Advertisement

Mohon Bantuan untuk lawan Petisyen Pemiutang

2582 Views  ⚫  Asked 8 Months Ago
asked on Sep 13, 2017 at 18:38
by   Idzham
Fakta Kes
Perjanjian : Skim Pinjaman Perniagaan Mikro
Peminjam : En. Idzham (suami)
Penjamin : Pn.Nurul (isteri)
Bank : Bank Simpanan Nasional
Nilai Pinjaman (Tidak termasuk faedah) : RM40,000
Nilai tuntutan akhir : RM35,434.05
 
Ringkasan Kes
1) Bayaran ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi tidak dipotong oleh pihak bank.
2) Peminjam/bankrap tidak mengetahui status semasa estet dengan Jabatan Insolvensi.
3) Penjamin diberikan Notis Bankrap.
4) Bayaran ansuran kemudian dilakukan secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan e-insolvensi.
 
Kronologi Kes.
1) En.Idzham terima Notis Kebankrapan bertarikh 17/03/2015 pada 08/04/2015
2) Maklumat Petisyen Pemiutang tiada (surat hilang).
3) Diisytiharkan bankrap pada 25/08/2015 (KPI-1) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
4) Terima surat dari Jabatan Insolvensi cawangan Shah Alam bertarikh 02/10/2015 untuk menghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari.
5) Tandatangan KPI-1 pada 13/01/2016.
6) Pernyataan Hal Ehwal dibuat pada 13/01/2016 dengan jumlah hutang keseluruhan RM58,353.10 (Bank Simpanan Nasional - RM35,434,05) dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah pada 19/01/2016.
7) Terima Surat pemakluman (Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman) dan jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak Jabatan Insolvensi pada 13/01/2016.
8) Terima surat Permohonan/Mengaktifkan Akaun Simpanan kepada pihak bank bersama arahan pemotongan (Standing Instruction).
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan.
11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017
 
12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian ganti(suratkhabar) pada 02/06/2017 melalui perintah bertarikh 17/05/2017.
13) Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/201
 
Isi kandungan Petisyen Pemiutang:-
1. Penghutang Penghakiman berhutang sebanyak RM35,434.05 setakat 04/02/2014 Penghakiman terakhir bertarikh 17/03/2014.
2. Perbuatan kebankrapan ialah pada 17/06/2017
3. Jumlah keseluruhan setakat 14/04/2017 ialah sebanyak RM50,143.82.
4. Petisyen ini mesti di dengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25/10/2017 9:00AM
5. Perlu memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Notis menunjukkan alasan-alasan tiga (3) hari sebelum tarikh perbicaraan.
 

Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut ?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
272 Answers
 1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Sep 13, 2017 at 22:10
by   jebat
Mohon bantuan dan tunjuk ajar, berdasarkan kes diatas, apa yang perlu dilakukan sekarang jika ingin melawan Petisyen Pemiutang tersebut?

Kenape suami tak mahu melawan tapi isteri mahu melawan?
Kenape sampai ke peringkat akhir baru minta pertolongan?
Pada pendapat anda apakah isu atau komplain atau kesalahan yang dibuat oleh Bank Simpanan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 13, 2017 at 22:33
by   Anonmyous
edited Nov 16, 2017 at 08:52
 
The issue is that once the borrower have been bankrupted, the guarantor cannot be made bankrupted if the bankrupt have reported in to JIM and have been paying to JIM. This debt is still being "serviced" via Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). The amount of RM50,000 is flawed. This Notis Kebankrapan can be set aside. Get help from the forumers here or from lawyers. This is a case of banker and their lawyers trying to play around the laws.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 14, 2017 at 02:01
by   vkpc
the guarantor cannot be made bankrupted if the bankrupt have reported in to JIM and have been paying to JIM.

the above statement is not true.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 14, 2017 at 04:14
by   kiki
9) Tandatangani surat persetujuan potongan bulanan pada 15/01/2016. Potongan bermula Mac 2016.
 
10) Potongan bulanan bayaran kepada Jabatan Insolvensi tidak berlaku kerana pihak bank tidak membuat standing instruction seperti ditetapkan. 


11) Bayaran kepada Jabatan Insolvensi dibuat secara manual di kaunter Jabatan Insolvensi dan online e-insolvensi bermula Mei 2017


Sepatutnya apabila bank tidak membuat pemotongan standing instruction kepada JIM kamu perlu bertindak awal memastikan pembayaran di buat kepada JIM apa cara sekalipun. Setelah setahun membiarkan kreditor (BSN) menunggu, patut lah mereka mengambil tindak kepada penjamin pula.

12) Pn.Nurul (Penjamin) terima Notis Bankrap bertarikh 14/04/2017 secara penyampaian 

Setelah Pn Nurul Aida Hanim menerima Notis Kebankrapan pada 14/04/2017 baru kamu mula membayar hanya pada Mei 2017.

The amount of 50K is flawed. 
So base on above situation, at the time the Notis Kebankrapan was issued the amount was most likely the same and not flawed.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 14, 2017 at 13:53
by   Idzham
@jebat

Kenape suami tak mahu melawan tapi isteri mahu melawan? 
Masa saya kena bankrup dulu sebab dah terlambata dan memang tak mampu nak buat bayaran langsung, so saya terima saja keputusan mahkamah.
Kenape sampai ke peringkat akhir baru minta pertolongan? 
Penjamin terus terima Notis Bankrap dari bank, tak ada apa-apa call atau surat tuntutan hutang diterima sebelum ni.
Pada pendapat anda apakah isu atau komplain atau kesalahan yang dibuat oleh Bank Simpanan?
Mohon bantuan disini, dengan kelemahan ilmu undang-undang, saya pun tak tahu apa yang boleh dijadikan isu atau komplain.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 14, 2017 at 16:16
by   jebat
Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/2017

Adakah beliau menandatangan menerima Petisyen tersebut?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 14, 2017 at 17:29
by   Idzham
@ jebat

Pn.Nurul terima Petisyen Pemiutang bertarikh 24/07/2017 pada 23/08/2017 

Adakah beliau menandatangan menerima Petisyen tersebut?

Ya tuan, beliau menandatangani penerimaan tersebut.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 14, 2017 at 18:26
by   jebat
Ya tuan, beliau menandatangani penerimaan tersebut.
Kenapa dia tanda-tangan?

Adakah penjamin memiliki apa-apa aset seperti saham, tanah, rumah, kereta dan motorsikal?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 16, 2017 at 21:52
by   Idzham
@ jebat

Kenapa dia tanda-tangan?
Sebab terima by-hand dan ingin melihat kandungan Petisyen tersebut.

Adakah penjamin memiliki apa-apa aset seperti saham, tanah, rumah, kereta dan motorsikal?
Ya, penjamin memiliki kereta dan motorsikal.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 17, 2017 at 02:38
by   jebat
Kenapa lambat jawab? Hari pendengaran Petisyen semakin dekat.

Apa penjamin nak buat sekarang?
Nak lawan ke nak serah kepada takdir?

Kalau nak lawan, mungkin boleh jualkan kereta dan motor dan kemudian menentang Petisyen di Mahkamah dengan alasan penjamin tidak ada sebarang aset yang boleh dicairkan.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.