Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

6169 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by  
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
« Previous   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   Next »  Last »

answered on Nov 10, 2017 at 05:05
by  
Saya tak boleh upload image, daily limit katanya, any idea macam mana nak post kat sini?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 10, 2017 at 07:23
by  
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 11, 2017 at 00:13
by  
Saya tak boleh upload image, daily limit katanya, any idea macam mana nak post kat sini?

Post 2 image 1 day.
Where is the rest?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 11, 2017 at 06:18
by  
Tak boleh upload lagi, masih prompt daily limit.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 11, 2017 at 12:35
by  
Try link to image in Dropbox or Google Drive or OneDrive.
You are running out of time to prepare your Hujahan Utama.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 11, 2017 at 23:49
by  
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 11, 2017 at 23:50
by  
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 11, 2017 at 23:51
by  
Finally boleh upload semua, mohon tunjuk ajar, saya perlu balas afidavit pada 22/22/2017
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 12, 2017 at 00:33
by  
Saya ada draf sikit untuk afidavit balas, mintak tolong forumers komen, saya pun tak tahu saya buat ni betul ke tak.

0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 12, 2017 at 01:18
by  
Draf afidavit jawapan  kamu itu, tolong jangan post dalam bentuk imej.
Kalau post dalam betuk imej nanti sukar forumers nak petik (excerpt), komen, untuk kerja editing dan pembetulan. 

Post kan di sini dalam bentuk draf sebenar (dengan letterhead mahkamah dsb) seolah olah kamu akan failkan nya esok.  
0 found this helpful
Helpful


« Previous   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   Next »  Last »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.