Advertisement

Cara Pelepasan Kebankrapan

13359 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Aug 3, 2017 at 17:12
by  
edited on Jul 6, 2018 at 06:22
 
Suami saya telah dibankrapkan pada 2012 kerana gagal membayar bayaran rumah. Baki hutang rumah lebih kurang RM25,000.00, jumlah hutang termasuk segala kos ialah RM34,000.00 pada tarikh penghakiman kebankrapan. Pada 2013, kami telah membuka fail/melapor diri ke Jabatan Insolvensi untuk tujuan pengiraan jumlah bulanan bayaran untuk penyelesaian kebankrapan.

Pada hujung tahun 2013, rumah berkenaan telah dilelong. Pada 2014, kami ke bank berkenaan bertanyakan jumlah hasil jualan lelong rumah tersebut dan dimaklumkan adalah sebanyak RM54,000.00 @ RM64,000.00 (pegawai tersebut menunjuk pada skrin komputer, tetapi cepat-cepat menutupnya apabila kami meminta penyata pembayaran tersebut). Kami bertanyakan pada bank pemiutang, berkenaan lebihan daripada hutang yang mungkin kami perolehi daripada penglelongan rumah tersebut. Malangnya, kami diarahkan berurusan dengan Jabatan Insolvensi berkenaan hal tersebut.

Disebabkan kami telah berpindah ke ibu kota, (rumah yang dilelong di Perak) dan kekangan waktu dan kewangan menyukarkan bayaran bulanan dan perjumpaan dengan pegawai Insolvensi, pada 2015, kami telah ke Jabatan Insolvensi untuk menutup akaun kerana BERANGGAPAN bayaran telah dilangsaikan oleh bank. Suami telah mengisi borang (tak pasti borang apa) dan dijanjikan untuk dihubungi bagi menandatangani surat pelepasan kebangkrapan daripada Bank Negara. (Saya tidak dapat menemani suami berurusan di kaunter kerana ketiadaan parkir dan 3 orang anak kecil tidur dalam kereta).

Pada pertengahan Januari 2017, kami menerima surat beralamat di rumah terbaru daripada Jabatan Insolvensi (saya agak jabatan insolvensi menemui alamat terkini suami melalui JPN kerana suami memperbaharui IC), arahan daripada mahkamah untuk hadir ke jabatan berkenaan dan sekiranya gagal, "pihak kami boleh memenjarakan tuan" (tanpa sebarang pernyataan peruntukan akta).

Pada 27/1/17, kami bergegas ke jabatan berkenaan, dan diminta mengisi borang maklumat hutang dan membuat surat sumpah. (Saya rasa dah dibuat pada 2015). Apabila saya mengatakan bahawa kami telah buat surat sumpah sebelum ini, pegawai berkenaan kata, tiada dalam rekod. Menurut maklumat di dalam fail di jabatan berkenaan, suami saya masih lagi berhutang RM34,000.00.

Saya memaklumkan pada pegawai berkenaan,bahawa rumah tersebut telah dijual/dilelong dengan harga RM64,000.00 @ RM54,000.00 dan sepatutnya suami telah dilepaskan daripada status bankrap, tetapi beliau menyatakan TIDAK MENERIMA apa-apa penyata daripada bank dan akan menulis surat kepada bank dan akan memberi maklumbalas dalam masa 21 hari.

Kami kemudian bergegas ke bank berkenaan,dan dimaklumkan akaun rumah suami telah di reid (betul ke ejaan ni) dan baki hutang masih lagi RM6,000.00 dan seolah-olah mengugut kami mengatakan suami masih belum dilepaskan status bankrap kerana masih lagi berhutang RM6,000.00. Tetapi apabila kami meminta penyata, bank enggan memberi kerjasama. Kami juga mempersoalkan kenapa pihak bank gagal memaklumkan kepada Jabatan Insolvensi berkenaan penjualan rumah tersebut secara lelongan. Pihak bank tetap juga gagal memberi alasan dan sebab kenapa dokumen akaun rumah tersebut telah disimpan dalam bilik dokumen (stor) sedangkan kes masih belum selesai.

Apabila saya mempertikaikan mengenai baki hutang RM6,000.00,pegawai berkenaan menyatakan,jumlah tersebut adalah dikira setelah hasil jualan rumah itu tidak mampu menampung baki hutang asal RM 25,000.00 + kos guaman RM 9,000.00+ kos2 lain seperti penilaian rumah dan kos penghakiman.

Soalan saya,

1) bukankah sekiranya seseorang itu diisytihar bankrap, tiada apa caj/ tambahan hutang-hutang lain boleh dikenakan kepada individu tersebut?

2) Adakah jabatan insolvensi dibenarkan menggunakan pernyataan "memenjarakan tuan" tanpa sebarang pernyataan peruntukan akta?

3) Adakah pihak bank dibenarkan menafikan hak suami saya untuk mendapatkan penyata pembayaran rumah tersebut?

4) Pada pendapat tuan/puan,apa yang perlu kami lakukan kerana dari apa yang berlaku, pihak bank seolah-olah cuma menyembunyikan sesuatu,dan kegagalan pihak insolvensi mendapatkan maklumat terkini/gagal mengemaskini maklumat sebelum menghantar surat berbaur ugutan?

5) Apa tindakan yang boleh saya dan suami lakukan untuk mempermudahkan urusan pelepasan kebangkrapan ini?

Kami amat berharap,agar tuan/puan dapat membantu memberi nasihat/pendapat berkenaan perkara ini.

Jasa baik dan perhatian tuan,saya ucapkan jutaan terima kasih dan doa agar tuan/puan dipermudahkan segala urusan.

Sekian. Terima Kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
12 Answers
 1   2   Next »  Last »

answered on Aug 3, 2017 at 17:38
by  
edited Jul 6, 2018 at 06:27
 
1) Bukankah sekiranya seseorang itu diisytihar bankrap, tiada apa caj/ tambahan hutang-hutang lain boleh dikenakan kepada individu tersebut?
Tidak. Menurut undang-undang, hanya faedah hutang sahaja dihentikan, caj-caj yang lain masih berjalan seperti biasa.

2) Adakah Jabatan Insolvensi dibenarkan menggunakan pernyataan "memenjarakan tuan" tanpa sebarang pernyataan peruntukan akta?
Tidak salah jika beliau tidak menyatakan peruntukan akta, sebab si bankrap patut tahu undang-undang.  Sebagai contoh, jika hypermarket menampalkan notis di papan tanda bahawa pencuri akan dipenjarakan tanpa menyebut akta yang berkaitan, adalah notis itu satu kesalahan?

3) Adakah pihak bank dibenarkan menafikan hak suami saya untuk mendapatkan penyata pembayaran rumah tersebut?
Bank sepatutnya beri penyata, tetapi janganlah risau sangat.
Suami you boleh berkerjasama dengan pihak insolvensi untuk mendapatkan penyata dari bank.

4) Pada pendapat tuan/puan,apa yang perlu kami lakukan kerana dari apa yang berlaku,pihak bank seolah-olah cuma menyembunyikan sesuatu, dan kegagalan pihak Insolvensi mendapatkan maklumat terkini/gagal mengemaskini maklumat sebelum menghantar surat berbaur ugutan?
Tiada ugutan sebab insolvensi hanya memberitahu penalti undang-undang yang sah.
Kalau suami you sentiasa berhubung dengan insolvensi mengenai status lelongan rumah, tak adalah isu "gagal mengemaskini" ataupun isu "menyembunyi".
Suami you yang salah sebab tidak menghubungi insolvensi setiap bulan.

5) Apa tindakan yang boleh saya dan suami lakukan untuk mempermudahkan urusan pelepasan kebangkrapan ini?
Jika baki lelongan rumah cukup untuk menyelesaikan semua hutang, suami you bolehlah mendapatkan surat pelepasan dari insolvensi dan seterusnya membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk discaj dari bankrapsi.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 3, 2017 at 18:10
by  
edited Jul 6, 2018 at 06:32
 
Terima kasih Tuan Jebat.

Untuk makluman pihak tuan, pada 27 Januari 2017 saya dan suami telah ke Jabatan Insolvensi seperti yang diarahkan dan diminta menisytiharkan hutang & dapatkan surat sumpah daripada pesuruhjaya sumpah. Kami telah memaklumkan kami telah berbuat demikian semasa melapor diri kali pertama dengan Jabatan Insovensi. Kami juga telah memaklumkan Jabatan Insolvensi bahawa rumah tersebut telah dibeli sewaktu lelongan. Namun begitu, maklumat yang kami terima menyatakan dalam fail mereka, tiada rekod penerimaan dokumen tersebut.

Sejak Februari 2017, saya sendiri akan menelefon pegawai yang incharge tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan hal ini. Namun, saya dimaklumkan surat telah dikeluarkan kepada bank untuk mendapatkan penyata oleh jabatan Insolvensi dan diminta menunggu maklumbalas bank selepas 21 hari. Namun, hari ini (setelah lebih 6 bulan) jawapannya masih sama, MASIH MENUNGGU MAKLUMBALAS DARIPADA BANK.

Apa kaedah lain yang boleh saya laksanakan untuk permudahkan urusan?

Terima kasih.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 23, 2018 at 02:09
by  
edited Jul 6, 2018 at 06:24
 
Says ada soalan apa kah akan berlaku sekiranya bankruptcy gagal membuat bayaran kepada Jabatan Insolvensi?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 23, 2018 at 10:34
by  
edited Jul 6, 2018 at 06:23
 
Saya ada soalan apa kah akan berlaku sekiranya bankruptcy gagal membuat bayaran kepada Jabatan Insolvensi?

Kekal sebagai seorang bankrap. Sukar untuk discaj.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 9, 2018 at 12:48
by  
edited Feb 25, 2019 at 05:20
 
Adakah seseorang yang telah bankrap dan ingin melangsaikan hutang secara lump sum boleh minta pengurangan bayaran balik kepada pihak bank?

Bolehkan seseorang yang telah diberi pelepasan muflis membuat pinjaman kepada pihak bank untuk membeli rumah?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 2, 2018 at 21:38
by  
edited Sep 4, 2018 at 02:39
 
Suami saya telah membeli kereta daripada owner yang muflis, sebelum ini bayaran cantik. Sekarang dah tak boleh bayar bank dah bekukan akaun. Apa yang boleh buat?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 2, 2018 at 22:46
by  
edited Sep 4, 2018 at 02:39
 
Apa yang boleh buat?

Simpan kereta baik-baik di tempat yang selamat.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 25, 2019 at 23:46
by  
edited Feb 25, 2019 at 05:23
 
Saya dapat panggilan dari pihak lawyer mengatakan saya akan dibankrapkan. Tetapi pihak lawyer nak sita barang-barang yang ada di rumah ibu bapa saya? Adakah patut berbuat begitu? 
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 26, 2019 at 15:38
by  
edited Feb 25, 2019 at 05:28
 
Saya dapat panggilan dari pihak lawyer mengatakan saya akan dibankrapkan. Tetapi pihak lawyer nak sita barang-barang yang ada dirumah ibu bapa saya? Adakah patut berbuat begitu?
Tidak patut. Itu bukan lawyer.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 27, 2019 at 17:34
by  
edited Feb 25, 2019 at 05:33
 
PERHATIAN.

1. Thread yang di buka oleh @adeeya85 pada 3 Ogos 2017 ini kecil dan mempunyai hanya 9 respons jawapan sahaja.

2. Tetapi ia telah di kunjungi sebanyak 4000 kali..!! sejak di buka.

3. Ini kerana ia membawa satu tajuk yang sungguh kuat. Cara Pelepasan Kebankrapan.

4. Ia juga membawa petunjuk bahawa ramai yang menghadapi masaalah yang berkaitan dengan nya.

5. Kemungkinan ramai yang terjumpa forum ini melalui tajuk yang di bawa oleh thread ini.

6. Kepada mereka yang sudah bankrap atau di ambang kebankrapan saya berikan link link berikut:

(i)   Soal Jawab kebankrapan atau sudah di bankrapkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia di sini.

(ii)  Semak kes anda di mahkamah (Semenanjung Malaysia) e-filing di sini.

(iii) Untuk melawan dan rujukan atau panduan di sini.

7. Jika ada soalan yang ingin di beri perhatian sila register dan buka thread sendiri. 

8. Jangan gunakan ejaan pendek apabila mengemukakan soalan.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   Next »  Last »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.