Advertisement

Sita Bank Islam

137 Views  ⚫  Asked 8 Months Ago
asked on Sep 2, 2017 at 17:01
by   abuali08
edited on Sep 2, 2017 at 17:02
by   abuali08
Terima kasih tuan Jebat , kiki, kunta_kinti kawan-kawan yang lain ..

saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku, saya telah menghantar surat dan salinan surat perintah secara berdaftar kepada peguam bank islam tentang tuntutan kos sebanyak RM800 atas kemenangan kes saya tahun lepas pada 21.08.2017 yang lalu dan saya juga telah fax kan kepada 2 department bank islam, namun sehinga ke saat ini tiada lansung jawapan daripada mereka,walaupun saya sering bersangka baik bahawa akan terima jawapan mereka selepas tarikh 28.08.2017, mungkin juga bagi mereka saya sudah sampai ke penghujung dan bakal dibankrapkan bulan hadapan jadi apa guna dengan bayaran tuntutan ini ?.. adapun begitu saya akan membawa perkara ini ke mahkamah minggu ini mengenai perkara ini...

tuan jebat, kawan-kawan dan Avengers malaysia mohon bantu saya.. alang2 saya bakal di bankrapkan , saya akan lawan habis-habisan ...

P/s : maafkan saya di atas kelewatan membuka thread ini , saya mempunyai kekangan masa yang serius dan masalah pada PC yang sudah usang sering memberi masalah pada saya di saat getir ini..

Thread asal yang masih berjalan boleh di baca melalui >> https://www.lawyerment.com/answers/questions/12281/menang-lawan-bank-islam-tapi
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Sep 2, 2017 at 22:07
by   jebat
adapun begitu saya akan membawa perkara ini ke mahkamah minggu ini mengenai perkara ini...
Jangan berasa takut lagi, sebab bank pun sudah hampir membankrapkan kamu dan itu sahaja yang boleh mereka buat terhadap kamu, tak ada apa-apa lagi yang lebih teruk yang boleh dibuat.

Kenapa takut akan kebankrapan?  sedangkan kamu hanya ada separuh rumah kos rendah sahaja.
Biasanya Jabatan Insolvensi tidak akan melelongkan rumah kos rendah yang dikongsi nama.

Jika benar Bank Islam enggan membayar kamu kos mengikut Perintah Mahkamah,
Avengers Malaysia tak akan lepaskan mereka.  Jangan risau.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.