Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

2597 Views  ⚫  Asked 8 Months Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by   Idzham
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Sep 17, 2017 at 23:26
by   Idzham
@ Jebat

Nilai moto dan kereta tersebut tak dapat nak tampung nilai yang diminta, ada cara lain tak untuk lawan petisyen?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 00:22
by   jebat
Nilai moto dan kereta tersebut tak dapat nak tampung nilai yang diminta.
Jual moto dan kereta bukan untuk membayar hutang tapi untuk menggunakan alasan
"tidak ada sebarang aset yang boleh dicairkan" sebagai cara untuk melawan petisyen.

ada cara lain tak untuk lawan petisyen?
Ini terpulang kepada kamu untuk memberitahu fakta kes kamu.
Setiap kes adalah berlainan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 00:36
by   kiki
Dear notalawyer,

For the fact that the main borrower has been bankrupted and has reported himself to JIM and has commennced  payment (since May 2017), could the Penjamin use this excuse to set aside the Bankruptcy Notice. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 01:09
by   notalawyer
main borrower has been bankrupted and has reported himself to JIM and has commenced payment (since May 2017), could the Penjamin use this excuse to set aside the Bankruptcy Notice.

Consider that JIM does not pay the creditors anything until the borrower is discharged, the creditors are still "suffering" ( from the lack of payment ) even though the borrower pays installments promptly to JIM.
By reason of this "suffering", it follows that the creditor is entitled to collect from the guarantor, or make the guarantor a bankrupt. After all, the guarantor has promised to pay if the borrower did not pay.

Personally, i have never heard of any attempts at using this excuse, but there is always a first time.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 01:11
by   Idzham
@ jebat

Jual moto dan kereta bukan untuk membayar hutang tapi untuk menggunakan alasan 
"tidak ada sebarang aset yang boleh dicairkan" sebagai cara untuk melawan petisyen. 

Ok saya faham.

@Kiki

For the fact that the main borrower has been bankrupted and has reported himself to JIM and has commennced  payment (since May 2017), could the Penjamin use this excuse to set aside the Bankruptcy Notice. 

Yes, saya akan guna alasan ini untuk melawan Petisyen tersebut. Apa pendapat tuan @jebat?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 02:00
by   jebat
Yes, saya akan guna alasan ini untuk melawan Petisyen tersebut. Apa pendapat tuan @jebat?

Baca komen Tuan notalawyer di atas.
Beliau berpendapat alasan ini gerenti kalah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 02:04
by   jebat
Satu lagi alasan yang boleh cuba ialah :-

Penjamin memiliki banyak aset dan boleh settle hutang dengan penuh tetapi perlukan lebih masa untuk cairkan aset-aset tersebut.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 02:40
by   Idzham
@jebat

Penjamin memiliki banyak aset dan boleh settle hutang dengan penuh tetapi perlukan lebih masa untuk cairkan aset-aset tersebut.

Alasan ni kita gunakan bertujuan untuk drag masa saja kan, tapi akhirnya tetap kena bankrap juga kan sebab tak boleh bayar? Betulkan jika saya salah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 03:12
by   jebat
Alasan ni kita gunakan bertujuan untuk drag masa saja kan, tapi akhirnya tetap kena bankrap juga kan sebab tak boleh bayar? Betulkan jika saya salah.

Tidak. Bukan untuk drag masa sahaja.
Dalam kes Bungsar Holdings, Petisyen dibatalkan apabila Penghutang Penghakiman membuktikan bahawa beliau masih solven, iaitu boleh membayar hutang dengan penuh.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2017 at 03:22
by   Idzham
@jebat

Tidak. Bukan untuk drag masa sahaja. 
Dalam kes Bungsar Holdings, Petisyen dibatalkan apabila Penghutang Penghakiman membuktikan bahawa beliau masih solven, iaitu boleh membayar hutang dengan penuh.

Ok faham. Boleh tak sekiranya saya menggunakan kedua-dua alasan? Dan apakah langkah seterusnya yang perlu saya lakukan sekarang?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.