Advertisement

Adakah telah muflis jika tidak menghadiri hearing date petisyen pemiutang?

266 Views  ⚫  Asked 9 Months Ago
asked on Aug 10, 2017 at 14:10
by   ibuicha
edited on Aug 21, 2017 at 06:19
 
Saya baru mengetahui tentang perihal kebankrapan terhadap saya semalam 9 Ogos 2017. Itupun setelah membuat semakan My CTOS secara online. Saya ada membeli sebuah kereta Citra pada 2008, disebabkan masalah peribadi, suami telah bertindak menyerah/menjual kereta tersebut kepada satu pihak yang sampai sekarang saya tak tahu siapa. Dan pada hemat saya, semuanya sudah selesai, sehingga semalam.

Melalui laporan My CTOS, tarikh notis kebankrapan ialah 16 Mac 2016, Berita Harian pula bertarikh 31 Ogos 2016. Tarikh petition pula pada 14 Mac 2017, Berita Harian 20 Jun 2017. Hearing date pula pada 24 Julai 2017.

Melalui pembacaan saya untuk kes 'abauli8', @tuan jebat ada berkata beliau tidak perlu hadir untuk hearing date kerana hari tersebut hanya untuk sebutan kes sahaja.

Untuk makluman tuan saya telah berpindah ke Sabah sejak tahun 2011. Alamat yang digunapakai oleh pihak guaman adalah alamat di Shah Alam.

Saya sangat risau memandangkan saya adalah seorang pejawat awam dan banyak impaknya kepada keluarga saya kelak.

Mohon bantuan tuan/puan untuk masalah saya ini. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Aug 10, 2017 at 16:20
by   kiki
edited Aug 21, 2017 at 06:21
 
Melalui pembacaan saya untuk kes 'abauli8', @tuan jebat ada berkata beliau tidak perlu hadir untuk hearing date kerana hari tersebut hanya untuk sebutan kes sahaja.

Tiap-tiap kes adalah berbeza antara satu dengan yang lain.

Hearing Date kamu (Sebutan kes/Pengurusan kes) Petisyen Pemiutang ....24 Julai 2017

Tarikh perbicaran Petisyen Pemiutang ...??
Mungkin sudah di Perintah AORO..

Kamu guna Nombor Kes dan semak melalui portal e-kehakiman samada adalagi tarikh yang di jadualkan. Juga, cuba dapatkan dokumen terakhir dari file mahkamah.

Kes kamu ini terlalu lewat untuk di perbuat sesuatu.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.