Advertisement

Menang Lawan Bank Islam Tapi..

995 Views  ⚫  Asked 6 Months Ago
asked on Aug 8, 2017 at 17:37
by   abuali08
kepada member lawyerment yang baik hati , 

Saya sangat-sangat memerlukan pertolongan dpd anda semua tentang kes yang sedang saya hadapi waktu ini yang sangat2 mengusutkan fikiran dan kehidupan saya ketika ini...

Begini , tahun sudah 2016 Bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan terhadap saya berkenaan pembelian sebuah kereta proton perdana pada tahun 2005 , setelah saya mengadakan perbincangan dengan pihak bank islam, pihak bank tidak menolak mentah-mentah cadangan saya walaupun pembelian kereta ini pada permulaan terdapat penipuan antara use car, puspakom dan pihak bank islam sendiri dan saya sendiri yang menjadi mangsa diakhirnya walaupun saya telah maklumkan kepada bank sendiri tentang masalah yang sedang saya hadapi ketika itu. Utk pengetahuan sebelum ini saya ada juga membaca forum ini dan melihat kes-kes yang kawan-kawan yang lain hadapi dan dapat juga sedikit ilmu dari forum ini t.kasih saya ucapkan...

Di sebabkan kekangan masa pada tahun sudah, saya telah pergi berjumpa seorang lawyer kenalan dari lawyer sebelah bapa saya memberitahu yang dia dapat menolong dalam kes saya ini dan dia mengatakan dia boleh menang dalam kes ini dan dapatkan balik keseluruhan pembayaran yang telah saya bayar untuk kereta ini... dia cakap saya kena bayar RM7000++ kos utk kes saya ini.. memang dalam kepala saya waktu tu mana nak cari duit sebanyak ini ?? utk permulaan lawyer ni minta RM1500 dari saya secara tergesa-gesa, pening juga dibuat pada saya sebab saya ni bekerja sendiri , duit yang ada di tangan hanyalah duit modal pusingan dan duit utk makan hari-hari memang tak cukup la ,mahu tidak mahu saya telah membuat pinjaman dari ibu saya ketika itu ( dah meninggal pada hujung tahun sudah :( ).

Setelah diberi pertolongan dari ibu saya, saya membuat pembayaran pada lawyer ni , beliau cakap saya tidak perlu hadir di mahkamah pada setiap kali perbicaraan, sebab dia yang akan handle kesemuanya .. setelah 4 bulan berlalu macam tu dia beritahu saya kes ni dah menang dan kebangkrapan pada saya telah diketepikan oleh mahkamah, bila saya tanya macam mana boleh menang dia cakap tak perlu tahu itu kerja dia , sebenarnya banyak perkara yang saya tanya dalam tempoh ni pada lawyer, dia macam marah2 pada saya, lansung dia taknak bagi tahu tentang perjalanan kes, cuma dia ada suruh saya dapatkan beberapa dokumen dari pihak JPJ( penat jugak saya ketika itu walaupun gagal utk dapatkan dokumen ni ) dan sain afidavit dan ke pesuruh jaya sumpah ketika itu , tapi apa boleh buat saya terpaksa akur dan ikut sahaja kehendakkanya..

Setelah menang kes.. dia minta baki bayaran , waktu ni lah yang paling saya rasa gerun dan benci pada lawyer ni sebab mana saya nak cari duit sebanyak tu dalam masa yang singkat jadi saya cuba berbincang dengan pihak lawyer mengenai baki bayaran, saya cadangkan bayaran secara ansuran dan beberapa cara lagi tapi ditolak oleh lawyer dalam keadaan yang sangat marah. Saya ada bertanya pada lawyer ni adakah pihak bank islam akan buat rayuan tentang perintah kebangkarapan ini .. dia cakap tidak mungkin. Sampai sekarang lawyer ni nak baki bayaran dalam bentuk total , tidak mahu ansuran .. terus terang saya cakap saya tidak mampu sangat2.....

Sangat malang untuk saya pada tahun ni, bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan sekali lagi terhadap saya... sedih sangat .. ayah saya sendiri telah cuba menghubungi  lawyer ni dan bagi tahu akan cuba buat bayaran sebelum ni dan minta tolong handle kes saya ini.. tetapi dengan nada sangat marah siap maki lagi ayah saya sampai hati lawyer ni..  ayah saya ada juga menghubungi kawannya yang jugak seorang lawyer memberitahu masalah ini , dia mengatakan kami kena berbincang balik dengan lawyer tu.. ayah saya juga ada pergi ke kaunter mahkamah bertanyakan tentang bagaimana kes sebelum ini boleh menang, dan kerani tu bagitahu sebab "dokumen tidak lengkap" jadi kes kebangkarapan saya tahun sudah telah ditutup....

Jadi persoalan saya ketika ini, kes terbaru saya ni bicara pada 23/8/2017 ini.. tinggal dalam 20 hari sahaja lagi, ada tak peluang untuk saya tangguh/lawan dengan kes saya ini bersendirian tanpa menggunakan lawyer ? jika ada jalan bagaimana ya ? tolong sangat ...

Ikhlas, 
abuali 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
108 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Aug 9, 2017 at 03:07
by   jebat
saya sudah baca tuan .. cuma saya nak tanya tuan  mengenai kos mahkamah utk kes yang saya menang sebelum ini , adakah ia boleh dituntut oleh lawyer sebelum ini ? atau saya yang perlu tuntut?

Jika lawyer tuntut kos dari Bank, bank pun akan bagi cek di atas nama u, bukan nama lawyer.

Jika award kos ada di dalam perintah Mahkamah, u boleh tuntut kos tersebut daripada Bank Islam ( walaupun u masih berhutang dengannya )

Kalau u baca thread-thread yang lampau, boleh dilihat
PitStop dapat RM 400 dari Affin Bank
Ayzek dapat RM 700 dari Affin Bank
Gladt dapat RM 1,500 dari RHB
Aurora dapat RM 800 dari Affin Bank
dan mereka semuanya dibayar oleh bank dengan cek.

Bila buat carian fail yang lama, cuba cari dokumen Perintah yang menang tu dan apakah amaun kos yang tertulis didalamnya.  Jika ada, fotostatkan dokumen perintah tersebut.
Jika tak dapat cari dokumen Perintah tersebut, ada kemungkinan peguam u belum buat perintah tersebut.  Kalau begitu, u boleh tanya kaunter staff apakah amaun kos yang ditulis oleh Penolong Kanan Pendaftar ataupun Hakim dan u boleh buat Perintah sendiri.
( mungkin kena fotostat dokumen Saman Dalam Kamar untuk dapatkan maklumat untuk membuat Perintah )

Lepas dapat Perintah bermeterai, u boleh tuntut kos tersebut daripada Bank Islam.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 9, 2017 at 03:27
by   jebat
kenapa tidak perlu hadir tuan?
Keputusan tak boleh dibuat sekarang kerana Petisyen Pemiutang belum diserahkan kepada u.
Jadi tak ada apa-apa yang akan berlaku pada hari tersebut.
Jika u hadir, peguam bank boleh serahkan Petisyen ke diri u.

apa beza sebutan kes dan perbicaraan ?
Sebutan akan mengambil masa 2-3 minit sahaja, tak ada pertengkaran antara pihak-pihak.
Perbicaraan akan mengambil masa lebih lama, dan ada pertengkaran berlaku.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 9, 2017 at 13:12
by   abuali08
Keputusan tak boleh dibuat sekarang kerana Petisyen Pemiutang belum diserahkan kepada u. 
Jadi tak ada apa-apa yang akan berlaku pada hari tersebut. 
Jika u hadir, peguam bank boleh serahkan Petisyen ke diri u. 

ok tuan ..

Sebutan akan mengambil masa 2-3 minit sahaja, tak ada pertengkaran antara pihak-pihak. 
Perbicaraan akan mengambil masa lebih lama, dan ada pertengkaran berlaku.

oo.. saya faham..

.. pagi ni saya akan ke mahkamah tinggi utk dapatkan semua file... saya akan update nanti bila dah selesai... tq tuan ..
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 9, 2017 at 17:10
by   abuali08
Tuan Jebat .. Sangat mendukacitakan .. saya dah ke kaunter Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tadi walaupun terdapat kekangan masa .. sampai2 kerani tu utk carian file kes tahun 2016 ke atas semua guna online... e-kehakiman ... 

sebentar tadi saya masuk ke e-kehakiman, utk perseorangan macam tak bleh sahaja nak daftar ? atau adakah peguam sahaja yang boleh daftar ? alahai .. :(
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 9, 2017 at 23:59
by   kiki
sebentar tadi saya masuk ke e-kehakiman, utk perseorangan macam tak bleh sahaja nak daftar ? atau adakah peguam sahaja yang boleh daftar ?

Ya, e-Filing Mahkamah ini memang tidak mesra orang awam. 

Apa cara sekalipun kamu mesti juga dapatkan dokumen itu kerana ia melibatkan kepentingan kamu.
Lebih lebih lagi bila kamu sampai ke tahap lebih tinggi dalam kes kamu sendiri nanti.

Kamu masuk  site efiling kehakiman  dan kemudian klik pada butang Publi Sevices atau Khidmat Awam dan di situ ada button online document extraction, kamu kena teroka nya.

Bagaimanapun ia memerlukan Extraction code.

Forum ini hanya tercatit pengalaman mendapatkan extraction code itu melalui dokumen yang mereka failkan di mahkamah. e Filing tidak begitu jelas bagaimana perlu mendapatkan extraction code sekiranya  kita ingin mencari fail yang bukan kita sendiri  failkan.

Kamu pergi semula ke Pejabat Pendaftaran Mahkamah dan minta mereka tunjuk ajar secara terus hingga dokumen dokumen itu sudah berada di tangan kamu. Kamu mempunyai hak untuk mendapatkan dokumen itu dan di bantu oleh kakitangan pejabat tersebut.

Lakukan segera..
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 10, 2017 at 02:10
by   kiki
To all who Self Represents in the Court of Law of Malaysia.
Start getting yourself familiar with the online court transactions.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 10, 2017 at 02:31
by   kiki
Portal e-Kehakiman. Self Represents take note of the Perkhidmatan awam.

Conducting File Search Online.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 10, 2017 at 02:53
by   kunta_kinti
trm kasih kiki.

abuali08,
kamu memasuki medan tempur pada saat ketika mahkamah-mahkamah menjalani peralihan manual filing kepada e-filing secara menyeluruh.

ikuti saranan kiki.  sy dan kamu belajar e-filing serentak. sehingga kelmarin, saya tutut ketandusan ilnu e-filing.
perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. ayuh.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 10, 2017 at 06:05
by   abuali08
Alhamdulillah .. .. tkasih banyak kiki, kunta_kinti dan kawan-kawan yang lain , saya dah bleh access  .. cuma kena bayar secara online... esok saya cuba dapatkan semua file berkaitan ..

next lepas dapat file apa yang perlu saya buat ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 10, 2017 at 12:19
by   jebat
next lepas dapat file apa yang perlu saya buat ?

Untuk kes kebangkrapan yang lama, cuba cari
a. Perintah yang menang ( jika ada )  ataupun
b. Saman Dalam Kamar ( yang difailkan oleh lawyer kamu )

Untuk kes kebangkrapan yang baru, cari
a. Petisyen Pemiutang ( jika ada )
b. Perintah Melanjutkan Notis Kebankrapan
c. Afidavit Penyampaian Ganti ( untuk Notis Kebankrapan )
d. Afidavit-afidavit lain yang u belum ada

dan poskan disini untuk semakan.
Kita semua sama-sama cari lubang dalam dokumen-dokumen tersebut.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.