGHAKIMAN


 
 

HUJAHAN BERTULIS PENGHUTANG PENGHAKIMAN
 
 

Dengan izin Puan,

A. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIRUJUK
 
1. Petisyen Pemiutang
2. Afidavit Penyampaian Tampalan
2. Notis Niat Membangkang Petisyen Pemiutang
3. Saman Dalam Kamar
4. Afidavit Sokongan Penghutang Kehakiman dengan Eksibit-eksibit.
5. Afidavit Mohd Khairul Idzham Bin Mansor
6. Afidavit Jawapan Sokongan
 
 
B. ISU
 
PENGHUTANG PENGHAKIMAN TIDAK MENERIMA NOTIS KEBANKRAPAN DAN PERINTAH.
 
 
C. HUJAHAN

PENGHUTANG PENGHAKIMAN TIDAK MENERIMA NOTIS KEBANKRAPAN DAN PERINTAH.
 
1. Penghutang Penghakiman (JD) di dalam Afidavit Sokongan yang difailkan pada 22/10/2017 menyatakan bahawa :-
 
Perenggan 5) Perenggan tujuh Afidavit Penyampaian Tampalan dinafikan kerana premis dan aset tersebut telah selesai dihapuskan sepenuhnya pada 11 April 2017. Sila rujuk gambar plot tanah di eksibit “EB1”.
 
Perenggan 6) Sila rujuk surat Pengesahan Penghapusan Aset di eksibit “EB2”.
Bagaimanakah Notis Kebankrapan boleh ditampal pada tanah kosong yang tiada rumah?
 
Perenggan 7) Pembangunan baru telah pun bermula pada 11 April 2017 dan dijangka siap pada 09 April 2018. Sila rujuk gambar papan tanda projek di eksibit “EB3”.
 
Perenggan 8) Bukti eksibit EB1, EB2 dan EB3 menunjukkan bahawa penghantar notis adalah seorang yang tidak jujur, dan oleh itu Mahkamah perlu berhati-hati dengan affidavit penyampaiannya.
 
Perenggan 8) Perenggan enam Afidavit Penyampaian Tampalan dinafikan dan saya menegaskan tidak menerima sebarang Notis Kebankrapan secara tampalan di pintu premis, dinding ataupun di peti surat.
 
Perenggan 9) Pada hari tersebut, iaitu pada tarikh 02/06/2017, tidak ada sesiapa yang datang ke rumah saya atau pun membuat tampalan Notis Kebankrapan di pintu premis, dinding atau pun peti surat.

Perenggan 10) Sila rujuk kepada afidavit En. Mohd Khairul Idzham Bin Mansor yang mengukuhkan kenyataan saya bahawa tidak ada sesiapa yang datang ke rumah.
 
2. Pemiutang Penghakiman (JC) menjawab penyataan-penyataan diatas didalam AFIDAVIT JAWAPAN SOKONGAN seperti berikut :-
 
Perenggan 5) Afidavit Jawapan Sokongan.
Saya merujuk kepada perenggan 4, 5, 6 dan 7 Afidavit Sokongan tersebut dan saya merujuk kepada perenggan 7 Afidavit Penyampaian Jawapan  tersebut iaitu Afidavit Sokongan dan menyatakan bahawa pada 02/06/2017 penyampaian penampalan telah dibuat di alamat premis Penghutang Penghakiman iaitu dengan cara menampalkan sesalinan Notis Kebankrapan dan Perintah tersebut di pintu hadapan premis Penghutang Penghakiman yang beralamat di B-309 Saujana Apartment, Damansara Damai, 47830  Petaling Jaya, Selangor dan selanjutnya pada harl berikutnya saya pada 03/06/2017 telah menyampaikan Notis Kebankrapan dan Perintah tersebut dengan cara menampalkan   sesalinan   Notis   Kebankrapan   dan   Perintah   dokumen   tersebut   di papan tanda di tapak premis alamat Penghutang Penghakiman iaitu di 239/45, Perumahan Kakitangan Felda Chuping, 02500 Kangar, Penis yang merupakan alamat tertera di Jabatan Pendaftaran Negara. Saya tegaskan penampalan telah dilakukan dialamat tersebut cuma terdapat kesalahan menaip menyatakan di pintu premis perkataan yang betul adalah di papan Notis premis alamat Penghutang Penghakiman. Saya percaya dan dinasihatkan oleh Peguam bahawa penyampaian yang saya lakukan adalah tetap sempurna disebabkan arahan Mahkamah didalam Perintah adalah menampalkan di salah satu alamat dan saya telah melakukan tampalan  di   kedua-dua alamat.
 
Perenggan 6) Afidavit Jawapan Sokongan
Saya merujuk perenggan 7,8,9 dan 10 Afidavit Sokongan tersebut dan Afidavit Mohd Khairul ldzham tersebut dan menyatakan bahawa saya dinasihatkan oleh peguam bahawa Mohd Khairul ldzham bukan penama yang tertera di Notis Kebankrapan tersebut dan tidak layak menerima Notis Kebankrapan tersebut dan semestinya penampalan dialamat di rumah beramalat B-309 Saujana Apartment, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor iaitu mengikut arahan Perintah Penyampaian Ganti Mahkamah yang    Mulia  ini.
 
3.            Saya merujuk kepada Perenggan 5, AFIDAVIT JAWAPAN SOKONGAN, adalah sangat tidak wajar kesalahan menaip dijadikan alasan didalam Afidavit kerana ianya adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab dan cuai. Kesalahan ini tidak boleh diterima kerana dokumen penting ini akan memberi impak yang besar terhadap masa depan dan kehidupan pihak penghutang kehakiman.
 
4.            Seterusnya, Pihak Pemiutang Kehakiman (JC) sepatutnya memfailkan Afidavit Pembetulan sekiranya terdapat pindaan bertujuan untuk memperbetulkan kecacatan bentuk atau ralat penulisan atau kesilapan menaip.
 
5.            Saya merujuk kepada Perenggan 5, baris 11, AFIDAVIT JAWAPAN SOKONGAN, penghantar notis menyatakan bahawa beliau telah menampalkan sesalinan Notis Kebankrapan dan Perintah dokumen tersebut di papan tanda di tapak premis, manakala Perenggan 5, baris 15, Afidavit Jawapan Sokongan beliau menyatakan penampalan tersebut dilakukan di papan Notis premis. Fakta di dalam Perenggan 5, baris 11 dan Perenggan 5, baris 15 ini adalah bercanggah kerana papan tanda dan papan notis membawa maksud yang berbeza sama sekali.
 
6.            Seterusnya, bagi menyokong hujahan penghutang kehakiman (JD), merujuk bukti kukuh di eksibit “EB1” Afidavit Sokongan, gambar-gambar plot premis tersebut menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang papan tanda atau papan notis di plot tanah premis beralamat 239/45, Perumahan Kakitangan Felda Chuping, 02500 Kangar, Perlis seperti yang dinyatakan di Perenggan 5, AFIDAVIT JAWAPAN SOKONGAN.
 
7.            Seterusnya, kekeliruan dan kecelaruan fakta ini menunjukkan bahawa penghantar notis sendiri tidak pasti dengan tindakan beliau dan oleh itu, penyampaian Notis dan Perintah tersebut adalah tidak sempurna.
 
8.            Saya merujuk kepada Perenggan 5, AFIDAVIT JAWAPAN SOKONGAN, pada hari tersebut, iaitu pada tarikh 02/06/2017, tidak ada sesiapa yang datang ke rumah saya yang beralamat di B-309 Saujana Apartment, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor atau pun membuat tampalan Notis Kebankrapan dan Perintah di pintu depan, dinding atau pun peti surat premis.
 
9.            Saya merujuk kepada Perenggan 6 AFIDAVIT JAWAPAN SOKONGAN dan menyatakan bahawa Mohd Khairul Idzham Bin Mansor adalah penghuni yang menetap di premis yang beralamat di B-309 Saujana Apartment, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor. Beliau mengesahkan dan berikrar bahawa pada 02/06/2017 tiada penampalan Notis Kebankrapan dan Perintah dibuat di pintu depan, dinding atau pun peti surat premis
 
10.          Seterusnya, pihak Pemiutang Kehakiman (JC) tidak mempertikaikan bahawa Mohd Khairul Idzham Bin Mansor adalah penghuni yang menetap di premis tersebut yang beralamat di B-309 Saujana Apartment, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor.
 
11.          Seterusnya, sehingga hari ini, Notis Kebankrapan tersebut tidak pernah ditampal atau dijumpai di premis yang beralamat di B-309 Saujana Apartment, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor.
 
D. KESIMPULAN

12.          Bukti eksibit EB1,EB2,EB3 AFIDAVIT SOKONGAN dan juga percanggahan fakta di Perenggan 5, AFIDAVIT JAWAPAN SOKONGAN menunjukkan bahawa penghantar notis adalah seorang yang tidak jujur, cuai, dan tidak bertanggungjawab, oleh itu Mahkamah perlu berhati-hati dengan afidavit penyampaiannya.
 
13.          Oleh itu, penyampaian Notis Bankrap dan Perintah tersebut dianggap tidak sempurna.

14.          Saya menyatakan di sini bahawa saya tidak pernah diserahkan Notis Kebankrapan dan perintah tersebut dan seterusnya tidak pernah melakukan apa-apa Perbuatan Kebankrapan.

15.          Oleh yang demikian, Penghutang Penghakiman memohon kepada Mahkamah Yang Mulia ini agar Petisyen Pemiutang ditolak dengan kos.
 
 
 

Tarikh  ………………..2017  

 
 

-----------------------------------------------------------

NURUL AIDA HANIM BINTI CHE AHMAD (Penghutang Kehakiman)
B-309, Saujana Apartment,

Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon -  012-576 6266
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 30, 2017 at 18:10
by  
Siapa yang ajar u karang hujahan ini?
...................................................
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 30, 2017 at 22:10
by  
Mengapa Perenggan 1 dan 2 hujahan panjang sangat? 
Susah nak baca dan membalas.  Kamu mesti beri peluang terbaik kepada JC untuk membalas.
Sila nomborkan perenggan dengan betul.

Kenapa amaun kos yang diminta tidak disebut?

Kenapa tak ada
Hujahan Bertulis ini difailkan oleh
........
........
........
di akhir dokumen?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 1, 2017 at 01:17
by  
@jebat

Siapa yang ajar u karang hujahan ini? 
- Saya buat sndiri tuan.

Mengapa Perenggan 1 dan 2 hujahan panjang sangat?  
Susah nak baca dan membalas.  Kamu mesti beri peluang terbaik kepada JC untuk membalas. 
Sila nomborkan perenggan dengan betul. 

Kenapa amaun kos yang diminta tidak disebut? 

Kenapa tak ada 
Hujahan Bertulis ini difailkan oleh 
........ 
........ 
........ 
di akhir dokumen?

- Baik tuan, semua ni saya ubah balik
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 4, 2017 at 20:20
by  
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. BA-29NCC-3447-04/2017


ANTARA

 
 
NURUL AIDA HANIM BINTI CHE AHMAD
( NO. K/P :  830326-10-5260)                                      - PENGHUTANG PENGHAKIMAN


DAN

BANK SIMPANAN NASIONAL 
(447252-H)                                                                     - PEMIUTANG PENGHAKIMAN


 
 

HUJAHAN BERTULIS PENGHUTANG PENGHAKIMAN
 
 

Dengan izin Puan,

A. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIRUJUK
 
1. Petisyen Pemiutang
2. Afidavit Penyampaian Tampalan
2. Notis Niat Membangkang Petisyen Pemiutang
3. Saman Dalam Kamar
4. Afidavit Sokongan Penghutang Kehakiman dengan Eksibit-eksibit.
5. Afidavit Mohd Khairul Idzham Bin Mansor
6. Afidavit Jawapan Sokongan
 
 
B. ISU
 
PENGHUTANG PENGHAKIMAN TIDAK MENERIMA NOTIS KEBANKRAPAN DAN PERINTAH.
 
 
C. HUJAHAN

PENGHUTANG PENGHAKIMAN (JD) TIDAK MENERIMA NOTIS KEBANKRAPAN DAN PERINTAH.
 
1. Saya merujuk Perenggan 5,6,7 dan 8 Afidavit Sokongan yang difailkan oleh Penghutang Kehakiman (JD) pada 13/10/2017, Penghutang Kehakiman (JD) telah menafikan tampalan Notis Kebankrapan dan Perintah di pintu hadapan premis yang beralamat di 239/78, Perumahan Kakitangan, Felda Chuping, 02500 Kangar, Perlis.
 
2. Seterusnya, penafian ini dibuat besertakan bukti-bukti kukuh seperti di “EB1”, “EB2”, dan “EB3” yang telah difailkan bersama Afidavit Sokongan oleh Penghutang Kehakiman (JD).
 
3. Pemiutang Penghakiman (JC) menjawab penyataan-penyataan diatas di Perenggan 5, AFIDAVIT JAWAPAN SOKONGAN dengan menyatakan bahawa terdapat kesalahan menaip menyatakan di pintu premis perkataan yang betul adalah di papan Notis premis alamat Penghutang Penghakiman.
 
4. Saya merujuk Perenggan 8,9 dan 10 Afidavit Sokongan yang difailkan oleh Penghutang Kehakiman (JD) pada 13/10/2017, Penghutang Kehakiman (JD) telah menafikan tampalan Notis Kebankrapan dan Perintah di pintu hadapan premis yang beralamat di B309, Saujana Apartment, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor.
 
5. Seterusnya, Penghutang Kehakiman (JD) menegaskan bahawa pada tarikh 02/06/2017, tidak ada sesiapa yang datang ke rumah atau pun membuat tampalan Notis Kebankrapan di pintu hadapan premis, dinding atau pun peti surat premis yang beralamat di B309, Saujana Apartment, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor.

6. Seterusnya, penafian ini dibuat besertakan AFIDAVIT SOKONGAN MOHD KHAIRUL IDZHAM BIN MANSOR bagi mengukuhkan lagi penafian dan kenyataan Penghutang Kehakiman (JD).
 
7. Pemiutang Penghakiman (JC) menjawab penyataan-penyataan diatas di Perenggan 6, AFIDAVIT JAWAPAN SOKONGAN dengan menyatakan bahawa Mohd Khairul ldzham bukan penama yang tertera di Notis Kebankrapan tersebut dan tidak layak menerima Notis Kebankrapan tersebut.
 
8. Saya merujuk kepada Perenggan 5, AFIDAVIT JAWAPAN SOKONGAN, adalah sangat tidak wajar kesalahan menaip dijadikan alasan didalam Afidavit kerana ianya adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab dan cuai. Kesalahan ini tidak boleh diterima kerana dokumen penting ini akan memberi impak yang besar terhadap masa depan dan kehidupan pihak penghutang kehakiman.

9. Seterusnya, Pihak Pemiutang Kehakiman (JC) sepatutnya memfailkan Afidavit Pembetulan sekiranya terdapat pindaan bertujuan untuk memperbetulkan kecacatan bentuk atau ralat penulisan atau kesilapan menaip.
 
10. Saya merujuk kepada Perenggan 5, baris 11, AFIDAVIT JAWAPAN SOKONGAN, penghantar notis menyatakan bahawa beliau telah menampalkan sesalinan Notis Kebankrapan dan Perintah dokumen tersebut di papan tanda di tapak premis, manakala Perenggan 5, baris 15, Afidavit Jawapan Sokongan beliau menyatakan penampalan tersebut dilakukan di papan Notis premis. Fakta di dalam Perenggan 5, baris 11 dan Perenggan 5, baris 15 ini adalah bercanggah kerana papan tanda dan papan notis membawa maksud yang berbeza sama sekali.
 
11. Seterusnya, bagi menyokong hujahan penghutang kehakiman (JD), merujuk bukti kukuh di eksibit “EB1” Afidavit Sokongan, gambar-gambar plot premis tersebut menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang papan tanda atau papan notis di plot tanah premis beralamat 239/78, Perumahan Kakitangan Felda Chuping, 02500 Kangar, Perlis seperti yang dinyatakan di Perenggan 5, AFIDAVIT JAWAPAN SOKONGAN.
 
12. Seterusnya, kekeliruan dan kecelaruan fakta ini menunjukkan bahawa penghantar notis sendiri tidak pasti dengan tindakan beliau dan cuba untuk memutarbelitkan fakta dan kenyataan beliau.
 
13. Saya merujuk kepada Perenggan 5, AFIDAVIT JAWAPAN SOKONGAN, pada hari tersebut, iaitu pada tarikh 02/06/2017, saya dengan tegasnya menyatakan bahawa tidak ada sesiapa yang datang ke rumah saya yang beralamat di B-309 Saujana Apartment, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor atau pun membuat tampalan Notis Kebankrapan dan Perintah di pintu depan, dinding atau pun peti surat premis.
 
14. Saya merujuk kepada Perenggan 6 AFIDAVIT JAWAPAN SOKONGAN dan menyatakan bahawa Mohd Khairul Idzham Bin Mansor adalah penghuni yang menetap di premis yang beralamat di B-309 Saujana Apartment, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor. Beliau mengesahkan dan berikrar bahawa pada 02/06/2017 tiada penampalan Notis Kebankrapan dan Perintah dibuat di pintu depan, dinding atau pun peti surat premis
 
15. Seterusnya, pihak Pemiutang Kehakiman (JC) tidak mempertikaikan bahawa Mohd Khairul Idzham Bin Mansor adalah penghuni yang menetap di premis tersebut yang beralamat di B-309 Saujana Apartment, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor.
 
16. Seterusnya, sehingga hari ini, Notis Kebankrapan tersebut tidak pernah ditampal atau dijumpai di premis yang beralamat di B-309 Saujana Apartment, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor.
 
 
 
D. KESIMPULAN

12. Bukti eksibit “EB1”, “EB2”, “EB3” AFIDAVIT SOKONGAN dan juga percanggahan fakta di Perenggan 5, AFIDAVIT JAWAPAN SOKONGAN menunjukkan bahawa penghantar notis adalah seorang yang tidak jujur, cuai, dan tidak bertanggungjawab, oleh itu Mahkamah perlu berhati-hati dengan afidavit penyampaiannya.
 
13. Oleh kerana tiada Penampalan dibuat di mana-mana premis, Penyampaian Notis Kebankrapan dan Perintah tersebut adalah tidak sempurna.

14. Penghutang Kehakiman (JD) menyatakan di sini bahawa tidak pernah melakukan apa-apa perbuatan kebankrapan.

15. Oleh yang demikian, Penghutang Penghakiman memohon kepada Mahkamah Yang Mulia ini agar Petisyen Pemiutang ditolak dengan kos Lima Ribu Ringgit.
 
 
 


Bertarikh pada……………………. 2017


 
 
 

-------------------------------------

( Nurul Aida Hanim Binti Che Ahmad – Penghutang Penghakiman)
 
 
 
 

Hujahan Bertulis Penghutang Kehakiman ini difailkan oleh  Penghutang  Penghakiman (JD) yang beralamat di :-

NURUL AIDA HANIM BINTI CHE AHMAD,
B-309, Saujana Apartment,
Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon -  012 – 576 6266
 
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 4, 2017 at 20:22
by  
Sory ada salah numbering kat kesimpulan.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.