Advertisement

Boleh kah bank sita rumah atas 2 geran jika penjamin di istiharkan bankrap?

1000 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Sep 9, 2017 at 05:12
by   aswad87
edited on Nov 7, 2017 at 08:02
 
Saya nak tanya jika sebagai penjamin dia tidak dapat bayar hutang kereta yang di buat oleh peminjam dan peminjam sudah melarikan diri dan tidak mahu bertanggungjawab keatas pinjaman kereta tersebut. Dan dia telah di isytiharkan muflis sebab pinjaman tersebut lebih RM30,000, penjamin tersebut ada harta, rumah tapi kongsi geran dengan suami tetapi bayaran loan rumah hanya atas 1 nama, adakah pihak bank boleh sita rumah tersebut? Boleh ke bank sita barang-barang dalam rumah tersebut juga?

Harap yang tahu dapat beri penjelasan kepada saya.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
11 Answers
 1   2   Next »  Last »

answered on Sep 9, 2017 at 12:58
by   jebat
Setelah menjadi muflis, penyitaan barangan tidak boleh dibuat oleh mana-mana pihak kerana di mata undang-undang semua barangan si bangkrap dipunyai oleh Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi.

Jika rumah masih ada pinjaman bank, mengikut undang-undang, bank perlu menarik balik pinjaman dan melelongkan rumah tersebut setelah mendapat tahu tentang status bankrap peminjam.
Tapi ada juga bank yang sengaja buat tak tahu kalau bayaran bulanan masih baik.

Kalau sibankrap bukan peminjam, ( hanya nama pada geran sahaja ), rumah tidak akan dilelong.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 9, 2017 at 16:29
by   aswad87
edited Nov 7, 2017 at 08:35
 
@jebat,

Terima kasih atas jawapan yang di berikan..

Untuk makluman, isteri saya merupakan penjamin bagi pinjaman kereta adik kandung dia yang merupakan adik ipar saya. Sekarang kereta itu sudah tertunggak dengan bank selama 18 bulan, adik ipar saya telah hilang dan tidak dapat di kesan, dia telah pndah dari rumah dia yang dahulu dan tukar nombor baru, sekarang pihak pemungut hutang sudah mula ganggu isteri saya tuntut untuk bayar hutang sebanyak RM27,000, pihak pemungut hutang ugut untuk failkan tindakan mahkamah jika tidak dapat bayar, pihak pemungut hutang kata akan tambah kos peguam dan lain-lain untuk genapkan RM30,000 supaya boleh bankrap.

Yang saya geram, pihak pemungut hutang seolah-olah tidak berusaha untuk mencari peminjam dahulu untuk ambil tindakan undang-undang terhadap adik ipar saya.. rumah yang saya beli, pinjaman rumah adalah atas nama saya seorang sahaja, tetapi geran kongsi dengan isteri. Saya ingat jika bank tak boleh kacau rumah tu, saya nak suruh isteri saya buat tak tahu sahaja terhadap ugutan tu, biarkan pihak pemungut hutang proceed tindakan mahkamah untuk bankrap dan bila sudah di istiharkan bankrap isteri saya pergi ke Jabatan Insolvensi dan minta buat bayaran bulanan RM100 memandangkan isteri saya sudah tidak bekerja mula dari tahun ini.. betul kah pemahaman saya ni?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 9, 2017 at 17:03
by   jebat
edited Nov 7, 2017 at 08:39
 
Yang saya geram, pihak pemungut hutang seolah-olah tidak berusaha untuk mencari peminjam dahulu untuk ambil tindakan undang-undang terhadap adik ipar saya..
Pengutip hutang juga geram sebab penjamin tak mahu bayar seperti yang telah dijanjikan bila menjadi penjamin.

sekarang pihak pemungut hutang sudah mula ganggu isteri saya tuntut untuk bayar hutang sebanyak RM27,000, pihak pemungut hutang ugut untuk failkan tindakan mahkamah jika tidak dapat bayar, pihak pemungut hutang kata akan tambah kos peguam dan lain-lain untuk genapkan RM30,000.
Jangan risau, kos guaman biasanya dalam linkungan RM1,000 lebih sahaja, jadi hutang tak boleh sampai RM30,000.  Lagipun pindaan baru Akta Kebankrapan yang mungkin efektif akhir tahun ini and menaikkan amaun minimum menjadi RM50,000. Kalau pengutip hutang kol lagi, tak payah angkat handphone.

Jika bank beri saman isteri you ke Mahkamah, isteri you boleh minta pertolongan dari Avengers Malaysia untuk melawan saman atau prosiding kebankrapan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 9, 2017 at 17:07
by   jebat
Lagipun, mengikut Akta Kebankrapan, seseorang Penjamin Sosial ( isteri u ) tidak boleh dibankrapkan selagi peminjam belum dibankrapkan.  Relaxlah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 9, 2017 at 17:15
by   aswad87
edited Nov 7, 2017 at 08:40
 
Terima kasih atas penjelasan tuan jebat, maksud tuan penjamin tidak boleh di isytiharkan bankrupt selagi peminjam belum bankrupt, tetapi jika pihak bank failkan secara serentak notis kebankrapan kepada peminjam dan penjamin boleh ke penjamin akan bankrap?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 9, 2017 at 17:40
by   jebat
tetapi jika pihak bank failkan secara serentak notis kebankrapan kepada peminjam dan penjamin boleh ke penjamin akan bankrap?
Tak boleh failkan Notis Kebankrapan ke atas penjamin sosial ( bukan penjamin biasa ) selagi peminjam belum bankrap.  Tapi jika lawyer bank tak tahu undang-undang, isteri u boleh menentang Notis tersebut di Mahkamah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 13, 2017 at 16:15
by   aswad87
Terima kasih tuan jebat atas penjelasan di atas.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 25, 2017 at 02:30
by   anim
edited Nov 7, 2017 at 08:47
 
Saya merupakan penjamin kereta bagi abang saya dan hutang tersebut sehingga RM71,000.. kereta abang saya tu telah diambil oleh wakil bank iaitu penarik kereta. Yang menjadi masalahnya kereta tersebut tidak dihantar kepada bank dan surat penarikan tidak diberi. Laporan polis telah dibuat dan telah pergi ke bank memberitahu masalah ini tetapi pihak bank tidak mahu membantu dan menyuruh abang saya tandatangan satu surat daripada lawyer..

Sekarang ini wakil pemungut hutang selalu col saya untuk meminta bayaran dengan mengatakan akaun masih aktif dan saya perlu bayar.. Saya sudah cuba buat bayaran tapi tidak dapat. Saya begitu risau jika saya akan dibankrapkan dan abang saya ada menerima surat dari Jabatan Insolvesi melalui pos. Adakah dia perlu pergi?

Masalah ini betul-betul menganggu saya. Adakah pindaan kebankrapan itu telah dilaksanakan kerana yang selalu telefon saya sering kali cakap jika saya tak buat bayaran saya akan dibankrapkan. Susah hati saya. Risau jika akaun semua dibekukan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 25, 2017 at 03:11
by   kiki
edited Nov 7, 2017 at 08:49
 
..dan abang saya ada menerima surat dari Jabatan Insolvesi melalui pos.. Adakah dia perlu pergi?
Jika dia perlu meneruskan pekerjaan nya dan perlu ada akaun akaun bank untuk kemasukan gaji nya dan keluar dari status kebankrapan, baik lah dia pergi.

..saya begitu risau jika saya akan dibankrapkan..
Sebagai penjamin sosial, kamu tidak akan di bankrapkan.

adakah pindaan kebankrapan itu telah dilaksanakan 
Sudah, berkuatkuasa pada 6 Okt 2017 lepas.

kerana yang selalu telefon saya sering kali cakap jika saya tak buat bayaran saya akan dibankrapkan.
Pemungut hutang memang suka menakutkan orang. Jika mereka call, buat pekak.
Kalau ada dapat surat dari lawyer , poskan di sini, ramai yang boleh tolong bantu menjawab nya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 16, 2018 at 04:52
by   Amiza
edited Jul 26, 2018 at 02:50
 
Saya ini sudah dibankrapkan dan saya dah pergi Jabatan Insolvensi untuk buat bayaran dan bayaran telah bermula... Dan penjamin saya mendapat surat dari lawyer. Bila call bank diaorang ugut nak bankrapkn penjamin saya... Yang saya risau penjamin saya boleh dibankrapkan kah jika tdak hadir ke makhamah? Saya dah bertanggungjawab untuk bayar hutang kereta tersebut kepada Jabatan Insolvensi tapi bank masih kacau penjamin dan hantar surat lawyer... Macam mana saya nak buat? Adakah penjamin dibankrapkan? 
0 found this helpful
Helpful


 1   2   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.