Advertisement

Menang Lawan Bank Islam Tapi..

1376 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Aug 8, 2017 at 17:37
by   abuali08
kepada member lawyerment yang baik hati , 

Saya sangat-sangat memerlukan pertolongan dpd anda semua tentang kes yang sedang saya hadapi waktu ini yang sangat2 mengusutkan fikiran dan kehidupan saya ketika ini...

Begini , tahun sudah 2016 Bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan terhadap saya berkenaan pembelian sebuah kereta proton perdana pada tahun 2005 , setelah saya mengadakan perbincangan dengan pihak bank islam, pihak bank tidak menolak mentah-mentah cadangan saya walaupun pembelian kereta ini pada permulaan terdapat penipuan antara use car, puspakom dan pihak bank islam sendiri dan saya sendiri yang menjadi mangsa diakhirnya walaupun saya telah maklumkan kepada bank sendiri tentang masalah yang sedang saya hadapi ketika itu. Utk pengetahuan sebelum ini saya ada juga membaca forum ini dan melihat kes-kes yang kawan-kawan yang lain hadapi dan dapat juga sedikit ilmu dari forum ini t.kasih saya ucapkan...

Di sebabkan kekangan masa pada tahun sudah, saya telah pergi berjumpa seorang lawyer kenalan dari lawyer sebelah bapa saya memberitahu yang dia dapat menolong dalam kes saya ini dan dia mengatakan dia boleh menang dalam kes ini dan dapatkan balik keseluruhan pembayaran yang telah saya bayar untuk kereta ini... dia cakap saya kena bayar RM7000++ kos utk kes saya ini.. memang dalam kepala saya waktu tu mana nak cari duit sebanyak ini ?? utk permulaan lawyer ni minta RM1500 dari saya secara tergesa-gesa, pening juga dibuat pada saya sebab saya ni bekerja sendiri , duit yang ada di tangan hanyalah duit modal pusingan dan duit utk makan hari-hari memang tak cukup la ,mahu tidak mahu saya telah membuat pinjaman dari ibu saya ketika itu ( dah meninggal pada hujung tahun sudah :( ).

Setelah diberi pertolongan dari ibu saya, saya membuat pembayaran pada lawyer ni , beliau cakap saya tidak perlu hadir di mahkamah pada setiap kali perbicaraan, sebab dia yang akan handle kesemuanya .. setelah 4 bulan berlalu macam tu dia beritahu saya kes ni dah menang dan kebangkrapan pada saya telah diketepikan oleh mahkamah, bila saya tanya macam mana boleh menang dia cakap tak perlu tahu itu kerja dia , sebenarnya banyak perkara yang saya tanya dalam tempoh ni pada lawyer, dia macam marah2 pada saya, lansung dia taknak bagi tahu tentang perjalanan kes, cuma dia ada suruh saya dapatkan beberapa dokumen dari pihak JPJ( penat jugak saya ketika itu walaupun gagal utk dapatkan dokumen ni ) dan sain afidavit dan ke pesuruh jaya sumpah ketika itu , tapi apa boleh buat saya terpaksa akur dan ikut sahaja kehendakkanya..

Setelah menang kes.. dia minta baki bayaran , waktu ni lah yang paling saya rasa gerun dan benci pada lawyer ni sebab mana saya nak cari duit sebanyak tu dalam masa yang singkat jadi saya cuba berbincang dengan pihak lawyer mengenai baki bayaran, saya cadangkan bayaran secara ansuran dan beberapa cara lagi tapi ditolak oleh lawyer dalam keadaan yang sangat marah. Saya ada bertanya pada lawyer ni adakah pihak bank islam akan buat rayuan tentang perintah kebangkarapan ini .. dia cakap tidak mungkin. Sampai sekarang lawyer ni nak baki bayaran dalam bentuk total , tidak mahu ansuran .. terus terang saya cakap saya tidak mampu sangat2.....

Sangat malang untuk saya pada tahun ni, bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan sekali lagi terhadap saya... sedih sangat .. ayah saya sendiri telah cuba menghubungi  lawyer ni dan bagi tahu akan cuba buat bayaran sebelum ni dan minta tolong handle kes saya ini.. tetapi dengan nada sangat marah siap maki lagi ayah saya sampai hati lawyer ni..  ayah saya ada juga menghubungi kawannya yang jugak seorang lawyer memberitahu masalah ini , dia mengatakan kami kena berbincang balik dengan lawyer tu.. ayah saya juga ada pergi ke kaunter mahkamah bertanyakan tentang bagaimana kes sebelum ini boleh menang, dan kerani tu bagitahu sebab "dokumen tidak lengkap" jadi kes kebangkarapan saya tahun sudah telah ditutup....

Jadi persoalan saya ketika ini, kes terbaru saya ni bicara pada 23/8/2017 ini.. tinggal dalam 20 hari sahaja lagi, ada tak peluang untuk saya tangguh/lawan dengan kes saya ini bersendirian tanpa menggunakan lawyer ? jika ada jalan bagaimana ya ? tolong sangat ...

Ikhlas, 
abuali 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
108 Answers
« Previous   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next »  Last »

answered on Aug 18, 2017 at 00:25
by   jebat
c. kamu adalah orang kurang upaya ( OKU )
d. kamu ada penyakit serius yang terminal
1 found this helpful
Helpful

answered on Aug 18, 2017 at 00:42
by   abuali08
Tuan Jebat, terima kasih kerana sudi reply hingga saat ini

Tuan, saya akan cuba cari kelemahan yang ada

Tuan, untuk menentang petisyen, saya ada satu rumah kos rendah yang dibeli tunai pemilikan bersama isteri cuma mengikut undang2 kerajaan negeri rumah ini hanya boleh dijual selepas 10 tahun, tapi kalau jual memang saya dah tiada rumah tuan.. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 18, 2017 at 03:37
by   kiki
Tuan, saya akan cuba cari kelemahan yang ada 

Antara sebab kamu di minta memaparkan dokumen dokumen kes adalah kerana para forumer di dini mahu membantu mencari kelemahan kelemahan yang mungkin terdapat di situ untuk di jadikan modal pertahanan kamu. 

Sebagai contoh...  (1). NK ( Notis Kebankrapan) hanya berkuatkuasa selama 3 bulan sebelum tempoh nya tamat. Kami dapati pihak lawyer bank telah memohon lanjutan 3 bulan tambahan dan telah di meterai oleh Mahkamah. 

(2) Biasa nya NK perlu di serah/sampai kediri. Jika ini tidak berjaya pihak lawyer bank akan memohon kepada mahkamah untuk penyampain ganti melalui iklan di surat khabar dan penampalan notis di papan notis mahkamah. Ini pun telah di lakukan dengan sempurna, tiada kelewatan dan kelemahan dan kecacatan.

(3) Pindaan baru terhadap Akta Kebankrapan pun baru berkuatkuasa pada 18 May 2017 sedangkan kes ke-2 kamu ini telah bermula lebih awal 2~ 3 bulan.

Selain itu berdasarkan afidavit yang telah  difailkan terdapat juga perkara yang boleh di tentang dengan lebih lanjut. Malang nya perkara itu sudah di kera terkeluar apabila kes sudah sampai ke tahap Kebankrapan. Itu lah sebab nya pihak lawyer bank akan banyak menekan bahawa Perintah Peghutang Kehakiman masih lagi berdiri dan tidak di tentang. Untuk di tentang pula sudah Banyak perkara kalau di jadi modal untuk di jadikan alasan n tentangan hanya akan menjadi ratahan mereka semata.

Namun begitu juga para forumer  masih meneliti nya... polisi nya tetap " lawan tetap lawan "

tapi kalau jual memang saya dah tiada rumah tuan.. 
Kadang kadang kita sebut kita ada harta hanya semata mata untuk menunjukan kita masih solven dan masih mampu menyelesaikan hutang. Tampa kita sebenarnya mahu menjual nya kemudian hari.

Walaubagaimanapun sekiranya kamu di takdir tewas di mahkamah, soalan yang terbaik kamu fikirkan adalah apakah perkara paling  teruk yang akan terjadi kepada kamu?

Perkara paling teruk yang akan berlaku kepada kamu adalah kamu di halang dari keluar negara.
Kamu masih boleh meneruskan pekerjaan kamu tetapi haru membayar kepada JIM lebih kurang 10% dari gaji selama 3 tahun sebelum kamu boleh memohon untuk di discaj dari status kebankrapan.

Saya harap dengan penjelasan ini akan dapat sedikit sebanyak menenangkan fikiran kamu. 
1 found this helpful
Helpful

answered on Aug 19, 2017 at 04:36

terima kasih kiki atas reply ini... saya faham apa yang kiki dan kawan2 yang lain maksudkan .. terima kasih atas bantuan yang tak ternilai ini.. saya dah upload masuk file hujahan balas pemiutang kehakiman yang ke 2 .. rujuk file 2016 item no.22 .. memang sah dia orang tidak dapat jawab mengenai mana datang jumlah wang RM1764.80 ni dalam hujahan balas yang kedua ini..  

*maaf sangat-sangat sebab reply agak lambat.. masa saya sangat terhad di saat getir ini..

Kadang kadang kita sebut kita ada harta hanya semata mata untuk menunjukan kita masih solven dan masih mampu menyelesaikan hutang. Tampa kita sebenarnya mahu menjual nya kemudian hari. 

Walaubagaimanapun sekiranya kamu di takdir tewas di mahkamah, soalan yang terbaik kamu fikirkan adalah apakah perkara paling  teruk yang akan terjadi kepada kamu? 

Perkara paling teruk yang akan berlaku kepada kamu adalah kamu di halang dari keluar negara. 
Kamu masih boleh meneruskan pekerjaan kamu tetapi haru membayar kepada JIM lebih kurang 10% dari gaji selama 3 tahun sebelum kamu boleh memohon untuk di discaj dari status kebankrapan. 

Saya harap dengan penjelasan ini akan dapat sedikit sebanyak menenangkan fikiran kamu.

jika ditakdirkan saya bankrap adakah JIM akan jual rumah kos rendah pemilikan bersama isteri saya ini ? saya harap mereka tidak menjualnya.. kerana ia satu2nya rumah yang saya dan isteri ada waktu ini :(

kiki terima kasih kerana memahami perasaan saya yang tengah kusut ini.. saya sangat tersentuh dengan penjelasan anda ini... ternyata anda seorang wanita kerana boleh memahami fikiran saya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 19, 2017 at 04:54
by   abuali08
Tuan puan , boleh tak saya pertikai amount lelongan RM4250.00 ? dan dari sini saya kaitkan kisah saya dari permulaan sehingga dia orang boleh lelong pada tahap terendah ini ? 
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 19, 2017 at 05:15
by   abuali08
edited Aug 19, 2017 at 05:22
by   abuali08
saya ada soalan lagi.. 

total hutang yang pihak bank tuntut adalah RM37534.94 untuk penghakiman tahun 2011 sedangkan bank ada minta saya bayar RM300/sebulan sehingga habis selepas kereta saya di lelong dan saya ada buat lagi bayaran lagi pada bank selepas sehingga tahun awal tahun 2016 tapi dalam jumlah yang tidak banyak sebulan adakala saya bayar RM100, kadang RM200  kadang RM50 jika tidak silap selepas notis kebankrapan keluar march 2016 dia orang terus sekat akaun saya jadi saya tidak dapat buat bayaran

jadi "bayaran" yang dia orang maksudkan dalam penghakiman 2011 ni tidak sah ? sebab saya ada buat lagi bayaran selepas itu..

adakah perkara ini dapat membantu saya ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 19, 2017 at 05:47
by   abuali08
tuan/puan,

jumlah yang bank islam tuntut semasa penghakiman tahun 2011

statement yang saya dapat dan masih simpan ..

adakah ini boleh membantu ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 19, 2017 at 12:29
by   jebat
boleh tak saya pertikai amount lelongan RM4250.00 ?

Bilakah tarikh kereta dilelong?
Mungkin boleh tetapi untuk mempertikaikan amaun lelongan, u perlu failkan writ saman baru terhadap Bank Islam.  Kamu yang saman Bank Islam pula.

Cara ini amat rumit, membabitkan kos yang tinggi dan tak semestinya boleh berjaya.
Sebaik-baiknya, u kena cari apa kesalahan atau ketidak-aturan yang berlaku di dalam proses lelongan sebelum failkan writ saman.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 19, 2017 at 12:32
by   jebat
jadi "bayaran" yang dia orang maksudkan dalam penghakiman 2011 ni tidak sah ? sebab saya ada buat lagi bayaran selepas itu..

Cuba terangkan dengan lebih teliti isu ini.
Paparkan cara pengiraan hutang kamu yang lebih tepat dari yang dipaparkan di dalam Notis Kebankrapan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 19, 2017 at 12:54
by   abuali08

Cuba terangkan dengan lebih teliti isu ini. 
Paparkan cara pengiraan hutang kamu yang lebih tepat dari yang dipaparkan di dalam Notis Kebankrapan.

Tuan sy akn dapat statement tentang pembayaran sy dari bank islam ini dan akan buat perbandingan.

Bagaimana dgn statement jumlah tuntutan bank islam yg saya paparkan di atas?
0 found this helpful
Helpful

« Previous   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next »  Last »

Your Answer

By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.