Advertisement

Akta pengangkutan jalan 1987 (Kaedah-kaedah pengangkutan jalan (notis dibawah seksyen 53(1)2003))

285 Views  ⚫  Asked 5 Months Ago
asked on Sep 5, 2017 at 12:59
by   PakEngku
edited on Oct 3, 2017 at 05:15
 
Adik saya telah disaman oleh pihak polis biasa (bukan polis trafik) pada 4 September 2017 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh.

Persoalannya, saman tersebut dikenakan dilokasi kenderaan tersebut didalam kawasan ladang yang terdapat jalan mini tar yang tiada ujudnya sebarang garis putih jalan dan tiada diwartakan lagi sebagai jalan persekutuan atau jalan dibawah kerajaan negeri.

Jadi adakan sah disisi undang undang saman tersebut dikenakan keatas adik saya dan juga mohon pencerahan taarif "jalan" yang disebut yang dinyatakan didalam akta tersebut?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
5 Answers

answered on Sep 6, 2017 at 12:48
by   jebat
edited Oct 3, 2017 at 05:15
 
Pada hari perbicaraan saman tersebut di Mahkamah, kamu boleh memberitahu hakim bahawa jalan tersebut adalah jalan swasta yang tidak memerlukan cukai jalan, dan seterusnya minta pelepasan ( acquittal ).
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 6, 2017 at 14:35
by   PakEngku
edited Oct 3, 2017 at 05:16
 
Tetapi apabila saya refer kawan saya ASP Polis, dia kata mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 Pindaan 2011, saman tersebut sah kerana pindaan akta tersebut meliputi semua jalan laluan awam...
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 6, 2017 at 16:22
by   jebat
edited Oct 3, 2017 at 05:17
 
Minta maaf, setelah meneliti pindaan 2011 yang disebut, apa yang dikatakan oleh kawan ASP kamu adalah betul.

Saman jenis ini tidak boleh dikompaun, mesti hadir di Mahkamah. Jika adik kamu mengaku salah di Mahkamah, anggaran denda adalah dalam lingkungan RM1,000 - RM1,500.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 6, 2017 at 17:28
by   jebat
edited Oct 3, 2017 at 05:17
 
Jika adik kamu juga dituduh memandu kereta tanpa insuran, denda adalah dalam dalam lingkungan RM1,000 - RM1,500 bagi setiap kesalahan.

Semak tuduhan kesalahan yang tertulis pada saman.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 9, 2017 at 02:41
by   PakEngku
edited Oct 3, 2017 at 05:17
 
Terima kasih banyak-banyak atas pencerahan.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.