Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

4633 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by  
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
« Previous   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   Next »  Last »

answered on Nov 16, 2017 at 00:00
by  
Also ask him if wants to join Avengers Malaysia.
jebat already ask before, below is his answer in page 6
@ Jebat & @Kiki 

Maaf lambat reply, sangat busy kat ofis hari ni. Terima kasih atas bantuan dan sokongan. 

Kalau Avengers Malaysia bantu kamu kali ini, kamu mesti berjanji akan 

1. membantu orang lain yang nak melawan bank 
2. mendermakan apa-apa kos yang menang kepada tabung perang Avengers 

-Berbesar hati untuk menolong yang lain selepas ini, lagi best kalau dapat join Avengers.
Ok you advice Idzham to skip the affidavit. 
Ok.. will explain ,but jebat has been the prime mover
Harap En . jebat (pakar bahasa mahkamah) akan terus membantu semakan dan editing Hujahan Bertulis Idzham.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 16, 2017 at 04:16
by  
Idzham,

Situasi kes kamu adalah saperti berikut:

(a). Tarikh JC balas affidavit - 8/11/2017 
(b). Tarikh JD balas affidavit - 22/11/2017 
(c). Tarikh failkan hujahan utama - 6/12/2017. 
(d). Tarikh failkan hujahan balas - 13/12/2017 
(e). Tarikh keputusan - 22/12/2017. 

1. Perkara (a) sudah di penuhi oleh pihak JC ia itu menjawab afidavit sokongan 
kepada penentangan yang kamu failkan.

2. Perkara (b) adalah giliran kamu pula di beri peluang untuk membalas afidavit JC.

Kita dapati afidavit JC tidak ada fakta penentangan yang baru sedangkan afidavit sokongan kamu telah pun menjawab kedua dua nya sekali. Jika dijawab sekalipun kandungan nya akan serupa dengan yang dahulu nya.

3.Kita boleh 'skip' perkara (b) untuk tidak membuang masa dan terus fokuskan kepada menderaf Hujahan Utama yang akan di failkan serentak JC dan JD sebagaimana dalam perkara (c)

Jadi kamu boleh mula menderaf Hujahan. Panduan boleh di dapati dari thread yang lepas dalam forum ini. Kamu masih boleh masukan segala  point yang kamu telah drafkan untuk afidavit balasan. Poskan deraf hujahan untuk semakan para forumer saperti biasa.

4, Dalam perkara (d), kita kemudian akan meneliti hujahan JC untuk membuat hujahan balas dan disini lah 'battle' nya yamg sebenar terletak. Kebiasaan  lawyer bank pasti akan menguatkan hujahan mereka dengan otoriti otoriti lampau. Jangan bimbang.

5. Perkara (e) adalah tarikh keputusan yang akan di buat oleh mahkamah (PKP) setelah meneliti kedua dua hujahan bertulis JC dan JD. Mungkin ada sedikit keperluan pada hujahan lisan ketika ini nanti.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 16, 2017 at 13:39
by  
@kiki

-Ok faham, saya akan draf hujahan balas dulu n post kat sini untuk semakan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 16, 2017 at 18:25
by  
Ok faham, saya akan draf hujahan balas dulu n post kat sini untuk semakan.

Bukan Hujahan Balas, tapi Hujahan Utama.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 17, 2017 at 04:19
by  
@jebat
- Sory tuan, ok Hujahan Utama.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 23, 2017 at 00:42
by  
saya akan draf hujahan utama dulu n post kat sini untuk semakan.
Mana draf nya..?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 23, 2017 at 14:53
by  
@Kiki

Mana draf nya..?
- Belum complete lagi, nanti saya post kat sini
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 23, 2017 at 20:11
by  
Forumers/Avengers,

Nak tanya, dalam Hujahan Utama masih boleh masukkan Eksibit ke?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 23, 2017 at 20:17
by  
Nak tanya, dalam Hujahan Utama masih boleh masukkan Eksibit ke?
Tak boleh.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 28, 2017 at 05:23
by  
Forumers/Avenger,

Hujahan Utama wajib ada otoriti ke? kat mana nak cari otoriti tersebut?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.