Advertisement

Menang Lawan Bank Islam Tapi..

1164 Views  ⚫  Asked 9 Months Ago
asked on Aug 8, 2017 at 17:37
by   abuali08
kepada member lawyerment yang baik hati , 

Saya sangat-sangat memerlukan pertolongan dpd anda semua tentang kes yang sedang saya hadapi waktu ini yang sangat2 mengusutkan fikiran dan kehidupan saya ketika ini...

Begini , tahun sudah 2016 Bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan terhadap saya berkenaan pembelian sebuah kereta proton perdana pada tahun 2005 , setelah saya mengadakan perbincangan dengan pihak bank islam, pihak bank tidak menolak mentah-mentah cadangan saya walaupun pembelian kereta ini pada permulaan terdapat penipuan antara use car, puspakom dan pihak bank islam sendiri dan saya sendiri yang menjadi mangsa diakhirnya walaupun saya telah maklumkan kepada bank sendiri tentang masalah yang sedang saya hadapi ketika itu. Utk pengetahuan sebelum ini saya ada juga membaca forum ini dan melihat kes-kes yang kawan-kawan yang lain hadapi dan dapat juga sedikit ilmu dari forum ini t.kasih saya ucapkan...

Di sebabkan kekangan masa pada tahun sudah, saya telah pergi berjumpa seorang lawyer kenalan dari lawyer sebelah bapa saya memberitahu yang dia dapat menolong dalam kes saya ini dan dia mengatakan dia boleh menang dalam kes ini dan dapatkan balik keseluruhan pembayaran yang telah saya bayar untuk kereta ini... dia cakap saya kena bayar RM7000++ kos utk kes saya ini.. memang dalam kepala saya waktu tu mana nak cari duit sebanyak ini ?? utk permulaan lawyer ni minta RM1500 dari saya secara tergesa-gesa, pening juga dibuat pada saya sebab saya ni bekerja sendiri , duit yang ada di tangan hanyalah duit modal pusingan dan duit utk makan hari-hari memang tak cukup la ,mahu tidak mahu saya telah membuat pinjaman dari ibu saya ketika itu ( dah meninggal pada hujung tahun sudah :( ).

Setelah diberi pertolongan dari ibu saya, saya membuat pembayaran pada lawyer ni , beliau cakap saya tidak perlu hadir di mahkamah pada setiap kali perbicaraan, sebab dia yang akan handle kesemuanya .. setelah 4 bulan berlalu macam tu dia beritahu saya kes ni dah menang dan kebangkrapan pada saya telah diketepikan oleh mahkamah, bila saya tanya macam mana boleh menang dia cakap tak perlu tahu itu kerja dia , sebenarnya banyak perkara yang saya tanya dalam tempoh ni pada lawyer, dia macam marah2 pada saya, lansung dia taknak bagi tahu tentang perjalanan kes, cuma dia ada suruh saya dapatkan beberapa dokumen dari pihak JPJ( penat jugak saya ketika itu walaupun gagal utk dapatkan dokumen ni ) dan sain afidavit dan ke pesuruh jaya sumpah ketika itu , tapi apa boleh buat saya terpaksa akur dan ikut sahaja kehendakkanya..

Setelah menang kes.. dia minta baki bayaran , waktu ni lah yang paling saya rasa gerun dan benci pada lawyer ni sebab mana saya nak cari duit sebanyak tu dalam masa yang singkat jadi saya cuba berbincang dengan pihak lawyer mengenai baki bayaran, saya cadangkan bayaran secara ansuran dan beberapa cara lagi tapi ditolak oleh lawyer dalam keadaan yang sangat marah. Saya ada bertanya pada lawyer ni adakah pihak bank islam akan buat rayuan tentang perintah kebangkarapan ini .. dia cakap tidak mungkin. Sampai sekarang lawyer ni nak baki bayaran dalam bentuk total , tidak mahu ansuran .. terus terang saya cakap saya tidak mampu sangat2.....

Sangat malang untuk saya pada tahun ni, bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan sekali lagi terhadap saya... sedih sangat .. ayah saya sendiri telah cuba menghubungi  lawyer ni dan bagi tahu akan cuba buat bayaran sebelum ni dan minta tolong handle kes saya ini.. tetapi dengan nada sangat marah siap maki lagi ayah saya sampai hati lawyer ni..  ayah saya ada juga menghubungi kawannya yang jugak seorang lawyer memberitahu masalah ini , dia mengatakan kami kena berbincang balik dengan lawyer tu.. ayah saya juga ada pergi ke kaunter mahkamah bertanyakan tentang bagaimana kes sebelum ini boleh menang, dan kerani tu bagitahu sebab "dokumen tidak lengkap" jadi kes kebangkarapan saya tahun sudah telah ditutup....

Jadi persoalan saya ketika ini, kes terbaru saya ni bicara pada 23/8/2017 ini.. tinggal dalam 20 hari sahaja lagi, ada tak peluang untuk saya tangguh/lawan dengan kes saya ini bersendirian tanpa menggunakan lawyer ? jika ada jalan bagaimana ya ? tolong sangat ...

Ikhlas, 
abuali 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
108 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Aug 11, 2017 at 03:25
by   abuali08
edited Aug 11, 2017 at 04:39
by   abuali08
Ya Allah sabar sahaja hari ini.. kerja banyak sangat  .. time ni sahaja baru free, dah beli tiket online utk carian file.. namun file plak tak muncul setelah ikut arahan... :(

mungkin kena tunggu time office hour?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 11, 2017 at 17:20
by   abuali08
Berita baik.. saya dah dapat access utk kes yang saya menang tahun sudah .. file mana yang perlu utk saya lihat ? 

0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 11, 2017 at 18:17
by   abuali08
ini adalah paparan file utk kes terbaru saya tahun ni.. bicara adalah pada 23.08.2017 ini... adakah saya sudah terlambat kawan-kawan semua ? 

mohon bantuan .. apa yang perlu saya lakukan sekarang ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 11, 2017 at 18:24
by   kiki
Imej tidak jelas ..walaupun sudah di enlarged.
1 found this helpful
Helpful

answered on Aug 11, 2017 at 18:43
by   abuali08
edited Aug 11, 2017 at 18:49
by   abuali08
kiki boleh cek url di bawah ..

https://ibb.co/nszf1a
https://ibb.co/iYuDMa

bleh tak saya tangguhkan bicara 23/8/2017 ni ? kalau boleh, bagaimana caranya? jika boleh saya boleh rujuk file kes lama yang menang tu dari pelantikan lawyer dan submit afidavit ... jadi saat ini , masih releven kah utk saya lantik diri saya sendiri sebab perbicaraan dah dekat.. tolong sangat :(
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 11, 2017 at 19:05
by   jebat
Bagi kes yang lama, download Perintah yang terakhir.

Bagi kes yang baru, download semua dokumen yang belum ada di tangan u.
Kalau tak cukup duit, download dokumen yang paling latest dahulu sebelum yang lama.

bleh tak saya tangguhkan bicara 23/8/2017 ni ?
Sebab Petisyen Pemiutang baru sahaja difailkan pada 23 Julai 2017, dan belum disampaikan kepada u,
bicara/pendegaran tidak boleh dilakukan pada 23 Ogos 2017 ini.
Tak ada apa-apa yang perlu ditangguhkan buat masa ini,
tapi jangan lambat download semua dokumen berkaitan dan paparkan di sini untuk analisa.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 11, 2017 at 19:34
by   abuali08
Tuan jebat , 

Perintah terakhir utk kes yang menang tahun lepas 





Sebab Petisyen Pemiutang baru sahaja difailkan pada 23 Julai 2017, dan belum disampaikan kepada u, 
bicara/pendegaran tidak boleh dilakukan pada 23 Ogos 2017 ini. 

tuan semalam adik saya hubungi bagi tau ada orang dari pejabat lawyer nak sampaikan document? tapi sebab saya luar kawasan jadi orang tu tak dapat bagi ? yang petisyen tu ker tuan ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 11, 2017 at 20:46
by   jebat
Tahniah, u boleh tuntut RM800 dari Bank Islam.
Tulis satu surat kepada Bank Islam menuntut kos RM800 ini.
Ikut format surat Pitstop, kunta_kinti, aurora atau ayzek.
Jangan hantar dulu, poskan deraf surat disini untuk semakan.

tuan semalam adik saya hubungi bagi tau ada orang dari pejabat lawyer nak sampaikan document? tapi sebab saya luar kawasan jadi orang tu tak dapat bagi ? yang petisyen tu ker tuan ?

Betul, kemungkinan amat besar dokumen yang hendak disampaikan kepada u ini adalah Petisyen Pemiutang.  Jika datang lagi, suruh adik cakap u sudah pindah ke tempat lain, tak tahu mana.
1 found this helpful
Helpful

answered on Aug 11, 2017 at 23:18
by   abuali08
Tahniah, u boleh tuntut RM800 dari Bank Islam. 
Tulis satu surat kepada Bank Islam menuntut kos RM800 ini. 
Ikut format surat Pitstop, kunta_kinti, aurora atau ayzek. 
Jangan hantar dulu, poskan deraf surat disini untuk semakan.
 
Ok sy akan lakukan 

Betul, kemungkinan amat besar dokumen yang hendak disampaikan kepada u ini adalah Petisyen Pemiutang.  Jika datang lagi, suruh adik cakap u sudah pindah ke tempat lain, tak tahu mana.

Bleh tak tuan bg gambaran tindakan yg perlu sy lakukan seterusnya. Sgt risau..byk job yg sdg sy buat tergendala sb tlalu fikirkan hal ini..
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 11, 2017 at 23:42
by   kunta_kinti
abuali08,
sekiranya anda masih tak jelas, taktik anda sekarang ialah :
1) elak dari terima petisyen pemiutang secara penyampaian kediri.
2) paksa pihak bank mengambil jalan lebih panjang / lama dalam usaha bankrapkan anda.

jadi, kenapa risau sangat tentang tanggal 23.8? sekiranya anda hadir, dan lawyer mungkin serah petisyen pemiutang pada hari tersebut, maka taktik anda gagal. lantas, proses membankrapkan anda akan lebih lancar dan slot masa anda untuk bersedia membuat tentangan menjadi pendek.

saya percaya anda tidak ingin perkara sebegini berlaku, bukan?
1 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.