Advertisement

Mangsa Viral & Ugutan

174 Views  ⚫  Asked 10 Months Ago
asked on Jul 26, 2017 at 09:12
by   azreen
edited on Aug 5, 2017 at 10:15
 
Baru-baru ini saya telah di viralkan di Facebook atas sebab tidak membayar hutang kepada bekas teman wanita saya.

Kami berpisah pada bulan Jun 2017. Sebelum berpisah bekas teman wanita saya pernah menolong saya sebanyak RM2,900 bagi membantu saya tapi dengan syarat pada gaji bulan tersebut saya hendaklah memasukkan jumlah RM400 bagi digunakan untuk keperluan Hari Raya. Pada bulan 21 Jun saya telah memaksukkan jumlah yang dipinta. Pada Jun 27, dia membuat keputusan untuk berpisah dengan saya, dan ada memberitahu saya jika saya tidak mampu membayar sepenuhnya saya boleh membayar ansuran sebanya RM500 sebulan sehingga habis hutang-hutang tersebut.

Setiap hari, dia akan menghantar mesej berupa caci maki saya. Semenjak dari mesej itu saya tak pernah reply apa-apa mesej yang dihantar. Sehinggalah baru-baru ini dia mengviralkan saya di Facebook dengan alasan saya ingin lari dari membayar hutang dia, walhal saya telah bersetuju untuk membayar bulanan pada setiap bulan, dan pada masa yang sama gaji saya belum masuk, tapi malangnya saya tetap telah diviralkan juga, pada masa yang sama juga saya telah menerima ancaman dan ugutan untuk menghantar orang mencari saya, serta ingin mengambil kereta saya sebagai cagaran, persoalannya, adakah peluang saya tinggi untuk menang dalam kes saman malu tersebut. Laporan polis juga telah dibuat.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on Jul 26, 2017 at 13:01
by   jeff005
edited Aug 5, 2017 at 10:33
 
Post a copy of the laporan polis here for better understanding and verification of events.

The moral of the story is
Never borrow moneys from women.
Daughter, can lah.

Ada peluang menang kes ini tetapi...
Kos Mahkamah akan dibagikan mungkin rendah beza kos peguam..
Kamu hanya boleh malukan balik sahaja..
1 found this helpful
Helpful

answered on Jul 26, 2017 at 17:51
by   jebat
edited Aug 5, 2017 at 10:34
 
dia mengviralkan saya di Facebook dengan alasan saya ingin lari dari membayar hutang dia.

Berapa orang-kah yang membaca laporan dia di Facebook sehingga jadi "viral"?
1 found this helpful
Helpful

answered on Jul 26, 2017 at 20:12
by   azreen
edited Aug 5, 2017 at 10:35
 
Dalam group Facebook only jumlah member anggaran 1.5k. Di wall Facebook friend perempuan itu dalam 500 orang.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.