Advertisement

Menang Lawan Bank Islam Tapi..

993 Views  ⚫  Asked 6 Months Ago
asked on Aug 8, 2017 at 17:37
by   abuali08
kepada member lawyerment yang baik hati , 

Saya sangat-sangat memerlukan pertolongan dpd anda semua tentang kes yang sedang saya hadapi waktu ini yang sangat2 mengusutkan fikiran dan kehidupan saya ketika ini...

Begini , tahun sudah 2016 Bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan terhadap saya berkenaan pembelian sebuah kereta proton perdana pada tahun 2005 , setelah saya mengadakan perbincangan dengan pihak bank islam, pihak bank tidak menolak mentah-mentah cadangan saya walaupun pembelian kereta ini pada permulaan terdapat penipuan antara use car, puspakom dan pihak bank islam sendiri dan saya sendiri yang menjadi mangsa diakhirnya walaupun saya telah maklumkan kepada bank sendiri tentang masalah yang sedang saya hadapi ketika itu. Utk pengetahuan sebelum ini saya ada juga membaca forum ini dan melihat kes-kes yang kawan-kawan yang lain hadapi dan dapat juga sedikit ilmu dari forum ini t.kasih saya ucapkan...

Di sebabkan kekangan masa pada tahun sudah, saya telah pergi berjumpa seorang lawyer kenalan dari lawyer sebelah bapa saya memberitahu yang dia dapat menolong dalam kes saya ini dan dia mengatakan dia boleh menang dalam kes ini dan dapatkan balik keseluruhan pembayaran yang telah saya bayar untuk kereta ini... dia cakap saya kena bayar RM7000++ kos utk kes saya ini.. memang dalam kepala saya waktu tu mana nak cari duit sebanyak ini ?? utk permulaan lawyer ni minta RM1500 dari saya secara tergesa-gesa, pening juga dibuat pada saya sebab saya ni bekerja sendiri , duit yang ada di tangan hanyalah duit modal pusingan dan duit utk makan hari-hari memang tak cukup la ,mahu tidak mahu saya telah membuat pinjaman dari ibu saya ketika itu ( dah meninggal pada hujung tahun sudah :( ).

Setelah diberi pertolongan dari ibu saya, saya membuat pembayaran pada lawyer ni , beliau cakap saya tidak perlu hadir di mahkamah pada setiap kali perbicaraan, sebab dia yang akan handle kesemuanya .. setelah 4 bulan berlalu macam tu dia beritahu saya kes ni dah menang dan kebangkrapan pada saya telah diketepikan oleh mahkamah, bila saya tanya macam mana boleh menang dia cakap tak perlu tahu itu kerja dia , sebenarnya banyak perkara yang saya tanya dalam tempoh ni pada lawyer, dia macam marah2 pada saya, lansung dia taknak bagi tahu tentang perjalanan kes, cuma dia ada suruh saya dapatkan beberapa dokumen dari pihak JPJ( penat jugak saya ketika itu walaupun gagal utk dapatkan dokumen ni ) dan sain afidavit dan ke pesuruh jaya sumpah ketika itu , tapi apa boleh buat saya terpaksa akur dan ikut sahaja kehendakkanya..

Setelah menang kes.. dia minta baki bayaran , waktu ni lah yang paling saya rasa gerun dan benci pada lawyer ni sebab mana saya nak cari duit sebanyak tu dalam masa yang singkat jadi saya cuba berbincang dengan pihak lawyer mengenai baki bayaran, saya cadangkan bayaran secara ansuran dan beberapa cara lagi tapi ditolak oleh lawyer dalam keadaan yang sangat marah. Saya ada bertanya pada lawyer ni adakah pihak bank islam akan buat rayuan tentang perintah kebangkarapan ini .. dia cakap tidak mungkin. Sampai sekarang lawyer ni nak baki bayaran dalam bentuk total , tidak mahu ansuran .. terus terang saya cakap saya tidak mampu sangat2.....

Sangat malang untuk saya pada tahun ni, bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan sekali lagi terhadap saya... sedih sangat .. ayah saya sendiri telah cuba menghubungi  lawyer ni dan bagi tahu akan cuba buat bayaran sebelum ni dan minta tolong handle kes saya ini.. tetapi dengan nada sangat marah siap maki lagi ayah saya sampai hati lawyer ni..  ayah saya ada juga menghubungi kawannya yang jugak seorang lawyer memberitahu masalah ini , dia mengatakan kami kena berbincang balik dengan lawyer tu.. ayah saya juga ada pergi ke kaunter mahkamah bertanyakan tentang bagaimana kes sebelum ini boleh menang, dan kerani tu bagitahu sebab "dokumen tidak lengkap" jadi kes kebangkarapan saya tahun sudah telah ditutup....

Jadi persoalan saya ketika ini, kes terbaru saya ni bicara pada 23/8/2017 ini.. tinggal dalam 20 hari sahaja lagi, ada tak peluang untuk saya tangguh/lawan dengan kes saya ini bersendirian tanpa menggunakan lawyer ? jika ada jalan bagaimana ya ? tolong sangat ...

Ikhlas, 
abuali 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
108 Answers
« Previous   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next »  Last »

answered on Aug 16, 2017 at 13:23
by   jebat
sekali lagi saya ada hubungi pegawai bank terbabit waktu notis kebangkrapan keluar.

Kenapa u hanya lawan selepas menerima Notis Kebangkrapan?
Dalam kes seperti yang u ceritakan, u sepatutnya boleh menang dan beres semua jika u lawan pada peringkat menerima saman dalam tahun 2011.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 17:25
by   abuali08
Kenapa u hanya lawan selepas menerima Notis Kebangkrapan? 
Dalam kes seperti yang u ceritakan, u sepatutnya boleh menang dan beres semua jika u lawan pada peringkat menerima saman dalam tahun 2011.

tuan saya tidak tahu dan tiada pendedahan berkenaan undang2 ketika itu, lagi pun saya sering ditekankan oleh bank islam sendiri supaya terus membayar dan apa yang terjadi adalah kerana sudah ditakdirkan ...  maafkan saya tuan .. 

jadi sekarang , apa tindakan saya seterusnya tuan ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 18:45
by   jebat
apa tindakan saya seterusnya tuan?

Apa kamu nak buat sekarang?  Nak
a. lawan habis-habisan sampai ke Putrajaya atau
b. lawan untuk melengahkan masa atau
c. minta Avengers Malaysia beri amaran kepada Bank Islam atau
d. serah diri
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 19:38
by   abuali08
edited Aug 16, 2017 at 19:39
by   abuali08
Tuan jebat,

1. Saya pilih ikut urutan B,A,C, D.. Boleh?

2. Tuan bleh tak bukak kembali kes 2011 mahkamah sesyen tu then tangguh sementara kebankrapan ni?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 19:53
by   jebat
2. Tuan bleh tak bukak kembali kes 2011 mahkamah sesyen tu then tangguh sementara kebankrapan ni?

Mengikut Kaedah Mahkamah 2012, jika saman tahun 2011 tidak pernah diterima oleh kamu,
kamu boleh membuat permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar tersebut dalam masa 30 hari dari tarikh kamu berpengetahuan tentang saman atau penghakiman tersebut.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 20:03
by   abuali08
Memang saman tahun 2011 tu sy x pernah trima tuan... Yg  Saya tahu kewujudan saman tu pun last year waktu kes kebankrapan tahun 2016 di mahkamah tinggi.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 20:05
by   abuali08
Macam mana ya tuan? Ada cara tak? Sy benar2 buntu...
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 20:20
by   jebat
Saya tahu kewujudan saman tu pun last year waktu kes kebankrapan tahun 2016 di mahkamah tinggi.
Sudah melebihi 30 hari.  Kenapa peguam u tak buat permohonan pada masa itu?

Macam mana ya tuan? Ada cara tak? Sy benar2 buntu...
Kamu tak boleh tergesa-gesa, kena fikir strategi yang terbaik sebelum melawan.

Mungkin kena semak balik lebih dokumen-dokumen tahun 2016.
Sila download baki dokumen-dokumen tahun 2016.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 17, 2017 at 00:14
by   kiki
Mungkin kena semak balik lebih dokumen-dokumen tahun 2016. 
Sila download baki dokumen-dokumen tahun 2016.

Ya..

abuali08,
Kamu download Notis Kebankrapan 2016.
Mahu cari amaun RM1760 itu datang dari mana..?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 17, 2017 at 20:57
by   abuali08
edited Aug 17, 2017 at 20:58
by   abuali08
Kamu tak boleh tergesa-gesa, kena fikir strategi yang terbaik sebelum melawan. 

Mungkin kena semak balik lebih dokumen-dokumen tahun 2016. 
Sila download baki dokumen-dokumen tahun 2016.
tuan saya sedang semak... saya akan upload secepat yang mungkin

abuali08, 
Kamu download Notis Kebankrapan 2016. 
Mahu cari amaun RM1760 itu datang dari mana..?

saya sedang cari kiki, rasanya macam tak kelihatan amount tu .. kemungkinan besar bekas lawyer saya nampak benda ni dari mula2 kot tu yang di katakan boleh menang kes ni..

jebat, kiki dan kawan2 yang lain , 

boleh tak saya lawan kali gunakan afidavit di mana bank islam dan use car telah menipu saya dengan menjual kereta yang pernah kemalangan teruk dengan harga semasa pada tahun 2005? dan di sebabkan penipuan ini  saya tidak boleh menjual kereta ini pada harga semasa dan perlu menanggung risiko sehingga bankrap ?

dan dari sini bleh saya kaitkan pihak JPJ dan puspakom sebagai responden bagi menjawab kenyataan saya ?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.