Advertisement

Menang Lawan Bank Islam Tapi..

1629 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Aug 8, 2017 at 17:37
by   abuali08
kepada member lawyerment yang baik hati , 

Saya sangat-sangat memerlukan pertolongan dpd anda semua tentang kes yang sedang saya hadapi waktu ini yang sangat2 mengusutkan fikiran dan kehidupan saya ketika ini...

Begini , tahun sudah 2016 Bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan terhadap saya berkenaan pembelian sebuah kereta proton perdana pada tahun 2005 , setelah saya mengadakan perbincangan dengan pihak bank islam, pihak bank tidak menolak mentah-mentah cadangan saya walaupun pembelian kereta ini pada permulaan terdapat penipuan antara use car, puspakom dan pihak bank islam sendiri dan saya sendiri yang menjadi mangsa diakhirnya walaupun saya telah maklumkan kepada bank sendiri tentang masalah yang sedang saya hadapi ketika itu. Utk pengetahuan sebelum ini saya ada juga membaca forum ini dan melihat kes-kes yang kawan-kawan yang lain hadapi dan dapat juga sedikit ilmu dari forum ini t.kasih saya ucapkan...

Di sebabkan kekangan masa pada tahun sudah, saya telah pergi berjumpa seorang lawyer kenalan dari lawyer sebelah bapa saya memberitahu yang dia dapat menolong dalam kes saya ini dan dia mengatakan dia boleh menang dalam kes ini dan dapatkan balik keseluruhan pembayaran yang telah saya bayar untuk kereta ini... dia cakap saya kena bayar RM7000++ kos utk kes saya ini.. memang dalam kepala saya waktu tu mana nak cari duit sebanyak ini ?? utk permulaan lawyer ni minta RM1500 dari saya secara tergesa-gesa, pening juga dibuat pada saya sebab saya ni bekerja sendiri , duit yang ada di tangan hanyalah duit modal pusingan dan duit utk makan hari-hari memang tak cukup la ,mahu tidak mahu saya telah membuat pinjaman dari ibu saya ketika itu ( dah meninggal pada hujung tahun sudah :( ).

Setelah diberi pertolongan dari ibu saya, saya membuat pembayaran pada lawyer ni , beliau cakap saya tidak perlu hadir di mahkamah pada setiap kali perbicaraan, sebab dia yang akan handle kesemuanya .. setelah 4 bulan berlalu macam tu dia beritahu saya kes ni dah menang dan kebangkrapan pada saya telah diketepikan oleh mahkamah, bila saya tanya macam mana boleh menang dia cakap tak perlu tahu itu kerja dia , sebenarnya banyak perkara yang saya tanya dalam tempoh ni pada lawyer, dia macam marah2 pada saya, lansung dia taknak bagi tahu tentang perjalanan kes, cuma dia ada suruh saya dapatkan beberapa dokumen dari pihak JPJ( penat jugak saya ketika itu walaupun gagal utk dapatkan dokumen ni ) dan sain afidavit dan ke pesuruh jaya sumpah ketika itu , tapi apa boleh buat saya terpaksa akur dan ikut sahaja kehendakkanya..

Setelah menang kes.. dia minta baki bayaran , waktu ni lah yang paling saya rasa gerun dan benci pada lawyer ni sebab mana saya nak cari duit sebanyak tu dalam masa yang singkat jadi saya cuba berbincang dengan pihak lawyer mengenai baki bayaran, saya cadangkan bayaran secara ansuran dan beberapa cara lagi tapi ditolak oleh lawyer dalam keadaan yang sangat marah. Saya ada bertanya pada lawyer ni adakah pihak bank islam akan buat rayuan tentang perintah kebangkarapan ini .. dia cakap tidak mungkin. Sampai sekarang lawyer ni nak baki bayaran dalam bentuk total , tidak mahu ansuran .. terus terang saya cakap saya tidak mampu sangat2.....

Sangat malang untuk saya pada tahun ni, bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan sekali lagi terhadap saya... sedih sangat .. ayah saya sendiri telah cuba menghubungi  lawyer ni dan bagi tahu akan cuba buat bayaran sebelum ni dan minta tolong handle kes saya ini.. tetapi dengan nada sangat marah siap maki lagi ayah saya sampai hati lawyer ni..  ayah saya ada juga menghubungi kawannya yang jugak seorang lawyer memberitahu masalah ini , dia mengatakan kami kena berbincang balik dengan lawyer tu.. ayah saya juga ada pergi ke kaunter mahkamah bertanyakan tentang bagaimana kes sebelum ini boleh menang, dan kerani tu bagitahu sebab "dokumen tidak lengkap" jadi kes kebangkarapan saya tahun sudah telah ditutup....

Jadi persoalan saya ketika ini, kes terbaru saya ni bicara pada 23/8/2017 ini.. tinggal dalam 20 hari sahaja lagi, ada tak peluang untuk saya tangguh/lawan dengan kes saya ini bersendirian tanpa menggunakan lawyer ? jika ada jalan bagaimana ya ? tolong sangat ...

Ikhlas, 
abuali 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
108 Answers
« Previous   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next »  Last »

answered on Aug 19, 2017 at 21:25
by   kiki
total hutang yang pihak bank tuntut adalah RM37534.94 untuk penghakiman tahun 2011 
Tidak Benar. 
Jumlah yang di tuntut tercatit dalam Perintah Penghutang Penghakiman adalah RM53,278.74

sedangkan bank ada minta saya bayar RM300/sebulan sehingga habis selepas kereta saya di lelong dan saya ada buat lagi bayaran lagi pada bank selepas sehingga tahun awal tahun 2016 tapi dalam jumlah yang tidak banyak sebulan adakala saya bayar RM100, kadang RM200  kadang RM50 jika tidak silap selepas notis kebankrapan keluar march 2016 dia orang terus sekat akaun saya jadi saya tidak dapat buat bayaran 

Setelah mengambil kira pembayaran yang kamu lakukan saperti diatas mereka telah membuat tolakan dan membuat tuntutan baru.

RM37534.94 adalah tuntutan setakat 25. 01. 2017. yang sedang berjalan ketika ini. Jika mereka menunggu sehingga pertengahan bulan Mei 2017 pasti lah jumlah ini tidak boleh membankrapkan kamu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 20, 2017 at 18:52
by   abuali08
edited Aug 20, 2017 at 18:54
by   abuali08
Kiki, 

Memang RM53278.74 adalah jumlah yg tercatit dlm perintah penghutang penghakiman tetapi jumlah catitan bercanggah dgn statement bank yg sy dapat pd tahun 2011. Jd adakah point ini boleh membantu?

Seperkara lagi bank islam menyatakan jumlah bayaran yang telah saya bayar sehingga sebelum notis kebankrapan 2017 dikeluarkan tetapi lansung tidak sertakan bukti pembayaran yg telah saya bayar, kerana terdapat jumlah bayaran dalam bentuk sen pada jumlah tersebut sedangkan saya tidak pernah membuat bayaran dalam bentuk sen. Adakah perkara ini dapat membantu saya? Jika ya saya nak pergi ke bank islam untuk dapatkan statement terkini tentang pembayaran yang telah dilakukan oleh saya sebelum ini.

Mohon pencerahan
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 21, 2017 at 17:04
by   jebat
terdapat jumlah bayaran dalam bentuk sen pada jumlah tersebut sedangkan saya tidak pernah membuat bayaran dalam bentuk sen.

Adakah u selalu membuat bayaran dalam bentuk tunai melalui mesin CDM?  ( Cash Deposit Machine )
ataupun u pernah membuat bayaran dengan cek?

Jika u boleh membukti-kan dengan kukuh dan jelas bahawa amaun bayaran adalah salah kerana ada nilai sen, isu ini boleh digunakan untuk menentang Notis Kebankrapan.
Tapi u kena memohon kepada Mahkamah untuk melanjutkan masa untuk menentang Notis Kebankrapan kerana masa untuk menentang Notis tersebut telah tamat apabila Petisyen Pemiutang difailkan.
Mungkin boleh membuat permohonan 2 dalam 1.  ( 2 in 1 )
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 21, 2017 at 19:50
by   abuali08
Tuan jebat saya yakin dan pasti saya menggunakan cdm dan kalau ada pun menerusi kaunter sekali itupun tidak pernah bayar dalam bentuk sen.. Cuma slip pembayaran sebelum ini saya tidak simpan tuan..

Tuan bolehkah di saat ini saya menghubungi bank islam bertanyakan tentang ini? Dan dapatkan statement pembayaran yang telah saya lakukan?

Bagaimana tindakan saya seterusnya tuan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 21, 2017 at 21:54
by   jebat
Sudah hantar dan fax surat tuntutant?

Tuan bolehkah di saat ini saya menghubungi bank islam bertanyakan tentang ini? Dan dapatkan statement pembayaran yang telah saya lakukan?

Boleh cuba.  Sepatutnya boleh sebab u masih customer bank kan?

Bagaimana tindakan saya seterusnya tuan?
Jika sudah confirm nak tentang Notis Kebankrapan dengan isu amaun bayaran, u kena sediakan
dokumen

a.  Notis Bertindak Sendiri
b.  Saman Dalam Kamar
c.  Afidavit Sokongan

Paparkan dokumen-dokumen di sini untuk diteliti.

Bilakah tarikh pendengaran di Mahkamah yang seterusnya?
Check di laman e-kehakiman.

Jika Avengers Malaysia tolong u kali ini, u mesti janji akan menolong orang lain pula di masa hadapan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 22, 2017 at 21:10
by   abuali08
edited Aug 22, 2017 at 21:13
by   abuali08
Tuan Jebat, 

Sudah hantar dan fax surat tuntutan?

 




surat ni saya post semalam 21.08.2017 dan saya dah fax ke dua department bank islam pagi tadi

Boleh cuba.  Sepatutnya boleh sebab u masih customer bank kan? 
Tuan sangat mendukacitakan dan saya mohon maaf atas perkara ini, saya dah buat beberapa semakan dengan pihak bank sejak petang semalam dan hari ni serta buat pengesahan dengan bapa saya sendiri, ternyata jumlah sen itu memang wujud dan bayaran itu telah dibuat oleh bapa saya pada tahun 2011 setelah pegawai bank itu menghubungi ayah saya ketika itu memang tanpa pengetahuan saya ( untuk elakkan elemen risau pada saya )

Bilakah tarikh pendengaran di Mahkamah yang seterusnya? 
Check di laman e-kehakiman. 


sudah semak tuan .. belum lagi kelihatan , saya jangka esok mungkin baru tahu sebab 23.08 adalah tarikh perbicaraan saya jika diikutkan ..

Jika Avengers Malaysia tolong u kali ini, u mesti janji akan menolong orang lain pula di masa hadapan.

sudah pasti tuan , tapi masih adakah harapan lain tuan ? saya benar-benar buntu saat ini..macam dah tiada jalan lagi...
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 22, 2017 at 21:26
by   jebat
tapi masih adakah harapan lain tuan ? saya benar-benar buntu saat ini..macam dah tiada jalan lagi...

Jangan risau, masih ada masa dan peluang lagi untuk menentang Petisyen Pemiutang.
Cuba fikirkan dengan lebih mendalam.

Kadangkala, apabila bank mendapat tahu bahawa Avengers Malaysia terlibat, mereka mungkin akan menarik balik tuntutan atau prosiding.  Baca thread Ayzek, gladt dan Aurora.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 25, 2017 at 17:02
by   abuali08
Maaf sebab lambat reply sebab saya demam mungkin terlalu fikirkan perkara ini.... tuan saya dah dapat tarikh bicara petisyen pemiutang iaitu pada 4.10.2017 ini..

sekarang apa yang perlu saya lakukan ? harap sangat satu keajaiban boleh berlaku dalam kes saya ini atau sebaliknya :(
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 25, 2017 at 18:34
by   jebat
sekarang apa yang perlu saya lakukan ?

Pada hari Isnin 28 Ogos 2017 jika cek bernilai RM800 ringgit tidak sampai, u boleh buat permohonan baru untuk menyita cawangan Bank Islam yang terdekat.
Permohonan ini mesti bersertakan afidavit yang menyatakan bahawa bayaran RM 800 belum diterima.

Sediakan dokumen-dokumen berkaitan dan paparkan di thread baru dengan tajuk
Sita Bank Islam untuk semakan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 25, 2017 at 21:39
by   abuali08
Pada hari Isnin 28 Ogos 2017 jika cek bernilai RM800 ringgit tidak sampai, u boleh buat permohonan baru untuk menyita cawangan Bank Islam yang terdekat. 
Permohonan ini mesti bersertakan afidavit yang menyatakan bahawa bayaran RM 800 belum diterima. 

Sediakan dokumen-dokumen berkaitan dan paparkan di thread baru dengan tajuk 
Sita Bank Islam untuk semakan


baik tuan .. boleh saya tahu tak, jika bayaran ini tidak dilakukan , adakah ia boleh berkait dengan kes saya yang baru ini ? atau boleh buat penanguhan lagi ?

dokumen-dokumen ini yang tuan maksudkan ?
a.  Notis Bertindak Sendiri 
b.  Saman Dalam Kamar 
c.  Afidavit Sokongan 
0 found this helpful
Helpful


« Previous   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.