Advertisement

Bank menuntut kereta yang disita walaupun tiada tunggakan

331 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Jul 22, 2017 at 16:45
by   Akmf paan
edited on Aug 1, 2017 at 08:20
 
Saya menjalankan perniagaan kereta sewa. Kereta sewa saya telah disita kerana penyewa menggunakan untuk aktiviti dadah.

Menurut pihak polis, saya perlu membayar RM1900 kepentingan kepada kerajaan malaysia jika ingin menuntut kembali kereta tersebut. Masalahnya Toyota Capital juga ingin menuntut kereta tersebut atas alasan menjadi tanggungjawab bank untuk menuntut kereta yang dikenakan tindakan undang-undang.

Soalan saya ialah bolehkan pihak bank menuntut kereta tersebut sedangkan bayaran bulanan tiada tunggakan?

Saya ada berbincang dengan pihak meminta mereka menarik balik tuntutan, namun mereka enggan dan ingin meneruskan tuntutan. Mereka memberitahu saya bahawa, jika saya inginkan kereta tersebut, saya perlu berunding dengan mereka setelah mereka menyimpan kereta di stor tarik kereta dan segala caj perlu ditanggung oleh saya iaitu RM150 caj towing dan RM2000 caj guaman.  Bermakna termasuk kepentingan kerajaan, saya perlu menyediakan lebih kurang RM4000 jika ingin menuntut kereta tersebut dari Toyota Capital.

Mohon nasihat dari rakan-rakan. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
2 Answers

answered on Jul 22, 2017 at 19:59
by   jebat
Menurut pihak polis, saya perlu membayar rm1900 kepentingan kepada kerajaan malaysia jika ingin menuntut kembali kereta tersebut.
Poskan surat dari pihak polis disini untuk semakan.

Masalahnya toyota capital juga ingin menuntut kereta tersebut atas alasan menjadi tanggungjawab bank untuk menuntut kereta yang dikenakan tindakan undang-undang.
Bagaimana Toyota Capital boleh tahu tentang kes polis ini?
Poskan surat atau saman dari Toyota Capital disini untuk semakan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 6, 2018 at 19:18
by   Puan Nurul
edited Jul 10, 2018 at 02:36
 
Saya juga sama kes seperti anda, syarikat saya menjalankan perniagaan kereta sewa, namun kereta di tangkap dan di sita oleh PDRM kerana di dapati orang yang memandu kenderaan tersebut membawa dadah. Orang yang datang menyewa dan orang yang di tangkap adalah orang yang berlainan namun mereka adalah kawan. Maksudnya si penyewa memberikan orang lain guna kereta tersebut tanpa pengetahuan saya. Sekarang ini kereta saya telah di sita oleh pihak PDRM berkata ia boleh keluarkan kereta tersebut namun ada bayaran yang perlu di bayar, namun dia "pihak polis" belum memberi tahu jumlah yang perlu di bayar.

Berapakah jumlah bayaran untuk mengeluarkan kereta tersebut sementara menunggu kes ini di bicara di mahkamah? Adakah selepas bicara mahkamah selesai saya akan dapat semula kereta ini 100%? Adakah insuran boleh di guna pakai?

Saya kini mencari peguam bela untuk mendakwa si penyewa itu kerana telah menggunakan kereta saya sebagai aktivi jenayah walaupun sudah di tulis dalam perjanjian bahawa tidak boleh menggunakan kereta dalam aktiviti jenaya.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.