Advertisement

Status bankrap dan harta yang disita

560 Views  ⚫  Asked 9 Months Ago
asked on Aug 13, 2017 at 06:04
by   mummy2b
edited on Sep 11, 2017 at 10:23
 
Saya baru sahaja menerima petisyen pemiutang berkaitan pinjaman peribadi saya dengan Bank Rakyat yang dijadualkan pd 21 Ogos ini.

Saya ada beberapa pertanyaan:
1) Apakah kesan jika saya tidak menghadiri sesi pendengaran petisyen pemiutang tersebut? Adakah sesi ini juga bermaksud saya akan dijatuhkan hukuman bankrap?

2) Sekiranya seseorang itu diisytiharkan bankrap, tetapi dia tidak mempunyai sebarang harta, adakah status kebankrapan akan melibatkan harta kepunyaan keluarga dan ibubapa meskipun harta tersebut bukan atas nama si bankrap? (contohnya alamat tetap yang digunakan adalah alamat rumah ibubapa)

Terima kasih atas respon anda..
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
7 Answers

answered on Aug 13, 2017 at 13:11
by   jebat
edited Sep 12, 2017 at 04:02
 
1) Apakah kesan jika saya tidak menghadiri sesi pendengaran petisyen pemiutang tersebut? Adakah sesi ini juga bermaksud saya akan dijatuhkan hukuman bankrap?
Ya betul, jika anda tidak hadir pendengaran tersebut, kamu akan dijatuhkan hukuman bankrap.
Tapi, jika anda hadir, anda mungkin juga akan dijatuhkan hukuman bankrap kerana kamu tidak memfailkan dokumen-dokumen tertentu untuk menentang petisyen tersebut.

2) Sekiranya seseorang itu diisytiharkan bankrap, tetapi dia tidak mempunyai sebarang harta, adakah status kebankrapan akan melibatkan harta kepunyaan keluarga dan ibubapa meskipun harta tersebut bukan atas nama si bankrap?
Tidak.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 13, 2017 at 15:18
by   jebat
edited Sep 12, 2017 at 04:04
 
Jika kamu memfailkan dokumen-dokumen menentang petisyen tersebut, ada 10% kemungkinan kamu boleh menang dengan alasan kamu tiada sebarang asset.

Sebaik-baiknya, kamu, suami, ibubapa dan anak-anak dewasa kamu juga bersumpah bahawa anda memang tidak ada asset yang boleh dijual.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 13, 2017 at 20:30
by   mizs74
edited Sep 12, 2017 at 04:07
 
@jebat,

Not having asset will not even give you 0.01% chance of winning. He just won't have anything taken away but will still end up being a bankrupt unless he decides to fight it or settle the outstanding. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 13, 2017 at 21:52
by   vkpc
edited Sep 12, 2017 at 04:14
 
Not having asset will not even give you 0.01% chance of winning. He just won't have anything taken away but will still end up being a bankrupt unless he decides to fight it or settle the outstanding. 

'jebat' advice is correct. There are previous authority cases where a judgment debtor upon contesting and proving that he has no assets, managed to set aside the petition. (win)
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 20, 2017 at 03:21
by   mummy2b
edited Sep 12, 2017 at 04:16
 
OK. Terima kasih atas jawapan-jawapan. Saya sudah tak sempat untuk buat apa-apa tindakan. Saya cuma ingin tahu, semasa hadir ke mahkamah nanti, apa perlu saya buat?

Jika status kebankrapan dijatuhkan kepada saya, apa yang berlaku selepas itu? Adakah rumah ibubapa saya akan didatangi oleh mana-mana pihak... ataupun saya perlu hadir terus ke Jabatan Insolvensi... atau pun apa prosedur yang akan berlaku selepas bankrap tersebut?

Sepertinya saya sudah tidak mampu untuk melakukan apa-apa...kecuali pasrah...
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 20, 2017 at 17:00
by   kiki
edited Sep 12, 2017 at 04:32
 
OK. Terima kasih atas jawapan-jawapan. Saya sudah tak sempat untuk buat apa-apa tindakan. Saya cuma ingin tahu, semasa hadir ke mahkamah nanti, apa perlu saya buat?

Masih sempat lagi.

Esok hanya lah tahap Pengurusan Kes atau sebutan kes saja.
Kamu cakap pada Penolong Kanan Pendaftar (PKP) minta masa nak cari peguam untuk menentang Petisyen Pemiutang itu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 20, 2017 at 17:47
by   mummy2b
edited Sep 12, 2017 at 04:34
 
Masih sempat lagi kah 'kiki'? Saya sebenarnya tidak tahu apa yang perlu saya buat sebelum ini. Saya hanya dapat tahu tindakan yang perlu diambil selepas membaca banyak info dari Lawyerment ini.

Untuk pengetahuan, saya tidak dapat membayar tunggakan pinjaman kerana saya ditawarkan untuk belajar secara sepenuh masa. Gaji sebelum ini juga ditukar kepada elaun pelajaran yang hanya cukup untuk menampung makan minum dan pembelajaran saya.

Masih sempatkah saya memaklumkan situasi ini supaya saya masih diberi peluang dan tidak dibankrapkan memandangkan saya sedang menunggu penempatan semula dan gred gaji yang lebih baik? dan saya yakin saya dapat membayar ansuran bulanan yang ditetapkan dengan lebih konsisten selepas ini.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.