Advertisement

Notis tuntutan tunggakan dari bank sebagai geranto kereta

266 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Aug 2, 2017 at 05:00
by   aswad87
edited on Aug 21, 2017 at 08:06
 
2 tahun lepas, isteri saya telah jadi geranto untuk adik kandung dia, pada ketika itu adik kandung dia masih bekerja, tetapi sekarang adik dia sudah tidak bekerja dan hutang kereta telah tertunggak selama 14 bulan.

Sebelum ini, pihak bank ada menghantar surat amaran setiap bulan atas nama adik dia dan di hantar ke rumah mak dia. Terkini, pada pertengahan Julai 2017, isteri saya baru sahaja dapat notis dari pihak bank Ambank notis tuntutan RM28,500 yang meminta isteri saya bayar lump sump. Pihak bank juga telah melantik agensi pengutip hutang untuk kutip hutang terhadap adik ipar dan isteri saya.

Dan untuk pengetahuan semua, kereta tersebut telah di tarik pada awal 2015, tetapi kereta tersebut tidak di pulangkan ke bank sebaliknya suami kepada adik ipar saya telah deal dengan orang tarik kereta, orang tarik kereta tersebut memberi duit 'kopi' dan menyuruh jangan buat report polis sebab hilang. Bank juga meminta bayar RM5,600 untuk 14 bulan tertunggak itu untuk mengelakkan tindakan undang-undang.

Soalan-soalan:

1. Adakah pihak bank boleh ambil tindakan undang-undang dan boleh menyebabkan kebankrapan terhadap isteri saya, memandangkan dia gerento kereta tersebut?

2. Jika amaun bawah RM30,000 boleh kah seseorang itu di istiharkan bankrap?

3. Pihak bank juga beritahu akan menambah kos legal dan kos pengurusan supaya total tunggakan melebihi RM30,000 supaya tindakan mahkamah untuk kebankrapan dapat di laksanakan.

4. Bolehkah amaun RM28,500 akan meningkat sekiranya isteri saya atau adik dia tidak buat apa-apa pembayaran langsung, memandangkan kereta tersebut sudah hilang?

5. Bolehkah cabar di mahkamah untuk membatalkan tindakan undang-undang yang akan pihak bank ambil keatas isteri saya?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Aug 2, 2017 at 13:23
by   SrongMom
Where is the car now?

While it is not a crime to be unable to repay one's debts, there are elements of deceit ABOVE.

Not the penjamin fault
But never be a guarantor again even to own relatives.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.