Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

3840 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by   Idzham
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
« Previous   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   Next »  Last »

answered on Sep 27, 2017 at 02:41
by   jebat
1. Saya adalah Penghutang Kehakiman dalam tindakan ini.
 
2. Pekerjaan saya adalah sebagai ...............

3. Semua fakta-fakta yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan pengetahuan peribadi saya.

4. Saya mengikrarkan affidavit ini untuk menentang  Petisyen Pemiutang yang difailkan oleh Pemiutang Penghakiman pada  26/05/2017.
 
5. Perenggan tujuh Afidavit Penyampaian Tampalan dinafikan kerana premis tersebut telah dirobohkan sejak April 2017. Sila rujuk gambar plot tanah di eksibit EB1.

6. Sila rujuk surat merobohkan rumah di eksibit EB2.
Bagaimanakah Notis Kebankrapan boleh ditampal pada tanah kosong yang tiada rumah?
 
7. Bukti eksibit EB1 dan EB2 menunjukkan bahawa penghantar notis adalah seorang yang tidak jujur, dan oleh itu Mahkamah perlu berhati-hati dengan afidavit penyampaiannya.

8. Perenggan enam Afidavit Penyampaian Tampalan dinafikan dan saya menegaskan tidak menerima sebarang Notis Kebankrapan secara tampalan di dinding ataupun di petisurat.

9. Pada hari tersebut, iaitu pada tarikh DD/MM/YY, tidak ada sesiapa yang datang ke rumah saya.

10. Sila rujuk kepada afidavit En. Idzham bin XXXXX yang mengukuhkan kenyataan saya bahawa tidak ada sesiapa yang datang ke rumah.

11. Saya menyatakan di sini bahawa saya tidak pernah diserahkan Notis Kebankrapan dan seterusnya tidak pernah melakukan apa-apa Perbuatan Kebankrapan.

12. Oleh kerana tiada Perbuatan Kebankrapan berlaku, maka Pemiutang Penghakiman tidak berhak memfailkan Petisyen Pemiutang. Maka Petisyen Pemiutang perlu dibatalkan dengan kos lima ribu ringgit.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 27, 2017 at 02:53
by   Idzham
@jebat

Eksibit EB1 adalah surat roboh atau gambar?
Kalau EB1 gambar, kena ada eksibit EB2 iaitu surat roboh dengan "cover page" kedua.

Buat masa sekarang saya hanya ada gambar, surat untuk roboh tu tak ada sebab rumah tu felda punya, so lepas semua orang dah pindah baru Felda robohkan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 27, 2017 at 03:18
by   jebat
Buat masa sekarang saya hanya ada gambar, surat untuk roboh tu tak ada sebab rumah tu felda punya, so lepas semua orang dah pindah baru Felda robohkan.

Sebaik-baiknya dapatkan dokumen yang boleh membukti TARIKH rumah dirobohkan.
Gambar tidak menunjukkan tarikh roboh.

Kalau tak dapat dokumen, cuba dapatkan afidavit penghulu kampung atau pengurus felda yang mensahkan tarikh roboh tersebut.

Jangan pandang remeh tentang bukti-bukti ini.
Jika kes ini dibawa ke Mahkamah Rayuan Putrajaya, u akan kalah tanpa bukti ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 27, 2017 at 03:21
by   Idzham
Boleh tak kalau saya gunakan gambar signboard ni bagi menggantikan surat roboh?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 27, 2017 at 03:22
by   Idzham
@jebat

Sebaik-baiknya dapatkan dokumen yang boleh membukti TARIKH rumah dirobohkan.
Gambar tidak menunjukkan tarikh roboh.

Kalau tak dapat dokumen, cuba dapatkan afidavit penghulu kampung atau pengurus felda yang mensahkan tarikh roboh tersebut.

Baik tuan, saya usahakan untuk dapatkan surat tu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 27, 2017 at 03:32
by   jebat
Gambar signboard boleh juga digunakan sebagai eksibit EB3.
Lagi banyak, lagi best.

Mungkin perlu belanja Penghulu makan jika beliau sudi bersumpah di afidavit.
Semua afidavit mesti ditandatangan di depan Pesuruhjaya Sumpah.
Jangan tandatangan di rumah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 3, 2017 at 18:38
by   Idzham
Masih menunggu surat dari Felda, lambat snguh..
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 5, 2017 at 02:15
by   jebat
Masih menunggu surat dari Felda, lambat sungguh..

Kamu perlu memfailkan semua dokumen-dokumen berkaitan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh pendengaran Petisyen.
Jangan berlengah lagi.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 9, 2017 at 17:28
by   Idzham
Ok, surat dah on the way, this week boleh dapat, saya akan sediakan semua dokumen dan post kat sini untuk semakan sebelum print.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 11, 2017 at 01:45
by   kiki
Tarikh untuk menghadirkan diri di mahkamah adalah 16hb Okt. 2017.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.