Advertisement

Menang Lawan Bank Islam Tapi..

1383 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Aug 8, 2017 at 17:37
by   abuali08
kepada member lawyerment yang baik hati , 

Saya sangat-sangat memerlukan pertolongan dpd anda semua tentang kes yang sedang saya hadapi waktu ini yang sangat2 mengusutkan fikiran dan kehidupan saya ketika ini...

Begini , tahun sudah 2016 Bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan terhadap saya berkenaan pembelian sebuah kereta proton perdana pada tahun 2005 , setelah saya mengadakan perbincangan dengan pihak bank islam, pihak bank tidak menolak mentah-mentah cadangan saya walaupun pembelian kereta ini pada permulaan terdapat penipuan antara use car, puspakom dan pihak bank islam sendiri dan saya sendiri yang menjadi mangsa diakhirnya walaupun saya telah maklumkan kepada bank sendiri tentang masalah yang sedang saya hadapi ketika itu. Utk pengetahuan sebelum ini saya ada juga membaca forum ini dan melihat kes-kes yang kawan-kawan yang lain hadapi dan dapat juga sedikit ilmu dari forum ini t.kasih saya ucapkan...

Di sebabkan kekangan masa pada tahun sudah, saya telah pergi berjumpa seorang lawyer kenalan dari lawyer sebelah bapa saya memberitahu yang dia dapat menolong dalam kes saya ini dan dia mengatakan dia boleh menang dalam kes ini dan dapatkan balik keseluruhan pembayaran yang telah saya bayar untuk kereta ini... dia cakap saya kena bayar RM7000++ kos utk kes saya ini.. memang dalam kepala saya waktu tu mana nak cari duit sebanyak ini ?? utk permulaan lawyer ni minta RM1500 dari saya secara tergesa-gesa, pening juga dibuat pada saya sebab saya ni bekerja sendiri , duit yang ada di tangan hanyalah duit modal pusingan dan duit utk makan hari-hari memang tak cukup la ,mahu tidak mahu saya telah membuat pinjaman dari ibu saya ketika itu ( dah meninggal pada hujung tahun sudah :( ).

Setelah diberi pertolongan dari ibu saya, saya membuat pembayaran pada lawyer ni , beliau cakap saya tidak perlu hadir di mahkamah pada setiap kali perbicaraan, sebab dia yang akan handle kesemuanya .. setelah 4 bulan berlalu macam tu dia beritahu saya kes ni dah menang dan kebangkrapan pada saya telah diketepikan oleh mahkamah, bila saya tanya macam mana boleh menang dia cakap tak perlu tahu itu kerja dia , sebenarnya banyak perkara yang saya tanya dalam tempoh ni pada lawyer, dia macam marah2 pada saya, lansung dia taknak bagi tahu tentang perjalanan kes, cuma dia ada suruh saya dapatkan beberapa dokumen dari pihak JPJ( penat jugak saya ketika itu walaupun gagal utk dapatkan dokumen ni ) dan sain afidavit dan ke pesuruh jaya sumpah ketika itu , tapi apa boleh buat saya terpaksa akur dan ikut sahaja kehendakkanya..

Setelah menang kes.. dia minta baki bayaran , waktu ni lah yang paling saya rasa gerun dan benci pada lawyer ni sebab mana saya nak cari duit sebanyak tu dalam masa yang singkat jadi saya cuba berbincang dengan pihak lawyer mengenai baki bayaran, saya cadangkan bayaran secara ansuran dan beberapa cara lagi tapi ditolak oleh lawyer dalam keadaan yang sangat marah. Saya ada bertanya pada lawyer ni adakah pihak bank islam akan buat rayuan tentang perintah kebangkarapan ini .. dia cakap tidak mungkin. Sampai sekarang lawyer ni nak baki bayaran dalam bentuk total , tidak mahu ansuran .. terus terang saya cakap saya tidak mampu sangat2.....

Sangat malang untuk saya pada tahun ni, bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan sekali lagi terhadap saya... sedih sangat .. ayah saya sendiri telah cuba menghubungi  lawyer ni dan bagi tahu akan cuba buat bayaran sebelum ni dan minta tolong handle kes saya ini.. tetapi dengan nada sangat marah siap maki lagi ayah saya sampai hati lawyer ni..  ayah saya ada juga menghubungi kawannya yang jugak seorang lawyer memberitahu masalah ini , dia mengatakan kami kena berbincang balik dengan lawyer tu.. ayah saya juga ada pergi ke kaunter mahkamah bertanyakan tentang bagaimana kes sebelum ini boleh menang, dan kerani tu bagitahu sebab "dokumen tidak lengkap" jadi kes kebangkarapan saya tahun sudah telah ditutup....

Jadi persoalan saya ketika ini, kes terbaru saya ni bicara pada 23/8/2017 ini.. tinggal dalam 20 hari sahaja lagi, ada tak peluang untuk saya tangguh/lawan dengan kes saya ini bersendirian tanpa menggunakan lawyer ? jika ada jalan bagaimana ya ? tolong sangat ...

Ikhlas, 
abuali 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
108 Answers