Advertisement

Cara Pelepasan Kebangkrapan

720 Views  ⚫  Asked 9 Months Ago
asked on Aug 3, 2017 at 17:12
by   adeeya85
Salam tuan/puan,

Maafkan saya kerana ada persoalan yang hendak diajukan dan menganggu tuan.

Suami saya telah dibangkrapkan pada 2012 kerana gagal membayar bayaran rumah. Baki hutang rumah lebih kurang RM25,000.00, jumlah hutang termasuk segala kos ialah RM34,000.00 pada tarikh penghakiman kebangkrapan. Pada 2013,kami telah membuka fail/melapor diri ke Jabatan insolvensi untuk tujuan pengiraan jumlah bulanan bayaran untuk penyelesaian kebangkrapan.

Pada hujung tahun 2013, rumah berkenaan telah dilelong. Pada 2014, kami ke bank berkenaan bertanyakan jumlah hasil jualan lelong rumah tersebut dan dimaklumkan adalah sebanyak RM54,000.00 @ RM64,000.00(pegawai tersebut menunjuk pada skrin komputer,tetapi cepat2 menutupnya apabila kami meminta penyata pembayaran tersebut).Kami bertanyakan pada bank pemiutang, berkenaan lebihan daripada hutang yang mungkin kami perolehi daripada penglelongan rumah tersebut.Malangnya,kami diarahkan berurusan dengan jabatan insolvensi berkenaan hal tersebut.

Disebabkan kami telah berpindah ke ibu kota,(rumah yang dilelong di Perak) dan kekangan waktu dan kewangan menyukarkan bayaran bulanan dan perjumpaan dengan pegawai insolvensi,pada 2015,kami telah ke jabatan insolvensi untuk menutup akaun kerana BERANGGAPAN bayaran telah dilangsaikan oleh bank. Suami telah mengisi borang ( tak pasti borang apa) dan dijanjikan untuk dihubungi bagi menandatangani surat pelepasan kebangkrapan drp bank negara.(saya tidak dapat menemani suami berurusan di kaunter kerana ketiadaan parkir dan 3 orang anak kecil tidur dalam kereta).

Pada pertengahan Januari 2017,kami menerima surat beralamat di rumah terbaru daripada jabatan insolvensi (saya agak jabatan insolvensi menemui alamat terkini suami melalui JPN kerana suami memperbaharui IC),arahan daripada mahkamah untuk hadir ke jabatan berkenaan dan sekiranya gagal, "pihak kami boleh memenjarakan tuan" (tanpa sebarang pernyataan peruntukan akta).

Pada 27/1/17,kami bergegas ke jabatan berkenaan,dan diminta mengisi borang maklumat hutang dan membuat surat sumpah.(saya rasa dah dibuat pada 2015).Apabila saya mengatakan bahawa kami telah buat surat sumpah sebelum ini,pegawai berkenaan kata,tiada dalam rekod. Menurut maklumat di dalam fail di jabatan berkenaan,suami saya masih lagi berhutang RM34,000.00.

Saya memaklumkan pada pegawai berkenaan,bahawa rumah tersebut telah dijual/dilelong dengan harga RM64,000.00 @ RM54,000.00 dan sepatutnya suami telah dilepaskan daripada status bangkrap,tetapi beliau menyatakan TIDAK MENERIMA apa-apa penyata daripada bank dan akan menulis surat kepada bank dan akan memberi maklumbalas dalam masa 21 hari.

Kami kemudian bergegas ke bank berkenaan,dan dimaklumkan akaun rumah suami telah di reid(betul ke ejaan ni[img]https://mail.google.com/mail/e/1f62c[/img][img]https://mail.google.com/mail/e/1f62c[/img][img]https://mail.google.com/mail/e/1f62c[/img]) dan baki hutang masih lagi RM6,000.00 dan seolah2 mengugut kami mengatakan suami masih belum dilepaskan status bankrap kerana masih lagi berhutang RM6,000.00. Tetapi apabila kami meminta penyata,bank enggan memberi kerjasama.Kami juga mempersoalkan kenapa pihak bank gagal memaklumkan kepada jabatan insolvensi berkenaan penjualan rumah tersebut secara lelongan. Pihak bank tetap juga gagal memberi alasan dan sebab kenapa dokumen akaun rumah tersebut telah disimpan dalam bilik dokumen (stor) sedangkan kes masih belum selesai.

Apabila saya mempertikaikan mengenai baki hutang RM6,000.00,pegawai berkenaan menyatakan,jumlah tersebut adalah dikira setelah hasil jualan rumah itu tidak mampu menampung baki hutang asal RM 25,000.00 + kos guaman RM 9,000.00+ kos2 lain seperti penilaian rumah dan kos penghakiman.

Soalan saya, 

1) bukankah sekiranya seseorang itu diisytihar bangkrap,tiada apa caj/ tambahan hutang-hutang lain boleh dikenakan kepada individu tersebut?

2)Adakah jabatan insolvensi dibenarkan menggunakan pernyataan "memenjarakan tuan" tanpa sebarang pernyataan peruntukan akta?

3)Adakah pihak bank dibenarkan menafikan hak suami saya untuk mendapatkan penyata pembayaran rumah tersebut?

4) Pada pendapat tuan/puan,apa yang perlu kami lakukan kerana dari apa yang berlaku,pihak bank seolah2 cuma menyembunyikan sesuatu,dan kegagalan pihak insolvensi mendapatkan maklumat terkini/gagal mengemaskini maklumat sebelum menghantar surat berbaur ugutan?

5) Apa tindakan yang boleh saya dan suami lakukan untuk mempermudahkan urusan pelepasan kebangkrapan ini?

Kami amat berharap,agar tuan/puan dapat membantu memberi nasihat/pendapat berkenaan perkara ini.

Jasa baik dan perhatian tuan,saya ucapkan jutaan terima kasih dan doa agar tuan/puan dipermudahkan segala urusan.Aamin.

Sekian.Terima Kasih
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
2 Answers

answered on Aug 3, 2017 at 17:38
by   jebat
1) bukankah sekiranya seseorang itu diisytihar bangkrap,tiada apa caj/ tambahan hutang-hutang lain boleh dikenakan kepada individu tersebut?
Tidak.  Menurut undang-undang, hanya faedah hutang sahaja dihentikan, caj-caj yang lain masih berjalan seperti biasa.

2)Adakah jabatan insolvensi dibenarkan menggunakan pernyataan "memenjarakan tuan" tanpa sebarang pernyataan peruntukan akta?
Tidak salah jika beliau tidak menyatakan peruntukan akta, sebab si bankrap patut tahu undang-undang.  Sebagai contoh, jika hypermarket menampalkan notis di papan tanda bahawa pencuri akan dipenjarakan tanpa menyebut akta yang berkaitan, adalah notis itu satu kesalahan?

3)Adakah pihak bank dibenarkan menafikan hak suami saya untuk mendapatkan penyata pembayaran rumah tersebut?
Bank sepatutnya beri penyata, tetapi janganlah risau sangat.
Suami u boleh berkerjasama dengan pihak insolvensi untuk mendapatkan penyata dari bank.

4) Pada pendapat tuan/puan,apa yang perlu kami lakukan kerana dari apa yang berlaku,pihak bank seolah2 cuma menyembunyikan sesuatu,dan kegagalan pihak insolvensi mendapatkan maklumat terkini/gagal mengemaskini maklumat sebelum menghantar surat berbaur ugutan?
Tiada ugutan sebab insolvensi hanya memberitahu penalti undang-undang yang sah.
Kalau suami u sentiasa berhubung dengan insolvensi mengenai status lelongan rumah, tak adalah isu
"gagal mengemaskini" ataupun isu "menyembunyi".
Suami u yang salah sebab tidak menghubungi insolvensi setiap bulan.

5) Apa tindakan yang boleh saya dan suami lakukan untuk mempermudahkan urusan pelepasan kebangkrapan ini?.
Jika baki lelongan rumah cukup untuk menyelesaikan semua hutang, suami u bolehlah mendapatkan surat pelepasan dari insolvensi dan seterusnya membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk discaj dari bankrapsi.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 3, 2017 at 18:10
by   adeeya85
Terima kasih Tuan Jebat.

4) Pada pendapat tuan/puan,apa yang perlu kami lakukan kerana dari apa yang berlaku,pihak bank seolah2 cuma menyembunyikan sesuatu,dan kegagalan pihak insolvensi mendapatkan maklumat terkini/gagal mengemaskini maklumat sebelum menghantar surat berbaur ugutan? 
Tiada ugutan sebab insolvensi hanya memberitahu penalti undang-undang yang sah. 
Kalau suami u sentiasa berhubung dengan insolvensi mengenai status lelongan rumah, tak adalah isu 
"gagal mengemaskini" ataupun isu "menyembunyi". 
Suami u yang salah sebab tidak menghubungi insolvensi setiap bulan. 

"Disebabkan kami telah berpindah ke ibu kota,(rumah yang dilelong di Perak) dan kekangan waktu dan kewangan menyukarkan bayaran bulanan dan perjumpaan dengan pegawai insolvensi,pada 2015,kami telah ke jabatan insolvensi untuk menutup akaun kerana BERANGGAPAN bayaran telah dilangsaikan oleh bank. Suami telah mengisi borang ( tak pasti borang apa) dan dijanjikan untuk dihubungi bagi menandatangani surat pelepasan kebangkrapan drp bank negara.(saya tidak dapat menemani suami berurusan di kaunter kerana ketiadaan parkir dan 3 orang anak kecil tidur dalam kereta). "

Untuk makluman pihak tuan, pada 27/1/2017 saya dan suami telah ke Jabatan Insolvensi seperti yang diarahkan dan diminta menisytiharkan hutang & dapatkan surat sumpah daripada pesuruhjaya sumpah. Kami telah memaklumkan kami telah berbuat demikian semasa melapor diri kali pertama dengan Jabatan Insovensi. Kami juga telah memaklumkan jabatan insolvensi bahawa rumah tersebut telah dibeli sewaktu lelongan.Namun begitu, maklumat yang kami terima menyatakan dalam fail mereka, tiada rekod penerimaan dokumen tersebut.

Sejak Februari 2017, saya sendiri akan menelefon pegawai yang incharge tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan hal ini. Namun,saya dimaklumkan surat telah dikeluarkan kepada bank untuk mendapatkan penyata oleh jabatan Insolvensi dan diminta menunggu maklumbalas bank selepas 21 hari. Namun, hari ini (setelah lebih 6 bulan) jawapannya masih sama, MASIH MENUNGGU MAKLUMBALAS DARIPADA BANK.

Apa kaedah lain yang boleh saya laksanakan untuk permudahkan urusan.

terima kasih
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.