Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

5116 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by  
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
« Previous   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   Next »  Last »

answered on Nov 14, 2017 at 03:45
by  
Sila rujuk gambar plot tapak premis di eksibit “EB1” dan “EB2”. (Gambar tapak rumah sebelum dan selepas roboh)
Adakah EB1 dan EB2 eksibit baru?
Jika eksibit baru, lebih baik labelkan dengan label baru EB3 dan EB4.
- EB1 eksibit dari afidavit sebelum ni. EB2 eksibit baru, saya buat comparison plot tanah. Ok saya rename dengan EB4

Postkan imej-imej baru di sini untuk semakan.
- EB4
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 14, 2017 at 03:57
by  
kerana di tapak premis 239/45, Perumahan Kakitangan Felda Chuping, 02500 Kangar, Perlis  tidak ada sebarang papan tanda atau papan notis yang membolehkan notis dan perintah tersebut ditampal. 

Boleh kamu jelaskan perkara ini?
Mungkin mereka maksud kan di tampal pada signboard projek (saperti yang kamu paparkan di muka 10 dalam thread kamu ini) saperti yang juga telah kamu jadikan exhibit dalam ikrar afidavit sokongan.
- Pada mulanya pemahaman saya juga begitu, saya sangkakan mereka menampal notis di papan tanda projek. Tetapi apabila saya baca banyak kali rasanya masih boleh argue jawapan yang diikrarkan berdasarkan ayat di bawah;
- Lawyer menyatakan papan notis di tapak premis, maksudnya di plot tanah.


- Di sini pun lawyer menyatakan papan tanda di tapak premis, maksudnya di plot tanah.

- Jika lawyer maksudkan signboard projek, mereka boleh gunakan term yang sama saya gunakan di dalam afidavit sebelum ni iaitu "papan tanda projek".

- Seterusnya jika mereka maksudkan "papan tanda projek", papan tanda tersebut tidak berada di tapak premis, ianya berada jauh di jalan masuk blok perumahan tersebut.

- Seterusnya, penggunaan perkataan "papan tanda" dan "papan notis" juga bercanggah, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza setakat pengetahuan saya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 14, 2017 at 04:04
by  
Dalam gambar EB1 DAN EB3 ada satu rumah putih.
Rumah siapa ini?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 14, 2017 at 04:38
by  
Hi idzham,

What is your Wechat ID?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 14, 2017 at 04:47
by  
@jebat
Dalam gambar EB1 DAN EB3 ada satu rumah putih.
Rumah siapa ini?

- Rumah jiran tuan, Kawasan ni perumahan tanah lot, ada lebih kurang 10-15 buah rumah, semua dah kena roboh sekarang ni.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 14, 2017 at 04:53
by  
Hi idzham,

What is your Wechat ID?

- orca8165
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 15, 2017 at 02:33
by  
Gambar tapak rumah itu kelihatan saperti di printscreen dari google 'streetview'.

Berhati hati menggunakan (sebagai exhibit) paparan dari 'google street view' kerana ia tidak memaparkan imej dan keadaan semasa. Contoh, kita melayari nya pada tahun ini (2017) tetapi imej nya adalah rakaman pada tahun 2015.

Jangan beri peluang untuk mereka mencipta keraguan terhadap keterangan yang kita kemukakan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 15, 2017 at 13:21
by  
hi kiki,

Maybe no need to reply the affidavit because nothing much to reply to.
What do you think?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 15, 2017 at 15:36
by  
What do you think?

vkpc,

I too thought so..

Maybe he could just start to draft the Hujahan Bertulis (written submission) and include all the points he has highlighted in his affidavit lanjutan draft.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 15, 2017 at 16:58
by  
Ok you advice Idzham to skip the affidavit.
Also ask him if wants to join Avengers Malaysia.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.