Advertisement

Proposal perbincangan dengan pihak bank

168 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Sep 6, 2017 at 03:15
by   mummy2b
edited on Sep 28, 2017 at 04:21
 
Saya pernah membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat pada tahun 2011. Beberapa bulan selepas mendapat pinjaman tersebut, saya telah sambung belajar selama 5 tahun setengah secara sepenuh masa. Ini menyebabkan saya tidak dapat membayar ansuran bulanan pinjaman tersebut... lantaran hanya diberikan elaun belajar dan bukan gaji... selama tempoh tersebut saya tidak berani dan tidak pernah berbincang dengan pihak bank.

Baru-baru ini saya telah dikenakan tindakan mahkamah, saya telah menghadiri sesi pendengaran kes bankrapsi tersebut. Saya dinasihatkan oleh pihak pendaftar kanan mahkamah supaya melakukan perbincangan dan menyediakan proposal pembayaran semula dengan pihak bank. 

Apa yang merisaukan saya adakah pihak bank akan memberi kerjasama dan boleh mempertimbangkan kes saya ini sementara saya ditempatkan semula untuk bekerja memandangkan saya telah tamat belajar pada bulan 5 yang lalu?

Adakah pihak bank akan meminta bayaran secara total dan tidak mempertimbangkan permohonan saya?

Adakah di antara pembaca dalam group ini yang pernah mengalami masalah seperti saya dan pernah menyediakan proposal tersebut? Jika ada saya ingin memohon bantuan daripada anda..

Terima kasih atas perhatian semua.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
2 Answers

answered on Sep 6, 2017 at 12:59
by   jebat
edited Sep 28, 2017 at 04:22
 
Berapakah amaun yang dituntut oleh Bank Rakyat?
Berapakah umur kamu?
Adakah kamu mempunyai aset seperti rumah, syer syarikat, motosikal dan kereta?

Biasanya bank mahukan bayaran penuh pada peringkat ini, lebih-lebih lagi jika kamu masih tidak ada pendapatan tetap.
1 found this helpful
Helpful

answered on Sep 6, 2017 at 13:26
by   mummy2b
edited Sep 28, 2017 at 04:23
 
Jumlah yang dituntut adalah sebanyak RM161,450. I'm now 34 years old. Saya takde sebarang harta pun untuk dicagar atau sebarang aset bernilai yang boleh dijual untuk membuat pembayaran penuh...

Adakah pihak bank tidak akan memberi peluang dan saya tak akan dapat membuat perbincangan yang baik dengan pihak bank? Apa yang perlu saya lakukan?
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.