Advertisement

Menang Lawan Bank Islam Tapi..

1375 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Aug 8, 2017 at 17:37
by   abuali08
kepada member lawyerment yang baik hati , 

Saya sangat-sangat memerlukan pertolongan dpd anda semua tentang kes yang sedang saya hadapi waktu ini yang sangat2 mengusutkan fikiran dan kehidupan saya ketika ini...

Begini , tahun sudah 2016 Bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan terhadap saya berkenaan pembelian sebuah kereta proton perdana pada tahun 2005 , setelah saya mengadakan perbincangan dengan pihak bank islam, pihak bank tidak menolak mentah-mentah cadangan saya walaupun pembelian kereta ini pada permulaan terdapat penipuan antara use car, puspakom dan pihak bank islam sendiri dan saya sendiri yang menjadi mangsa diakhirnya walaupun saya telah maklumkan kepada bank sendiri tentang masalah yang sedang saya hadapi ketika itu. Utk pengetahuan sebelum ini saya ada juga membaca forum ini dan melihat kes-kes yang kawan-kawan yang lain hadapi dan dapat juga sedikit ilmu dari forum ini t.kasih saya ucapkan...

Di sebabkan kekangan masa pada tahun sudah, saya telah pergi berjumpa seorang lawyer kenalan dari lawyer sebelah bapa saya memberitahu yang dia dapat menolong dalam kes saya ini dan dia mengatakan dia boleh menang dalam kes ini dan dapatkan balik keseluruhan pembayaran yang telah saya bayar untuk kereta ini... dia cakap saya kena bayar RM7000++ kos utk kes saya ini.. memang dalam kepala saya waktu tu mana nak cari duit sebanyak ini ?? utk permulaan lawyer ni minta RM1500 dari saya secara tergesa-gesa, pening juga dibuat pada saya sebab saya ni bekerja sendiri , duit yang ada di tangan hanyalah duit modal pusingan dan duit utk makan hari-hari memang tak cukup la ,mahu tidak mahu saya telah membuat pinjaman dari ibu saya ketika itu ( dah meninggal pada hujung tahun sudah :( ).

Setelah diberi pertolongan dari ibu saya, saya membuat pembayaran pada lawyer ni , beliau cakap saya tidak perlu hadir di mahkamah pada setiap kali perbicaraan, sebab dia yang akan handle kesemuanya .. setelah 4 bulan berlalu macam tu dia beritahu saya kes ni dah menang dan kebangkrapan pada saya telah diketepikan oleh mahkamah, bila saya tanya macam mana boleh menang dia cakap tak perlu tahu itu kerja dia , sebenarnya banyak perkara yang saya tanya dalam tempoh ni pada lawyer, dia macam marah2 pada saya, lansung dia taknak bagi tahu tentang perjalanan kes, cuma dia ada suruh saya dapatkan beberapa dokumen dari pihak JPJ( penat jugak saya ketika itu walaupun gagal utk dapatkan dokumen ni ) dan sain afidavit dan ke pesuruh jaya sumpah ketika itu , tapi apa boleh buat saya terpaksa akur dan ikut sahaja kehendakkanya..

Setelah menang kes.. dia minta baki bayaran , waktu ni lah yang paling saya rasa gerun dan benci pada lawyer ni sebab mana saya nak cari duit sebanyak tu dalam masa yang singkat jadi saya cuba berbincang dengan pihak lawyer mengenai baki bayaran, saya cadangkan bayaran secara ansuran dan beberapa cara lagi tapi ditolak oleh lawyer dalam keadaan yang sangat marah. Saya ada bertanya pada lawyer ni adakah pihak bank islam akan buat rayuan tentang perintah kebangkarapan ini .. dia cakap tidak mungkin. Sampai sekarang lawyer ni nak baki bayaran dalam bentuk total , tidak mahu ansuran .. terus terang saya cakap saya tidak mampu sangat2.....

Sangat malang untuk saya pada tahun ni, bank islam telah mengfailkan perintah kebangkrapan sekali lagi terhadap saya... sedih sangat .. ayah saya sendiri telah cuba menghubungi  lawyer ni dan bagi tahu akan cuba buat bayaran sebelum ni dan minta tolong handle kes saya ini.. tetapi dengan nada sangat marah siap maki lagi ayah saya sampai hati lawyer ni..  ayah saya ada juga menghubungi kawannya yang jugak seorang lawyer memberitahu masalah ini , dia mengatakan kami kena berbincang balik dengan lawyer tu.. ayah saya juga ada pergi ke kaunter mahkamah bertanyakan tentang bagaimana kes sebelum ini boleh menang, dan kerani tu bagitahu sebab "dokumen tidak lengkap" jadi kes kebangkarapan saya tahun sudah telah ditutup....

Jadi persoalan saya ketika ini, kes terbaru saya ni bicara pada 23/8/2017 ini.. tinggal dalam 20 hari sahaja lagi, ada tak peluang untuk saya tangguh/lawan dengan kes saya ini bersendirian tanpa menggunakan lawyer ? jika ada jalan bagaimana ya ? tolong sangat ...

Ikhlas, 
abuali 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
108 Answers
 1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Aug 8, 2017 at 19:39
by   jebat
sebenarnya banyak perkara yang saya tanya dalam tempoh ni pada lawyer, dia macam marah2 pada saya, langsung dia taknak bagi tahu tentang perjalanan kes.
Apa nama peguam ini?

kes terbaru saya ni bicara pada 23/8/2017 ini.. tinggal dalam 20 hari sahaja lagi.
Poskan dokumen berkaitan disini untuk pencerahan.

ada tak peluang untuk saya tangguh/lawan dengan kes saya ini bersendirian tanpa menggunakan lawyer ?
Kenapa tak boleh?  90% kes di forum ini adalah dilawan tanpa peguam.
Baca kes kunta-kinti lawan Affin bank, sekarang bertempur di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.
2 found this helpful
Helpful

answered on Aug 8, 2017 at 20:10
by   abuali08
t.kasih tuan @jebat sebab sudi reply ...

Apa nama peguam ini? 
tuan buat masa ni saya rasa tak perlu utk dedahkan nama peguam ni..saya tahu saya susah skrg ni.. dia buat kerja kerana wang tu salah sebab dia jadi macam ni, cuma dia terlalu ego..

Poskan dokumen berkaitan disini untuk pencerahan






Kenapa tak boleh?  90% kes di forum ini adalah dilawan tanpa peguam. 
Baca kes kunta-kinti lawan Affin bank, sekarang bertempur di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Tuan bagaimana step seterusnya yang saya perlu buat ... saya sangat2 memerlukan pertolongan di saat-saat terakhir ini?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 8, 2017 at 20:23
by   jebat
Mana dokumen Notis Kebankrapan dan dokumen Petisyen Pemiutang?

Bilakah tarikh iklan dipaparkan dan Notis Kebankrapan ditampal di rumah u?
1 found this helpful
Helpful

answered on Aug 8, 2017 at 20:54
by   abuali08
Mana dokumen Notis Kebankrapan dan dokumen Petisyen Pemiutang? 







*saya attach di next post sebab limit 3 gambar sahaja..

Bilakah tarikh iklan dipaparkan dan Notis Kebankrapan ditampal di rumah u?

saya tak pasti tuan tentang ini sebab ini adalah kali kedua dia orang appeal kes saya ini, sebab kali pertama tahun 2016 kes ditutup ( lawyer cakap menang ) ... cek dengan kerani mahkamah cakap kes ni menang sebab "file tidak lengkap" .. surat semua ni saya terima melalui pos surat sebelum puasa hari tu ... 
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 8, 2017 at 20:58
by   abuali08
dokumen lain2 yang saya terima .. 

https://ibb.co/cbR4Pv

https://ibb.co/hHoqxF
https://ibb.co/h1bccF
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 8, 2017 at 21:00
by   abuali08
bagaimana utk saya dapatkan penangguhan sementara utk kes ini ? 

bagaimana saya ingin lihat perjalanan kes saya yang lepas, maksud saya yang lawyer handle kes saya sebelum ini ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 8, 2017 at 21:33
by   jebat
bagaimana utk saya dapatkan penangguhan sementara utk kes ini ? 
Jangan tandatangan menerima Petisyen Pemiutang.

bagaimana saya ingin lihat perjalanan kes saya yang lepas, maksud saya yang lawyer handle kes saya sebelum ini ?
Boleh buat Carian Fail di kaunter Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dengan menggunakan nombor kebankrapan yang lama.  Bayar fee RM 15.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 8, 2017 at 21:40
by   abuali08
tuan jebat,

Jangan tandatangan menerima Petisyen Pemiutang. 
saya tidak tandatangan sebarang dokumen sehingga saat ini ... tuan , 23/08/2017 ni adalah perbicaraan kes saya ni.. apa yang perlu saya buat lagi, selain hadirkan diri ke mahkamah ?

Boleh buat Carian Fail di kaunter Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dengan menggunakan nombor kebankrapan yang lama.  Bayar fee RM 15.
ok esok saya akan ke Mahkamah utk dapatkan fail ini... biasanya boleh dapatkan waktu tu juga?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 8, 2017 at 23:31
by   jebat
tuan , 23/08/2017 ni adalah perbicaraan kes saya ni..
apa yang perlu saya buat lagi, selain hadirkan diri ke mahkamah ?


Tidak ada perbicaraan akan berlaku pada 23/08/2017, hanya sebutan kes sahaja.
Tak perlu hadir.  Gunakan masa ini untuk membuat persiapan menentang Petisyen Pemiutang kelak.

esok saya akan ke Mahkamah utk dapatkan fail ini... biasanya boleh dapatkan waktu tu juga?
Boleh dapat.

Buat juga carian fail bagi nombor kebankrapan yang baru dan bayar RM 15 lagi.
Suruh kerani kaunter photostat-kan apa-apa dokumen yang ada di dalam fail yang u belum ada.
Sebagai contoh, Notis Kebankrapan u sudah ada, tak perlu fotostat.
Tandakan dengan pensel setiap mukasurat yang u nak fotostatkan.
Setiap mukasurat yang di fotostat kena bayar tambahan RM1.

Sudah baca thread kunta-kinti?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 9, 2017 at 02:41
by   abuali08
Tidak ada perbicaraan akan berlaku pada 23/08/2017, hanya sebutan kes sahaja. 
Tak perlu hadir.  Gunakan masa ini untuk membuat persiapan menentang Petisyen Pemiutang kelak. 

kenapa tidak perlu hadir tuan ? apa beza sebutan kes dan  penghakiman ? adakah file perbicaraan lama saya bakal membantu saya tuan ? dan bagaimana pula dengan Afidavit sokongan? maaf saya tidak jelas dengan perkara ini.


Buat juga carian fail bagi nombor kebankrapan yang baru dan bayar RM 15 lagi. 
Suruh kerani kaunter photostat-kan apa-apa dokumen yang ada di dalam fail yang u belum ada. 
Sebagai contoh, Notis Kebankrapan u sudah ada, tak perlu fotostat. 
Tandakan dengan pensel setiap mukasurat yang u nak fotostatkan. 
Setiap mukasurat yang di fotostat kena bayar tambahan RM1. 


ok saya akan dapatkan semua ini esok

Sudah baca thread kunta-kinti?

saya sudah baca tuan .. cuma saya nak tanya tuan  mengenai kos mahkamah utk kes yang saya menang sebelum ini , adakah ia boleh dituntut oleh lawyer sebelum ini ? atau saya yang perlu tuntut? sebab pernah juga saya tanya kepada lawyer saya sebelum ini, tapi macam biasa dia xnak bagi kerjasama .. 
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.