Advertisement

Menang Lawan Bank Islam Tapi..

1614 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Aug 8, 2017 at 17:37
by   abuali08
kepada member lawyerment yang baik hati , 

Saya sangat-sangat memerlukan pertolongan dpd anda semua tentang kes yang sedang saya hadapi waktu ini yang sangat2 mengusutkan fikiran dan kehidupan saya ketika ini...

Begini , tahun sudah 2016 Bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan terhadap saya berkenaan pembelian sebuah kereta proton perdana pada tahun 2005 , setelah saya mengadakan perbincangan dengan pihak bank islam, pihak bank tidak menolak mentah-mentah cadangan saya walaupun pembelian kereta ini pada permulaan terdapat penipuan antara use car, puspakom dan pihak bank islam sendiri dan saya sendiri yang menjadi mangsa diakhirnya walaupun saya telah maklumkan kepada bank sendiri tentang masalah yang sedang saya hadapi ketika itu. Utk pengetahuan sebelum ini saya ada juga membaca forum ini dan melihat kes-kes yang kawan-kawan yang lain hadapi dan dapat juga sedikit ilmu dari forum ini t.kasih saya ucapkan...

Di sebabkan kekangan masa pada tahun sudah, saya telah pergi berjumpa seorang lawyer kenalan dari lawyer sebelah bapa saya memberitahu yang dia dapat menolong dalam kes saya ini dan dia mengatakan dia boleh menang dalam kes ini dan dapatkan balik keseluruhan pembayaran yang telah saya bayar untuk kereta ini... dia cakap saya kena bayar RM7000++ kos utk kes saya ini.. memang dalam kepala saya waktu tu mana nak cari duit sebanyak ini ?? utk permulaan lawyer ni minta RM1500 dari saya secara tergesa-gesa, pening juga dibuat pada saya sebab saya ni bekerja sendiri , duit yang ada di tangan hanyalah duit modal pusingan dan duit utk makan hari-hari memang tak cukup la ,mahu tidak mahu saya telah membuat pinjaman dari ibu saya ketika itu ( dah meninggal pada hujung tahun sudah :( ).

Setelah diberi pertolongan dari ibu saya, saya membuat pembayaran pada lawyer ni , beliau cakap saya tidak perlu hadir di mahkamah pada setiap kali perbicaraan, sebab dia yang akan handle kesemuanya .. setelah 4 bulan berlalu macam tu dia beritahu saya kes ni dah menang dan kebangkrapan pada saya telah diketepikan oleh mahkamah, bila saya tanya macam mana boleh menang dia cakap tak perlu tahu itu kerja dia , sebenarnya banyak perkara yang saya tanya dalam tempoh ni pada lawyer, dia macam marah2 pada saya, lansung dia taknak bagi tahu tentang perjalanan kes, cuma dia ada suruh saya dapatkan beberapa dokumen dari pihak JPJ( penat jugak saya ketika itu walaupun gagal utk dapatkan dokumen ni ) dan sain afidavit dan ke pesuruh jaya sumpah ketika itu , tapi apa boleh buat saya terpaksa akur dan ikut sahaja kehendakkanya..

Setelah menang kes.. dia minta baki bayaran , waktu ni lah yang paling saya rasa gerun dan benci pada lawyer ni sebab mana saya nak cari duit sebanyak tu dalam masa yang singkat jadi saya cuba berbincang dengan pihak lawyer mengenai baki bayaran, saya cadangkan bayaran secara ansuran dan beberapa cara lagi tapi ditolak oleh lawyer dalam keadaan yang sangat marah. Saya ada bertanya pada lawyer ni adakah pihak bank islam akan buat rayuan tentang perintah kebangkarapan ini .. dia cakap tidak mungkin. Sampai sekarang lawyer ni nak baki bayaran dalam bentuk total , tidak mahu ansuran .. terus terang saya cakap saya tidak mampu sangat2.....

Sangat malang untuk saya pada tahun ni, bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan sekali lagi terhadap saya... sedih sangat .. ayah saya sendiri telah cuba menghubungi  lawyer ni dan bagi tahu akan cuba buat bayaran sebelum ni dan minta tolong handle kes saya ini.. tetapi dengan nada sangat marah siap maki lagi ayah saya sampai hati lawyer ni..  ayah saya ada juga menghubungi kawannya yang jugak seorang lawyer memberitahu masalah ini , dia mengatakan kami kena berbincang balik dengan lawyer tu.. ayah saya juga ada pergi ke kaunter mahkamah bertanyakan tentang bagaimana kes sebelum ini boleh menang, dan kerani tu bagitahu sebab "dokumen tidak lengkap" jadi kes kebangkarapan saya tahun sudah telah ditutup....

Jadi persoalan saya ketika ini, kes terbaru saya ni bicara pada 23/8/2017 ini.. tinggal dalam 20 hari sahaja lagi, ada tak peluang untuk saya tangguh/lawan dengan kes saya ini bersendirian tanpa menggunakan lawyer ? jika ada jalan bagaimana ya ? tolong sangat ...

Ikhlas, 
abuali 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
108 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Aug 14, 2017 at 12:39
by   abuali08
edited Aug 14, 2017 at 12:40
by   abuali08
tuan jebat , saya ambil format surat ini melalui thread tuan kunta_kinti ( sangat2 menghargainya )

[My address] 

[date] 

Tetuan xxxxxxx 
Peguamcara & Peguambela 
xxxxxxxxx 
(Melalui Surat Berdaftar) 

Nombor Faks : xxxxxxxxx (Melalui Faks) 

Tuan, 

PERINTAH BERMETERAI 
MAHKAMAH TINGGI xxxxx 
NO. GUAMAN : xxxxxxxxxx 

Merujuk kepada perkara di atas, saya lampirkan di sini sesalinan Perintah termeterai berdasarkan keputusan Mahkamah pada xxxxxx. 

Sila jelaskan amaun kos penghakiman sebanyak xxxxx (Ringgit xxxxx sahaja) dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat ini. 

Ambil perhatian bahawa dalam keingkaran tuan berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan, pihak saya akan meneruskan perlaksanaan Perintah tersebut tanpa sebarang rujukan lagi kepada pihak tuan. 

Sekian. Terima kasih. 

Yang benar, 

................................ 
xxxxx (no hp :01xxxxxx) 

cc. Legal Department 
     BANK xxxxx 
No Faks : xxxxx
tuan/puan semua saya ada beberapa soalan mengenai surat ini..

1. Apakah makna no. guaman ? adakah no. kes?
2. cc ke bank islam tu , hanya melalui fax ? 

3. perlu menggunakan surat berdaftar ? ( first time guna cara ini, boleh tunjuk ajar? )

4. perlu hantar surat ini ke pejabat guaman pemiutang ? jika saya hantar sekarang, tidakkah ini satu peluang untuk mereka sampaikan petisyen kebangkrapan terus kepada saya ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 14, 2017 at 15:02
by   jebat
1. Apakah makna no. guaman ? adakah no. kes?
Bukan, ini nombor fail yang ada di pejabat guaman bank, selalunya ditulis didalam suratan.
Kalau tak tahu nombor ini, abaikan sahaja.  ( keluarkan dari surat )

2. cc ke bank islam tu , hanya melalui fax ? 
Ya, fax sahaja.  Kol Bank Islam dan tanyakan nombor fax legal department, bukan nombor fax biasa.
cc  juga kepada Avengers Malaysia untuk mendapatkan bayaran lebih awal.

3. perlu menggunakan surat berdaftar ? ( first time guna cara ini, boleh tunjuk ajar? )
Masukkan surat dan Perintah ke dalam sampul surat dan bawa ke pejabat pos.
Tulis alamt adik u di belakang sampul surat.
Beritahu nak hantar surat berdaftar.   Bayar RM8.   Simpan resit dan sticker.

4. perlu hantar surat ini ke pejabat guaman pemiutang ? jika saya hantar sekarang, tidakkah ini satu peluang untuk mereka sampaikan petisyen kebangkrapan terus kepada saya ?
Guna alamat adik u di dalam surat, jangan guna alamat u sendiri.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 14, 2017 at 15:09
by   jebat
<Nama U>
[Alamat Adik] 

[date] 

Tetuan xxxxxxx 
Peguamcara & Peguambela 
xxxxxxxxx 
(Melalui Surat Berdaftar) 

Nombor Faks : xxxxxxxxx

Tuan, 

PERINTAH BERMETERAI 
MAHKAMAH TINGGI xxxxx
PERKARA KEBANKRAPAN NO : <NO KES LAMA>

Merujuk kepada perkara di atas, saya lampirkan di sini sesalinan Perintah termeterai berdasarkan keputusan Mahkamah pada DD/MM/YY. 

Sila jelaskan amaun kos penghakiman sebanyak xxxxx (Ringgit xxxxx sahaja) dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat ini. 

Ambil Perhatian bahawa dalam keingkaran tuan berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan, pihak saya akan meneruskan perlaksanaan Perintah tersebut tanpa sebarang rujukan lagi kepada pihak tuan.

Sekian. Terima kasih. 

Yang benar, 

................................ 
<Nama U>
(no hp :01xxxxxx) 

cc. Legal Department 
     BANK xxxxx 
No Faks : xxxxx

cc. Avengers Malaysia
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 15, 2017 at 03:35
by   abuali08
Tuan terima kasih atas reply.. maafkan saya ,pc buat hal dan kena settle kan kerja yang agak banyak ..

tuan saya attach surat yang seperti yang tuan kehendaki.. ok tak ?




0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 15, 2017 at 03:36
by   abuali08
p/s : saya letak jabatan pemulihan pengguna kerana mereka ini diberi kuasa utk mebankrapkan saya .. boleh ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 15, 2017 at 06:04
by   kunta_kinti
recovery department may not be same as legal department.
anyway, it looks ok i think.

selepas firma guaman terima surat, mereka akan bayar dengan cepat kerana takut nanti anda pergi mana mana cawangan bank islam "seal" pejabat mereka. 
anda akan dapat rm800 sebagai modal untuk membela kes yang sedang berlangsung (rm800 lebih daripada mencukupi)
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 15, 2017 at 11:44
by   jebat
p/s : saya letak jabatan pemulihan pengguna kerana mereka ini diberi kuasa utk mebankrapkan saya .. boleh ?

Hanya Jabatan Perundangan ( Legal Depatment ) boleh faham betapa seriusnya surat tuntutan kamu.
Kalau mereka tak faham, u tak boleh dapat bayaran.
Kalau mahu, fax kepada kedua-dua department.

Bank Islam tak akan hentikan proses membankrapkan kamu semata-mata kerana surat ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 15, 2017 at 21:34
by   Avengers
En. abuali08,

Apa WeChat ID kamu?

....................................
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 15, 2017 at 22:59
by   abuali08
Apa WeChat ID kamu? 

tuan avengers , ada email ? saya berikan melalui email tuan ..

tuan jebat.. hanya perkara 13 ker 16 yang belum saya lengkapkan, lain2 sudah complete tuan boleh semak  .. beri sedikit masa pada saya lagi tuan .. tuan apa yang perlu saya lakukan lagi sekarang ? ... surat tuntutan kos selewatnya saya akan pos khamis ini yer tuan ...
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 15, 2017 at 23:20
by   Avengers
ada email ? saya berikan melalui email tuan ..

Sila emailkan melalui email kunta_kinti.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.