Advertisement

Tuntutan Ganti Rugi Teladan

209 Views  ⚫  Asked 5 Months Ago
asked on Sep 5, 2017 at 23:11
by   mohd razis
edited on Sep 30, 2017 at 05:45
 
Saya sedang dalam proses tuntutan cerai oleh isteri saya.

Di sini saya ingin bertanya, boleh kah saya menuntut ganti rugi atau sebagainya dari pihak isteri saya? kerana dalam kes ini, beliau yang memulakan dahulu. Pernah dia mnyatakan bahawa emaknya iaitu mak mertua saya mendesaknya untuk meminta cerai, anak yang sebelum ini dijaga oleh saya beliau ambil dengan perintah sementara dari mahkamah dengan alasan saya sebelum ini menghalang beliau dari berjumpa anak. Sedangkan itu adalah fitnah dan tuduhan palsu. Bermula dari itu, kehidupan saya dan keluarga terjejas.

- emosi saya dan ahli keluarga saya terganggu.
- kerja saya terjejas akibat memikirkan masalah ini.
- terpaksa menanggung kos guaman.
- masa saya banyak terbuang kerana terpaksa ke mahkamah, ke pejabat peguam, dan juga pergi melihat anak di rumah mertua.
- malu dengan kejiranan dan kawan kawan.
- terpaksa mengelak dari berjumpa orang atau kenalan atau sedara mara.
- terpaksa berhutang dengan orang untuk membiayai kos guaman.
- menyebabkan seluruh ahli keluarga di dalam keadaan yang amat tertekan dari segi mental dan fizikal.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
6 Answers

answered on Sep 5, 2017 at 23:34
by   jebat
edited Sep 30, 2017 at 05:47
 
boleh kah saya menuntut ganti rugi atau sebagainya dari pihak isteri saya?

You nak saman beliau di Mahkamah Shariah atau Mahkamah Sivil?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 5, 2017 at 23:51
by   mohd razis
edited Sep 30, 2017 at 05:48
 
Saya nak saman melalui mahkamah sivil. Jika boleh, bagaimana ye? Sebab saya nak tahu samada saya layak atau tidak menyaman.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 6, 2017 at 19:26
by   kiki
saya sedang dalam proses tuntutan cerai oleh isteri saya
Adakah kamu bersetuju untuk bercerai dengan isteri kamu..?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 6, 2017 at 20:01
by   mohd razis
edited Sep 30, 2017 at 05:48
 
Saya tidak bersetuju sekerasnya, kerana mempunyai seorang anak perempuan berusia 1 tahun lebih. Risau akan masa depan dia nanti. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 6, 2017 at 21:32
by   mohd razis
edited Sep 30, 2017 at 05:49
 
Adakah boleh saya menyaman beliau ketika kes mahkamah syariah sedang berjalan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 7, 2017 at 02:06
by   kiki
saya tidak bersetuju sekerasnya, kerana mempunyai seorang anak perempuan berusia 1 tahun lebih. risau akan masa depan dia nanti

Kalau kamu tidak bersetuju untuk bercerai dan demi masa depan anak kamu maka lebih baik kamu cari jalan berdamai. Jika kamu failkan saman sudah tentu kesan nya, perdamaian tidak dapat tercapai.

adakah boleh saya menyaman beliau ketika kes mahkamah syariah sedang berjalan?? 
Oleh kerana kamu ada menggunakan khidmat peguam, cuba kamu tanya pendapat peguam kamu dahulu? 
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.