Advertisement

Bayaran pinjaman perumahan dan masalah kewangan

159 Views  ⚫  Asked 11 Months Ago
asked on Aug 29, 2017 at 18:28
by   zudeen
edited on Sep 30, 2017 at 08:17
 
Saya dalam tahun ini berlaku masalah di dalam syarikat saya bekerja dan terpaksa mencari pekerjaan yang lain. Tapi disebabkan kewangan saya yang tidak dapat menampung perbelanjaan telah menyebabkan bayaran ansuran rumah saya agak kurang memuaskan.

Bayaran bulanan ansuran rumah saya dari RM860 telah naik sehingga RM1200. Ini disebab kan setiap bulan saya tidak membayar dengan jumlah yang penuh. Namun saya tetap membayarnya walaupun tidak cukup jumlahnya. Namun tindakan saya ini telah menyebabkan saya di kategorikan tidak membayar selama 6 bulan. 

Jadi dengan ini bolehkah saya memohon institusi bank yang saya pinjam tersebut untuk menstruktur kembali bayaran tertunggak tersebut sehingga kewangan saya berada dalam keadaan yang stabil? Dan berapa lamakah tempoh atau tindakan dari pihak bank untuk melelong atau notis dari mahkamah?

Saya terpaksa mengabaikan panggilan dari pihak bank kerana pada permulaanya mereka tetap memaksa menyelesaikan jumlah yang tertunggak. Saya berada dalam keadaan buntu, tapi walau bagaimanapun saya tetap membayar dengan jumlah kemampuan saya.

Untuk pengetahuan anda, saya mempunyai rumah yang telah lama saya jelaskan di Bukit Beruntung malangnya rumah tersebut susut nilai yang agak rendah dan telah membuat pengeluaran melalui KWSP dahulu. Namun malang bagi saya kerana untuk rumah yang kedua ini saya tidak boleh menyelesaikan melalui KWSP kerana rumah yang pertama masih ada rekod dalam KWSP.

Jadi bagaimana atau apa tindakan yang perlu saya lakukan? Harap anda dapat membantu untuk saya usaha menyelesaikan masalah saya.

Terima Kasih atas nasihat dan pandangan atau cadangan anda.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Sep 20, 2017 at 19:35
by   jeff005
jadi dengan ini bolehkah saya memohon institusi bank yang saya pinjam tersebut untuk menstruktur kembali bayaran tertunggak tersebut sehingga kewangan saya berada dalam keadaan yang stabil. 
Just go to the HQ of the bank and offer a temporary restructured repayment.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.