Advertisement

Menang Lawan Bank Islam Tapi..

1156 Views  ⚫  Asked 9 Months Ago
asked on Aug 8, 2017 at 17:37
by   abuali08
kepada member lawyerment yang baik hati , 

Saya sangat-sangat memerlukan pertolongan dpd anda semua tentang kes yang sedang saya hadapi waktu ini yang sangat2 mengusutkan fikiran dan kehidupan saya ketika ini...

Begini , tahun sudah 2016 Bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan terhadap saya berkenaan pembelian sebuah kereta proton perdana pada tahun 2005 , setelah saya mengadakan perbincangan dengan pihak bank islam, pihak bank tidak menolak mentah-mentah cadangan saya walaupun pembelian kereta ini pada permulaan terdapat penipuan antara use car, puspakom dan pihak bank islam sendiri dan saya sendiri yang menjadi mangsa diakhirnya walaupun saya telah maklumkan kepada bank sendiri tentang masalah yang sedang saya hadapi ketika itu. Utk pengetahuan sebelum ini saya ada juga membaca forum ini dan melihat kes-kes yang kawan-kawan yang lain hadapi dan dapat juga sedikit ilmu dari forum ini t.kasih saya ucapkan...

Di sebabkan kekangan masa pada tahun sudah, saya telah pergi berjumpa seorang lawyer kenalan dari lawyer sebelah bapa saya memberitahu yang dia dapat menolong dalam kes saya ini dan dia mengatakan dia boleh menang dalam kes ini dan dapatkan balik keseluruhan pembayaran yang telah saya bayar untuk kereta ini... dia cakap saya kena bayar RM7000++ kos utk kes saya ini.. memang dalam kepala saya waktu tu mana nak cari duit sebanyak ini ?? utk permulaan lawyer ni minta RM1500 dari saya secara tergesa-gesa, pening juga dibuat pada saya sebab saya ni bekerja sendiri , duit yang ada di tangan hanyalah duit modal pusingan dan duit utk makan hari-hari memang tak cukup la ,mahu tidak mahu saya telah membuat pinjaman dari ibu saya ketika itu ( dah meninggal pada hujung tahun sudah :( ).

Setelah diberi pertolongan dari ibu saya, saya membuat pembayaran pada lawyer ni , beliau cakap saya tidak perlu hadir di mahkamah pada setiap kali perbicaraan, sebab dia yang akan handle kesemuanya .. setelah 4 bulan berlalu macam tu dia beritahu saya kes ni dah menang dan kebangkrapan pada saya telah diketepikan oleh mahkamah, bila saya tanya macam mana boleh menang dia cakap tak perlu tahu itu kerja dia , sebenarnya banyak perkara yang saya tanya dalam tempoh ni pada lawyer, dia macam marah2 pada saya, lansung dia taknak bagi tahu tentang perjalanan kes, cuma dia ada suruh saya dapatkan beberapa dokumen dari pihak JPJ( penat jugak saya ketika itu walaupun gagal utk dapatkan dokumen ni ) dan sain afidavit dan ke pesuruh jaya sumpah ketika itu , tapi apa boleh buat saya terpaksa akur dan ikut sahaja kehendakkanya..

Setelah menang kes.. dia minta baki bayaran , waktu ni lah yang paling saya rasa gerun dan benci pada lawyer ni sebab mana saya nak cari duit sebanyak tu dalam masa yang singkat jadi saya cuba berbincang dengan pihak lawyer mengenai baki bayaran, saya cadangkan bayaran secara ansuran dan beberapa cara lagi tapi ditolak oleh lawyer dalam keadaan yang sangat marah. Saya ada bertanya pada lawyer ni adakah pihak bank islam akan buat rayuan tentang perintah kebangkarapan ini .. dia cakap tidak mungkin. Sampai sekarang lawyer ni nak baki bayaran dalam bentuk total , tidak mahu ansuran .. terus terang saya cakap saya tidak mampu sangat2.....

Sangat malang untuk saya pada tahun ni, bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan sekali lagi terhadap saya... sedih sangat .. ayah saya sendiri telah cuba menghubungi  lawyer ni dan bagi tahu akan cuba buat bayaran sebelum ni dan minta tolong handle kes saya ini.. tetapi dengan nada sangat marah siap maki lagi ayah saya sampai hati lawyer ni..  ayah saya ada juga menghubungi kawannya yang jugak seorang lawyer memberitahu masalah ini , dia mengatakan kami kena berbincang balik dengan lawyer tu.. ayah saya juga ada pergi ke kaunter mahkamah bertanyakan tentang bagaimana kes sebelum ini boleh menang, dan kerani tu bagitahu sebab "dokumen tidak lengkap" jadi kes kebangkarapan saya tahun sudah telah ditutup....

Jadi persoalan saya ketika ini, kes terbaru saya ni bicara pada 23/8/2017 ini.. tinggal dalam 20 hari sahaja lagi, ada tak peluang untuk saya tangguh/lawan dengan kes saya ini bersendirian tanpa menggunakan lawyer ? jika ada jalan bagaimana ya ? tolong sangat ...

Ikhlas, 
abuali 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
108 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Aug 15, 2017 at 23:29
by   abuali08
Sila emailkan melalui email kunta_kinti.
Ok tuan sy dah email.. Tuan kunta_kinti sy please check ya.. T.kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 00:30
by   kiki
Berdasarkan penyataan kamu ( Penghutang Penghakiman) dalam Hujahan Bertulis dalam kes kamu yang menang (2016) dahulu, pihak bank telah menyerahkan kereta kepada kamu dengan janji akan mendapatkan kelulusan dari puspakom. 

1. Sudah kah pihak bank memenuhi perjanjian itu?
2. Adakah apa apa dalam simpanan kamu segala bukti bukti berkaitan perjanjian itu

Walaubagaimanapun..
Saya lebih condong kepada fakta kemenangan kamu dulu adalah kerana pihak bank telah memohon Notis Kebankrapan berdasarkan ada tuntutan tambahan (kos guaman) yang tidak termasuk dalam Perintah Penghakiman. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 00:39
by   jebat
surat tuntutan kos selewatnya saya akan pos khamis ini yer tuan
Jika surat dipos dan difax pada hari Khamis, maka tarikh surat juga mesti pada hari Khamis.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 00:57
by   vkpc
hi kiki,

Saya lebih condong kepada fakta kemenangan kamu dulu adalah kerana pihak bank telah memohon Notis Kebankrapan berdasarkan ada tuntutan tambahan (kos guaman) yang tidak termasuk dalam Perintah Penghakiman.

I saw in the JID, RM1,160 in costs was awarded.
Did the 2016 BN try to claim more than RM1,160?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 01:42
by   kiki
hi vkpc,

I saw in the JID, RM1,160 in costs was awarded. 
Did the 2016 BN try to claim more than RM1,160?


I saw that too..

Since that the total of RM37,534.94 was the point among the hujahan in the submissions..
I think the RM1,160 shouldn't be in the Perintah Penghutang Penghakiman in the first place.
That amount does not make up to his actual debt with the bank before the bank took action.
That RM1,160 is suppose to only a kos dalam tindak kausa.

Well...what do you think.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 02:00
by   vkpc
I think the RM1,160 shouldn't be in the Perintah Penghakiman in the first place.
It is quite common for the cost amount to be stated in the JID.  Nothing wrong here.

It's not clear what the complaint was about.
Normally if JD claims the BN amount is wrong, they should have stated the correct amount.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 03:39
by   abuali08
edited Aug 16, 2017 at 03:57
by   abuali08
kiki,

Berdasarkan penyataan kamu ( Penghutang Penghakiman) dalam Hujahan Bertulis dalam kes kamu yang menang (2016) dahulu, pihak bank telah menyerahkan kereta kepada kamu dengan janji akan mendapatkan kelulusan dari puspakom.  


1. Sudah kah pihak bank memenuhi perjanjian itu? 
Sebenarnya panjang kisah ini.. cuma lawyer terus shortcut/pusing situasi ini agar menjadi mudah utk kefahaman pkp mungkin ini cuma pandangan saya....

cerita mengenai kereta saya begini...
seingat saya , saya membeli kereta ini beserta faedah hampir RM85,000 ketika itu jenis proton perdana v6 melalui use car pada tahun 2005, waktu pembelian saya tidak ditunjukkan salinan geran kereta atau apa2 dokumen berkaitan kereta , setahu saya saya hanya melihat laporan puspakom sahaja ketika itu. menurut laporan puspakom memang kereta ni tersangat la ok dan tidak ada cacat celanya ( waktu tu undang2 utk check kereta tidak terlalu ketat seperti sekarang ni, kadang kereta potong pun boleh lepas.. unsur rasuah berleluasa ketika itu antara use car, puspakom dan staff bank terlibat ). saya pergi ke bank dan sain perjanjian jual beli melalui seorang pegawai bank yang saya masih kenal sehingga ke saat ini dan terus ambil kunci kereta waktu tu ...

Selepas setahun saya pakai kereta ini, barulah saya tahu saya telah ditipu oleh pihak use car sendiri di mana kereta ini memang pernah accident yang teruk dan dijual dengan harga yang tinggi, sebab saya ada terbaca satu surat lampiran dari jpj di kedai use car mengatakan kereta ini telah ditukar macam2 hampir kepada tahap potong tetapi masih terdapat kelulusan, saya ada adukan kepada pegawai terbabit mengenai keadaan kereta saya ketika itu tetapi fahamlah, kata merekasaya dah sign jadi pakai jerla kereta ni kata mereka, kereta tu pun macam2 rosak yang saya kena tanggung pada..waktu tu saya mana faham dengan undang2, bagaimana nak lakukan seperti ini atau lawan menggunakan mahkamah ... kalau saya tahu dari awal lagi saya dah lawan ..

kalau tak salah saya selepas 2 tahun saya guna kereta ini dan akibat tekanan perasaan dan tidak tahan dengan penipuan pembelian kereta ini, saya mengambil keputusan menyerahkan kereta ini kepada bank islam secara sukarela bukan tarik, jadi mereka melelong kereta saya ketika itu , lepas lelong memang dah dapat buyer waktu tu.. dah harga lelongan ketika itu dalam RM34,000 , harga pasaran ketika itu dalam RM48,000 .. nah semua nya terbongkar waktu itu.. pihak puspakom yang datang ke bengkel membuat pemeriksaan ketika itu mengatakan kereta saya adalah kereta potong jadi apa lagi buyer tu terus cancel... saya jadi lagi tak puas hati terus saya hubungi pihak puspakom ketika itu mohon penjelasan apa yang berlaku pada kereta saya sebenarnya, mereka menerangkan kereta saya bukan lah kereta potong tetapi kereta ini pernah accident teruk di bahagian belakang cuma staff yang buat pemeriksaan kereta saya di tempat lelong waktu tu tidak ada surat pengesahan dari JPj jadi merekta declare terus kereta potong .. jadi benarlah kereta yang saya beli ini sangat bermasalah..

saya terus inform pegawai bank berkenaan yang pihak bank islam dan use car telah mempermainkan saya , mereka telah menjual kereta yang accident teruk dengan harga yang sangat tinggi pada saya, pegawai bank tu sendiri yang cakap pada saya yang memang kereta saya ni ikut2 tiada nilai kalau lelong pun dalam 3 4 ribu sahaja baru orang bleh beli ... dia juga cakap dah nasib saya terima sahaja la... saya frust sangat , lalu saya ambil kereta saya tu bawa balik then pakai jugak utk beberapa tahun dan akhir ditarik oleh pihak bank dan dilelong dengan nilai rM4k sahaja (serupa besi buruk yang xdak nilai ... ) 

sekali lagi saya ada hubungi pegawai bank terbabit waktu notis kebangkrapan keluar, then dia cakap saya memang dah nasib saya jadi kena terima ... frust sangat ... begitulah kisahnya  

2. Adakah apa apa dalam simpanan kamu segala bukti bukti berkaitan perjanjian itu 
bukti ada dalam simpanan jpj.. di puspakom rekod tahun 2005 dia orang dah tak simpan sebab komputer dia orang dah upgrade data sebelum tahun 2008 jika tak salah saya semua dah hilang kata pegawai bertugas , cuma saya sendiri sahaja yang pergi dapatkan semua maklumat ini dah inform pada bank islam tapi macam saya cakaplah dia orang cakap dah nasib saya... hutang kena bayar

  
Saya lebih condong kepada fakta kemenangan kamu dulu adalah kerana pihak bank telah memohon Notis Kebankrapan berdasarkan ada tuntutan tambahan (kos guaman) yang tidak termasuk dalam Perintah Penghakiman. 
maaf saya tidak arif tentang ini... boleh jelaskan dengan lebih lanjut...

soalan saya , dari mana kita boleh tahu alasan penghakiman mengenai kes tahun 2016 saya ni... maksudnya kes saya menang ni sebenarnya sebab apa ya ?

p/s tuan jebat .. ok saya akan update lepas pos nanti..
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 03:52
by   abuali08
edited Aug 16, 2017 at 03:56
by   abuali08
kiki & vkpc ,

adakah kemenangan kes 2016 hari tu menang di sebab oleh amount RM1764.80 tu ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 04:16
by   kiki
maksudnya kes saya menang ni sebenarnya sebab apa ya ? 

Ya, kalau ada jawapan kepada soalan kamu di atas ini, ia boleh menjawab soalan awal kamu saperti yang di bawah ini. 

Jawapan nya boleh di dapati dari Alasan Penghakiman. Amat jarang pihak yang menang beria ia meminta alasan setelah memenangi kes.

3. tuan , boleh tak guna kemenangan kes yang lepas untuk mengenepi kan Petisyen Pemiutang dan membatalkan kebankrapan ini ? 
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 05:37
by   kiki
menang di sebab oleh amount RM1764.80 tu ?
amaun ini ada di hujah dalam Hujahan Bertulis Penghutang Penghakiman.. Dari mana kah datang nya angka ini ?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.